Friday 21 September 2012

Seindah Cintamu



Bab 17

Johan termenung di tepi tingkap sambil memikirkan keputusannya untuk menikahi Julia. ‘Betulkah apa yang aku sedang lakukan ni?’ hatinya berbisik menyoal. Tapi bila mengenangkan apa yang terjadi kepada diri Julia, Johan semakin yakin dengan keputusannya.
Baginya cinta boleh datang kemudian, yang pasti niatnya untuk menolong Julia serta melepaskan dirinya dari cengkaman Mak Longnya begitu membara dalam diri Johan. Padahal hatinya sudah terpaut kepada Julia di awal pertemuan mereka lagi, cuma selama itu Johan menidakkan rasa hatinya.
          “Abang Jo??? Tak tidur lagi ke bang???” Tersembul kepala Dr. Fazlin di sebalik pintu biliknya.
          “Belum lagilah Faz. Faz pulak kenapa tak tidur lagi ni? Man mane? Eh, masuklah, yang tercegat kat pintu tu kenapa pulak?” Johan pula menyoal adiknya.
          “Abang masih fikirkan lagi ke hal Julia tu? Faz tak boleh tidurlah bang. Asyik duk fikir hal dia. Macam tak sampai di akal bila Faz fikirkan tentang Julia dan keluarganya. Rasa tak percaya dan ragu-ragu pun ada bila dengar dan melihat sendiri situasi sekarang. Sedih jugak masa Mak Mah ceritakan kat Faz tu, tapi lagi sedih bila Faz tengok sendiri perbuatan keluarga Julia tu.”
          “Abang pun tak tau nak kata apa lagi dik. Abang nampak silap Mak Long Julia sekeluarga, tapi abang jugak nampak silap Julia dalam hal ni. Kalu Julia berani membawa perkara ni ke pihak berkuasa, dah lama dah mesti perkara ni settle. Tak tanggung derita sorang-sorang.” Johan memang dari awal lagi tidak berpuas hati dengan perlakuan Julia yang hanya mendiamkan diri dan terima apa sahaja perbuatan Mak Long dan keluarganya itu.
          “Kalu abang dah kata macam tu, Faz tak boleh nak kata apa dah. Mungkin dia rasa terhutang budi sebab tu dia diamkan diri je. Ada jugakkan abang, manusia seteruk Mak Long Julia tu. Eeeiii dah jadi kerja pulak kita duk mengumpat hal diorang ni. Hahaha.” Tergelak pula Dr. Fazlin di tengah-tengah malam tu.
          “Pergilah tido. Nanti Aiman cari pulak. Bantal peluk takde kat sebelah susah pulak dia nak lena.” Usik Johan pada adiknya. Lagi bertambah lebar bila adiknya mula mengangkat kening dan pipi memerah. Dah ada anak satu pun masih malu bila Johan mengusik begitu.
          “Weks, nyampah. Biler perlu baru cari Faz. Nanti dah ada Julia lupa kita terus.” Dah mula buat perangai budak-budak dia nak cemburu tak tentu pasal.
          “Jeles ke dik oi. Hahaha. Adik kan dah ada Aiman. Izwan pon dah boleh kenal mama ngan papa dia. Abang pon nak macam tu jugak. Mesti best kan dik.”
          Dr. Fazlin tersenyum manis bila mendengar abangnya berkata begitu. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja dan perlahan keluar dari bilik abangnya.
          Johan hanya memerhati adiknya keluar dan dia kembali melihat langit yang sepi tapi ditemani ribuan bintang bersamanya. Turut memandang ke arah tingkap bilik Julia. ‘Erm, bulan takde malam ni.’ Hatinya berbisik seolah-olah cuba menyampaikan suatu maksud yang hanya Johan sahaja mengerti apakah itu.
          Sampaikan ke subuh Johan masih termenung di tepi tingkap memikirkan rasional keputusannya untuk menikahi Julia. Separuh hatinya menentang tindakannya, separuh lagi menyokong.
          Memang kali pertama bertemu dengan Julia, dia merasakan suatu detakan dalam hatinya tapi dia masih mencari apakah detakan itu. Kalau nak kata dia lembap dalam hal ni, memang dia akui dia tersangatlah lembap.
          Sebab itu, sampai sekarang dia masih belum berkahwin atau bertemu jodoh. Bukan tak mahu mencari tapi dia berasa ragu dengan orang sekelilingnya. Rupakah yang dipandang atau hartanya yang bertimbun membuatkan orang memilihnya atau juga sememangnya cinta sejati yang diberikan kepadanya.
          ‘Erm, susah jugak jadi orang kaya ni. Tak taulah selama ni orang ikhlas ke tak. Ingat kaya ni best sangat ke. Ya Allah, bukan aku tak bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan ni, cume aku berasa tidak yakin untuk menempuh segala ujian-Mu ke atas ku.’ Monolog Johan sendiri lagi.

