Monday 31 December 2012

Kau Minat Aku Ke???





Bab 1

Bermati-matian lelaki itu menolak keputusan supaya dia dinikahkan dengan perempuan yang dia paling benci dalam dunia ini.
          “No! Along takkan sesekali kahwin dengan dia. Mak tolonglah jangan paksa along macam ni. Kalau betullah nak suruh along kahwin sekalipun, tak ada perempuan lain dah ke?” Kamil tetap membantah keputusan orang tuanya itu.
          “Along, mak nak buat macam mana lagi, dah memang tertulis dalam wasiat atuk kamu ni. Arwah nak kamu berkahwin dengan salah seorang cucu perempuan kawan arwah. Dah tu pulak, Hidayah seorang saja yang masih belum berkahwin. Along, kamu tak kesiankan arwah atuk kamu ke?” Puan Nora cuba memujuk Kamil lagi sambil memandang ke arahnya suaminya untuk meminta tolong.
          “Along, kamu dengar sini, wasiat ni bukan main-main tau. Boleh tak tenang si mati kalau hajatnya tak tertunai. Lagipun bukannya kamu tak kenal dengan Hidayah tu, dia kan anak jiran kita jugak dulu, anak Pak Cik Zuki dengan Mak Cik Yah. Baik apa budak tu, sopan santun, hormat orang tua. Apa lagi yang kamu tak berkenan?” Tanya pula si ayah kepada anak lelaki sulungnya itu.
          Kamil mula mengeluh bila melihat orang tuanya seakan berkeras juga untuk mengahwinkan dia dengan Hidayah. Memang Hidayah seorang yang baik dan lemah lembut orangnya, tapi ada sebab kenapa dia membenci Hidayah separuh mati.
          Dia tak tahu bagaimana dia nak menyakinkan kedua orang tuanya itu agar dia dan Hidayah tidak akan disatukan. Kerana sakit hati melihat keputusan orang tuanya, dia terus melangkah masuk ke bilik agar tiada sesiapa yang akan mengganggunya.
          “Along, kamu nak ke mana tu? Mak tak habis cakap lagi ni. Along!!!”
          “Sudah maknya, biarkan along tu. Nanti bila dah hatinya sejuk, saya cubalah bercakap semula dengannya.” Pujuk Encik Naim sambil menghalang Puan Nora yang cuba untuk mendapatkan Kamil.
          “Saya tak fahamlah dengan along tu, bang. Dari hari pertama dia mendengar wasiat tu dibaca, terus along marah kenapa dia berkait sekali. Padahal bukannya along tak tahu, arwah rapat sangat dengan along tu. Dah besar panjang pun masih tak boleh nak berfikir.”
          “Anak awak tu bukannya bodoh, Nora. Kerja hebat, doktor gigi lagi. Apalagi yang tak kena dengan anak awak tu. Entah-entah dia dah ada kekasih dalam diam, tu yang dia nak mengamuk tak tentu pasal bila kita paksa dia kahwin tu. Awak tak terfikir macam tu ke?” Encik Naim sedaya upaya mencuba untuk menyelamatkan keadaan bila emak dan anak mula bertelagah.
          “Saya dah bertanya dulu sebelum saya bagitahu pasal wasiat tu. Along cakap dia single lagi, tak ada masa sangat sibuk bekerja sampai girlfriend pun tak sempat nak cari. Dah tu kalau tak sempat cari awek, ni orang nak suruh dia kahwin, tak nak pulak…” Makin berangin pula Puan Nora dengan anak lelakinya itu.
         
Kamil mendengar sayup-sayup suara ayah dan maknya yang sedang bercakap mengenai dirinya. Dia mengeluh panjang sambil berbaring di atas katil.
          “Dah tak ada perempuan lain lagi ke sampai perempuan tu jugak yang nak kena jadi bini aku……” Kamil mula bermonolog sendiri. Dadanya terasa sakit mengenangkan kisah lalu.
          “Memang masa tu dah jadi kenangan, tapi aku ni ada perasaan, ada maruah aku sebagai lelaki. Takkan aku nak ambil dia buat jadi bini aku selepas apa dah jadi tu.” Kamil mula mengiring ke kanan sambil mengadap ke arah dinding yang membisu.
          Kamil gelisah memikirkan keputusan orang tuanya dan kandungan wasiat arwah atuknya itu. Tak pasal-pasal dia yang terpaksa menjadi kambing hitam untuk memenuhi kehendak semua orang. Dia mengeluh dan terus mengeluh sehingga terlelap sendiri.

