Monday 22 October 2012

Seindah CIntamu




Bab 19

Perkenalan yang begitu singkat membuatkan Julia berasa malu untuk berdepan dengan Johan walaupun dia tahu keadaan Johan bagaimana.
‘Macam mana kalu suatu hari nanti dia dah sihat, normal balik dia tak ingat yang dia pernah kahwin dengan aku?’ Risau pula Julia. Sebelum kahwin tiada pula dia risau begini, dia mari terfikir semua tu selepas Dr. Fazlin memberitahunya yang Johan menunjukkan tanda semakin sihat.
Lama dia duduk termenung memikirkan semua itu sampai tidak disedari bahawa tingkahnya diperhati oleh Johan. Terus dia bangun dan keluar dari bilik untuk mencari Dr. Fazlin.
Nampak sahaja kelibat Dr. Fazlin yang turut baru keluar bilik terus Julia mengajaknya untuk berbual di taman rumah Pak Din.
“Ada apa yaa, Julia nak borak dengan Faz? Tapikan sebelum tu biar Faz terus terang, Faz tak tau nak panggil Julia, kakak ke tak. Kalu ikutkan umur Julia, 24 tahun tu, Faz rasa tak payahlah kot. Kitakan sebaya, muda lagi. Takpekan Julia?”
“Eh, tak kisahlah pasal bahasa diri tu Faz. Panggil apapun sama je orangnya kan.” Tergelak kecil Julia bila Dr. Fazlin bersuara menyatakan pendapatnya begitu.
“Bukan apa Julia, bila Faz nak panggil Julia ni kakak, Faz rasa macam ada jurang antara kita. Faz kalu boleh nak kita rapat, mesra, dan kawan lebih dari adik ipar dan kakak ipar.”
“Faz buat Julia rasa sedih pulak. Julia tak pernah ada kawan apatah lagi kawan baik.”
Dr. Fazlin tersenyum kepadaku. “Kalu macam tu kita jadi kawan dan adik beradik. Faz dari kecik lagi nak kakak sebab boleh kongsi rahsia, kalu dengan abang dulu tu selalu bongkar rahsia.”
“Tu yang sambil study dah kahwin tu. Hehehe.” Usik Julia.
“Aik, tahu dari mana? Takkan dari abang Jo kot.” Tanya Dr. Fazlin bila melihat aku tahu rahsianya.
“Takkan abang Jo pulak, mestilah Mak Mah yang bercerita kat Julia dulu. Mak Mah selalu cerita pasal Faz dengan abang Jo.”
“Owh, Mak Mah yang story kat Julia. Asalnya Faz dengan Man tu couple je, ingatkan lepas habis belajar tu baru nak fikir pasal kahwin semua tu tapi mama dan papa takut jadi apa-apa tu yang suruh kahwin tu. Yerlah, Faz jauh dari diorang nak tengok-tengokkan. Samalah dengan mama dan papa Man jugak. Tu yang last-last kahwin jelah. Lagipon benda baik kang.” Terangguk-angguk kepala Julia menyetujui cakap Dr. Fazlin itu. Ternyata Dr. Fazlin seorang yang peramah dan tidak sombong pada perkiraan Julia.
“Kahwin masa belajar okay ke? Orang kata kahwin muda ni susah.”
“Faz kahwin pon dah dua semester akhir. Memang susah pon Julia, nak-nak masa mengandung masa final tu memang ujianlah tersangat-sangat. Tapi nasib baiklah alahan tak teruk sangat masa Faz mengandungkan Izwan tu cuma penatlah ke sana ke mari, ulang alik dari rumah sewa ke universiti nak siap thesis, presentation semua tu, praktikal lagi memang penatlah. Tapi Aiman pon seorang yang ringan tulang, memahami dan sangat membantulah Faz masa tu. Yerlah, kitakan tengah mengandungkan zuriat dia mestilah dia menghargai, kan Julia.”