Sibuk benar Dr. Fazlin dan Mak Mah di dapur untuk menyediakan makan pagi mereka, seolah-olah kedengaran seperti berperang pula bila periuk dengan sudip berlaga satu sama lain.
Terkadang tu terdengar gelak ketawa mereka dari dapur tu sampai ke ruang tamu rumah Mak Mah. Pak Din dan Dr. Aiman yang tengah khusyuk membaca surat khabar pun sesekali menoleh ke arah dapur dan Johan sedang bermain dengan anak saudaranya, Izwan mengerutkan dahi bila mendengar bunyi bising dari dapur.
          “Tulah Mak Mah nak bagi petua amik hati suami sket ni. Nanti suami makin sayang.”
          “Petua ape pulak ni Mak Mah, bukan ke Pak Din tu memang sayang sangat ke kat Mak Mah. Mak Mah kan cinta pertama Pak Din. Romantik gitu.” Usik pula Dr. Fazlin.
          “Takde keje sungguhlah kamu ni Faz. Ni Mak Mah nak ajar ni. Kamu nak ke tak?”
          “Yang baik ke yang tak baik ni Mak Mah?” Dr. Fazlin sengaja menduga Mak Mah, dia tahu orang tua itu tidak akan mengajarnya sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam. Itulah juga emaknya selain dari mama kandungnya.
          “Memang sungguhlah Mak Mah takde keje ya, nak mengajar kamu buat yang bukan-bukan. Mestilah yang baik, kalu yang tak baik tu buat ape Mak Mah nak pergi cerita kat kamu. Hidup ni bukannya atas dunia sahaja kalu kamu tergerak nak buat keje jahat ni. Kamu ni Faz……”
          “Saje jer usik Mak Mah, sayang jugak ya Mak Mah kat Faz ni. Hehehe…”
          “Kamu dengan abang kamu tu, Mak Mah jage dari kecik lagi biler mama dan papa kamu sibuk takeover syarikat kat oversea. Mestilah Mak Mah sayang, dah macam anak sendiri dah Mak Mah anggap kamu berdua ni.
Dengan Faz, dengan Johanlah Mak Mah boleh rase kasih sayang seorang anak tau. Dengan Aiman, Mak Mah rase bertuahnya kalu dapat menantu macam tu kalu Mak Mah sendiri ade anak perempuan. Izwan pulak dah Mak Mah anggap macam cucu kandung dah.” Mak Mah mengesat airmata yang mengalir lembut di pelupur pipinya.
“Mak Mah, Faz usik je Mak Mah tadi. Faz tau Mak Mah sayang sangat kat kitorang. Kitorang pon sayang sangat kat Mak Mah dan Pak Din. Tak nak sedih-sedih lagi. Faz mintak maaf kalu Faz buat Mak Mah sebak gini.” Dr. Fazlin memeluk tubuh Mak Mah. Dia cuba mententeramkan hati Mak Mah kembali. Mak Mah menepuk-nepuk tangan Dr. Fazlin yang berlingkar di bahunya.
“Takde apelah, memang boleh katalah Mak Mah sedih jugak tapi Mak Mah bersyukur sangat-sangat walaupun Mak Mah takde anak, Allah bagi jugak Mak Mah rase bahagia dengan hidup Mak Mah. Dapat suami yang baik macam Pak Din kamu tu, anak-anak sedara macam kamu dan Johan tu.
Mak Mah dah cukup bahagia dah. Cume hati tua ni kan adalah berbisik dulu, doa anak yang soleh yang dapat menenangkan kedua ibubapanya yang sudah tiada. Sapelah nak doakan  Mak Mah nanti kalu Mak Mah dah takde.”
“Mak Mah, kenapa cakap macam tu. Sedih jer Faz dengar. Memang Faz bukan anak Mak Mah, tapi kan darah yang mengalir dalam badan Faz ni same dengan Mak Mah punya.
Faz dah anggap Mak Mah macam ibu kandung pon. Kalu Mak Mah tak pesan pada Faz supaya selalu berdoa untuk Mak Mah pon, Faz tak pernah lupe tu Mak Mah. Tak nak sedih-sedih macam ni. Tak cun nanti.” Mak Mah mengangguk perlahan kepalanya. Tengah Dr. Fazlin cuba memujuk ibu saudaranya, hidungnya tercium bau hangit.
“Argh Mak Mah… Ikan tu, ikan tu…”