“Kamil, kau jagalah meja koperasi untuk mase pendaftaran pelajar baru ek. Kita tak cukup pengawas koperasi ni.” Kawan baik aku sepanjang kami belajar di sekolah agama tu, bersuara bila tiada orang yang ingin bertugas pada awal tahun yang aku kira turut akhir tahun, 31 Disember 2002.
“Dah takde orang lain ke sampai kau nak suruh aku ni. Aku ingat macam malas pulak. Hahaha.” Saja nak usik muka cemberut kawan aku ni.
“Ah, aku tak kira, kau malas ke kau rajin ke aku nak kau mari gak masa hari pendaftaran tu. Dah tak ada orang lain dah aku nak harapkan, kau seorang je Kamil, tolong aku jaga meja bahagian muslimin ni.” Kata Muslim.
“Erm…. Yerlah.”

Macam biasa, pelajar muslimat lebih ramai jika nak dibandingkan dengan pelajar muslimin. Aku yang kaum adam ni pun hairan ke mana perginya lebihan yang kat luar sana tu.
“Erm, Lim. Tak ramai sangat kan pelajar muslimin ni. Setiap tahun macam makin kurang je. Haih, kalau beginilah kan, memang ada peluanglah orang macam kita nak poligami nantikan. Yerlah, dah macam makin pupus je kaum adam ni aku tengok. Hahaha.”
“Banyaklah kau ni poligami, yang seorang pun belum tentu terjaga. Kesian pulak aku tengok bahagian muslimat tu. Sekali kena serang ambil kau, tak nampak pengawas yang jaga.”
“Aku nak pergi kat kedai koperasi kejap, nak ambik beg kertas lagi.” Aku terus berlalu.

‘Macam jiran rumah aku je.’ Hati Kamil bersuara. ‘Yerlah, pak cik Zuki.’
          “Assalamualaikum, pak cik Zuki.” Tegur aku dari belakangnya dan pak cik Zuki terus berpaling. Anak perempuannya turut berpaling sama ke arah Kamil.
          “Waalaikumsalam. Eh, ni anak Naim kan?” Soal pak cik Zuki sambil berjabat tangan dengannya. Aku hanya mengangguk saja. Mata aku tak lepas memandang anak perempuannya. ‘Mesti baru form 1 ni.’ Bisik hati aku.
          “Hidayah, kenalkan ni Kamil, anak pak cik Naim. Jiran depan rumah kita je ni.” Pak cik Zuki memperkenalkan Kamil kepada anak perempuannya.
          ‘Hidayah nama dia rupanya. Ya Allah, dia senyum manisnya. Kamil, apa kau sedang buat ni. Anak dara orang tu.’ marah hatinya.
          “Takpelah pak cik Zuki. Saya kena tugas ni jaga meja koperasi tu. Nanti ada masa bolehlah kita borak panjangkan pakcik. Pak cik Zuki pon nampak macam tergese-gesa je.” Kamil sebenarnya dah tak tahu nak borak apa dengan pak cik Zuki sebab anak perempuannya itu.
          “Iya iya, pak cik Zuki ni pon bukannya ape, juruaudit Negara nak datang pejabat. Tu yang duk kalut tu. Lain kali la ya, Kamil.” Mereka terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

“Along, along, along… Bangun along dah Maghrib ni. Along, bangun!” Terus Kamil membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Dia mengeluh lagi. Rupanya mimpi berulang lagi.
          “Kamu ni along, kenapa? Mengigaulah tu, dah besar panjang pun mengigau lagi. Tidur lagi senja-senja hari. Bangun, ayah kamu dah ajak pergi masjid tu. Cepat bangun.” Emaknya mula menampar perlahan lengannya.
          “Yerlah, along bangun la ni.” Kamil bergerak malas menuju ke bilik air. Azan Maghrib berkumandang merdu di seluruh pelosok alam. Kamil dan ayahnya berangkat ke masjid bagi menyempurnakan solat fardhu secara berjemaah.

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

2 comments:

  1. Kunjungan dari Turtleconan.blogspot.com, cuma mau ngasih tahu kalau disana update film anime detective conan...

    Yoruskhu (salam kenal) kakak :)

    ReplyDelete
  2. Kyousuke Jin: Yoruskhu... hehehe... selamat datang ke blog saya...

    ReplyDelete