“Haih Julia, takkan panggil abang Jo kot. Kalu Faz takpelah adik dia, bini dia panggillah yang lain. Hehehe.” Terkekek Dr. Fazlin ketawa mengusikku sekaligus mengingatkan aku perihal yang aku ingin bertanyakan daripadanya.
“Erm, sebut pasal suami Julia tu kang, Julia ada seperkara nak tanya pada Faz sebenarnya ni.” Julia menggantikan panggilan abang Jo dengan ‘suami Julia’. Segan dia kalau dia menyebut panggilan sebenar untuk Johan. Biarlah dia memanggil panggilan istimewa itu antara dia dan Johan sahaja.
“Owh, Julia nak tanya apa?”
“Julia mari terfikir kalu suatu hari nanti, suami Julia tu dah sihat balik. Dia akan ingat tak kat Julia ni. Julia risau kalu dia tak ingat yang dia dah kahwin dengan Julia.” Terus Julia berterus-terang pada Dr. Fazlin tentang kerisauannya.
“Owh, pasal tu ke? Itu mungkin tak jadi masalah Julia. Sebab abang cume tak ingat masa lalu dia je kang. Sebab kes sebelum ni yang Faz pernah handle, ada patient ni cuma tak ingat masa lepas dia dan apa yang dia lalui sepanjang proses untuk mengembalikan ingatannya itu, dia tak lupa pon.”
“Owh, macam tu. Kalu macam tu Julia dah boleh tido dengan tenang la lepas ni. Tak sabar nak tunggu suami Julia tu pulih macam sedia kala.” Lega hati Julia bila mendengar macam tu.
“Hahaha. Julia takut abang Jo tak ingatkan Julia yaa. Isteri dia takkan dia nak lupe pulak. Erm… Julia, nikan malam pertama korang. Faz tak nak ganggu korang sebenarnya tapi bila Julia dah ajak berborak ni lama pulak kita berborak. Lama kita berborak lama jugaklah abang Jo tunggu dalam bilik tu. Hehehe.” Dr. Fazlin kembali mengusiknya.
“Hish Faz ni, buat Julia makin tak tenang balik. Julia takutlah biler dengar orang duk bercerita pasal first night ni.”
“Takde apa yang nak ditakutkan Julia. Suami kita pon manusia macam kita jugakkan. Melayani kehendaknya adalah satu dari tanggungjawab kita sebagai isteri, dapat pahala lagi tau. Jadi isterilah paling senang nak cari pahala. Taat perintah suami selain tidak bertentangan dengan syarak, tu dah kira satu bonus untuk isteri mendapat keredhaan dari-Nya, Julia.”
“Nasihat dari yang pakar.” Usik Julia. Terus kedua-duanya ketawa dan hubungan mereka terus menjadi rapat malah Julia berasa sangat bersyukur Dr. Fazlin boleh menerimanya dengan baik.
Kerana leka berborak, mereka berdua tak sedar bahawa suami masing-masing sibuk mencari mereka bila keduanya tiada di dalam bilik sehinggalah Dr. Aiman datang menegur dan mengajak Dr. Fazlin untuk masuk tidur kerana esok pagi mereka berdua dan mungkin sekali dengan Julia dan Johan mengikut mereka balik ke Kuala Lumpur.
“Tido dulu kakak iparku. Hahaha.” Suka sungguh dia mengusik kakak iparnya, Julia yang baru sehari menjadi isteri kepada abangnya, Johan.
Julia hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Berdebar pula untuk dia masuk ke biliknya dan menghadapi Johan yang belum pasti sudah tidur atau belum. Sempat lagi dia memandang langit yang indah dengan bintang dan bulan yang penuh.

