Tuesday 30 October 2012

Selami Jiwa...

Setelah sekian lama si dia mendiamkan diri, panggilan telefon tak dijawab, mesejku tak di balas... malah aku menunggunya online hanya buat aku kecewa menanti... si dia muncul buatkan hati ini berbunga kembali...

setelah salam diberikan, xde hujan xde ribut, soalan dia pada ku... tahukah aku bahawa pezina lelaki hanya dinikahi dgn pezina perempuan @ perempuan musyrik sahaja dan begitu lah jugak dgn pezina perempuan... terus jantung aku berdegup kencang... "kenapa awak tanya saya begitu?" aku balas kat si dia...


"saya cuma nak tahu, awak tahu hal ni ke tak. kalu tak tanya mane saya tahukan awak tahu." berbelit2 ayat dia bagi kat aku... aku dah mula cuak jugak... kenapa tetibe jer ni... dah puas aku bertanya sampaikan aku mula syak yang bukan2.... mase tu dah mula nak menangis sbb macam tak boleh nak terima hakikat kalu benar hal terkutuk itu terjadi... tapi Allah masih lindungi dia di sana, menjauhkan dia dari segala kemungkaran tersebut, InsyaAllah...





rupa2 nya, ketua naqib (panggilan dlm usrah) dia membincangkan isu zina dalam usrah mereka... fuh, igtkan ape lah tadi... then dia pon hntarkan aku satu mesej begini...


 "Orang laki-laki pezina, yang dinikahinya ialah perempuan pezina pula atau perempuan musyrik. Perempuan pezina jodohnya ialah laki-laki pezina pula atau laki-laki musyrik , dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman."

(surah An-Nur, ayat 3)

Jadi tidak halal bagi seorang mu’min laki-laki maupun wanita menikah dengan pezina. Pendapat ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Ibnu Hazm, dan dirajihkan oleh Imam ibnu Taimiyah dan Imam Ibnul Qayyim. Sedangkan Jumhur Ulama berpendapat bahwa ayat tersebut bukan menunjukkan pengharaman menikah dengan pezina tetapi sekedar celaan terhadap perbuatan tersebut.


then dia ckp kat aku, sharelah dgn sesape saje, asalkan ilmu dikongsi... dan atas permintaan dia, mohon terasa sbbnya kalu ada yg ckp diri belum dpt hidayah utk berubah, sebenarnya hidayah perlu dicari disamping Allah menilik pandang setiap hamba2nya... sama jugak dengan ajal maut yg kita tak tahu tibanya bila kan~~~... 

aku mengucap bersyukur sangat dengan ape yang aku tahu hari ini, dan akan aku jadikan sebagai pedoman dan teladan dalam hidup aku...

P/s: dia tnya aku lagi, "kalu awak di uji dengan dijodohkan dengan pezina lelaki macam mana?" erk, hati aku dah loading dan pending time... tanpa ilmu aku jawab, "sape nak orang hina macam tu?" kan dah kena berleter oleh dia dalam skype sampai aku malu nak tgk muka... sori, terkeluar ayat macam tu tanpa disedari... 


<<<< saya bukan yg seikhlas itu untuk menerima sisa orang lain... maafkan saya, ayat tu mungkin kasar bagi pembaca tapi itulah hakikatnya... >>>>

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

No comments:

Post a Comment