“Ya Allah, angkat cepat… angkat cepat…” Kelam kabut Mak Mah mencari kain pengalas untuk memegang kuali yang panas itu. Dr. Fazlin segera mengangkat ikan goreng yang sudah hitam dan hangit itu ke dalam pinggan.
Terkebil-kebil keduanya melihat lauk yang mereka masak itu. “Hahahaha…” Tergelak kedua-duanya bila memandang antara satu sama lain.
“Tulah orang tua dah pesan, tengah masak jangan duk bersembang. Tengok ni, sape yang nak makan ikan hangit ni nanti. Mak Mah pon tak perasan Faz. Haha.”
“Haha. Faz pon tak perasan. Tau-tau dah bau hangit. Haha.”
“Haa, petua ape yang Mak Mah nak ajar Faz tadi.” Sambung Dr. Fazlin lagi.
“Dah hampir lupa pasal tu. Hahaha. Simple aje Faz. Setiap hidangan yang kita masak untuk suami, untuk keluarga mesti kita selawat tujuh kali. Kacau ikut arah jam. Tu petua orang-orang alim. Pastu sebelum lauk tu letak dalam pinggan, pinggan tu baca dulu al-Fatihah sekali pastu tiup.
Haa, harap-harap keberkatan ayat-ayat suci al-Quran ni mengalir dalam badan kita. Tapi jangan terlalu bergantung sangat, apa-apa semuanya datang dari Allah cume apa yang baik kita buat jadi amalan, ya tak.”
“Owh, Faz ade dengar dulu tu dalam radio saluran IKIM. Tapi Faz tak tergerak hati pulak nak buat. Takpe, takpe. Nanti Faz cubalah amalkan kat rumah. Terima kasih ya Mak Mah.”
          Terdengar suara Pak Din menegur dari ruang tamu. “Diorang ni berperang ke apa sampai kat sini boleh dengar bunyi periuk kuali semua tu…” Pak Din cuba menjenguk ke dapur tapi di halaunya keluar oleh Mak Mah.
          “Jangan sibuklah nak menengok keje orang pompuan. Sibuk jelah. Pergilah layan cucu sedara awak tu.” Kata Mak Mah sambil menolak bahu Pak Din supaya keluar. Dr. Fazlin sudah tak dapat menahan tawanya. Dr. Aiman juga begitu, tergelak dia melihat aksi manja Pak Din dan Mak Mah.
          “Takdelah, saya cuma nak tengok awak dengan Faz ni buat apelah sampai kat ruang tamu tu boleh dengar suara awak dengan Faz ni. Memasak ke berperang ni? Haha.”
          “Eh, eh, eh… kata kat kita pulak. Biasanya awak tak bagi saya campur kalu orang lelaki bertemu orang lelaki ni. Turn sayalah pulak bila jumpa dengan si Faz ni nak masak ke perang ke.”
          “Orang laki ni Mah, kalu jumpa pon takdenya macam awak dengan si Faz ni jumpa. Bunyi bom meletup kalah dengan suara korang berdua tahu.”
          “Melayang jugak sudip kat tangan ni. Kata kat kita pulak. Dahlah Faz, jangan layan Pak Din kamu tu haa. Kacau kuah merah tu jangan bagi hangit. Dia jelah menang duk usik kita. Orang lelaki ni memang.”
          Tersenyum Johan dan Dr. Aiman di ruang tamu bila mendengar kata-kata Mak Mah tu. Julia yang tika itu berada di pintu dapur belakang rumah Mah Mah turut tersenyum. Dia ingin menjenguk ibu angkatnya itu sementara Mak Longnya tiada di rumah.
          Petua yang diajarkan kepada Dr. Fazlin turut didengarinya. ‘Banyak nasihat dan petua-petua yang baik diajarkan pada Dr. Fazlin. Mungkin itu yang buatkan keluarga diorang ni bahagia.’ Bisik hati Julia bila melihat kemesraan yang terjalin. Tekadnya dalam hati untuk mengamalkan petua-petua yang selama ini diajarkan padanya oleh Mak Mah. Perlahan dia mengundurkan diri dan balik semula ke rumah Mak Longnya itu kerana tidak mahu mengganggu keluarga Mak Mah dan Pak Din.


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

1 comment:

  1. xsabar nk tgu en3 baru...best citer neh...klo ade novel kompem sy bli...hihik.. :) good job!~

    ReplyDelete