Perlahan dia menapak naik ke biliknya yang telah ditunjukkan oleh Mak Mah petang tadi selepas mereka mengangkat barang-barangnya dari rumah Mak Longnya di sebelah. Bila menjenguk ke dalam bilik, dia melihat Johan sudah tidur sambil mengiring ke kanan di bahagian kiri katil dan membelakangi dia kiranya. Perlahan dia menghampiri dan duduk di belakang Johan yang dianggap sudah lena itu.
“Saya punya impian untuk membina sebuah keluarga bahagia seperti orang lain jugak, agaknya saya ada peluang itu tak?” bisik Julia di sebelah Johan tapi Johan masih boleh mendengarnya dengan jelas.
“Dua belas tahun saya menangis lepas arwah ibu dan arwah ayah meninggal dunia, selepas saya terpaksa berpisah dengan adik saya, dua belas tahun saya hidup berendam airmata hanya kerana Mak Long tidak suka pada arwah ibu, takde sape yang dengar dan ambik tahu.” Johan yang dianggap tidur mendengar dengan teliti setiap kata yang terluah dari mulut Julia.
“Haaaiihhhh… Saya tak pernah kisah sape jodoh saya asalkan dia baik dan boleh buat saya gembira lepas apa yang saya lalui dalam hidup saya ni. Saya tau mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba yang terbaik jugak untuk awak. Sembuh cepatnya awak, saya tunggu. Saya tunggu untuk awak, suami saya.” Julia mengusap perlahan belakang Johan sambil menahan airmata yang mula bergenang.
Julia berbaring di sebelah Johan dan terus memandang belakang Johan. Dia memejam rapat matanya dan menerima hakikat malam pertamanya mungkin tidak sama seperti orang lain. Johan berasa jiwanya bergetar hebat bila mendengar Julia berkata demikian. Dia memikirkan setiap butir bicara Julia sebentar tadi.
‘Dua belas tahun sayang menangis hanya sebab Mak Long sayang???’ hati Johan mula tertanya-tanya.
‘Aku tak nak menguji Julia lagi tapi aku nak tengok sejauh mana keikhlasannya. Jahatkah aku bila dah dapat seorang isteri yang baik macam dia, aku masih ragu-ragu? Aku tak pernah bercinta, jadi macam mana aku nak tau cinta sejati tu macam mana?’ sambung lagi kata hati Johan.
Johan berpusing dan berbaring mengadap ke arah Julia. Bunyi nafas yang halus itu menunjukkan Julia nampaknya sudah lama terlena di sebelah suminya. Buat kali pertama dalam hidupnya, dia berbaring di sebelah seorang perempuan yang sedang nyenyak lenanya di atas satu katil yang sama. Berdenyut kencang jantungnya dan laju sahaja pengaliran nafasnya.
Terus dia mengubah posisi tubuhnya dan memandang siling atas. ‘Fuh… Ingatkan biasa-biasa aje perasaan ni. Sabar… sabar… sabar…’ Johan menenangkan hatinya mula bergetar.
Dia menepuk-nepuk dadanya dan cuba mengawal diri. Memang tak salah kalau dia bertindak pun kerana Julia adalah isterinya yang sah. Tapi kalau itu yang terjadi, mungkin rahsia bukan lagi rahsia. Lagi pun dia tak nak bertindak seorang diri, kalau boleh dia ingin Julia turut memainkan peranannya. Semakin kuat sayang dan cintanya pada Julia walaupun tidak pernah dia meluahkan pada sesiapa pun.
Sekali lagi dia memandang wajah tenang Julia yang sedang tidur itu. Dia masih teringat pada saat dia berjabat tangan dengan jurunikah, dia sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan sesekali mengizinkan sesiapa sahaja berniat untuk menyakiti Julia, isterinya.
‘Abang janji, lepas ni takkan ada orang yang akan menyakiti sayang lagi. Kalu mereka ingin lakukannya, langkah mayat abang dulu.’ Perlahan Johan mengusap lembut pipi Julia.
‘Cantiknya isteri abang ni.’ Jari-jemari Julia digenggam dan dibawa ke dadanya. Saat itu, lena datang dengan sendirinya dan akhirya Johan tertidur di sebelah Julia dengan menggenggam erat tangan Julia.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

2 comments: