Bab
1
Bermati-matian
lelaki itu menolak keputusan supaya dia dinikahkan dengan perempuan yang dia
paling benci dalam dunia ini.
“No! Along takkan sesekali kahwin
dengan dia. Mak tolonglah jangan paksa along macam ni. Kalau betullah nak suruh
along kahwin sekalipun, tak ada perempuan lain dah ke?” Kamil tetap membantah
keputusan orang tuanya itu.
“Along, mak nak buat macam mana lagi,
dah memang tertulis dalam wasiat atuk kamu ni. Arwah nak kamu berkahwin dengan
salah seorang cucu perempuan kawan arwah. Dah tu pulak, Hidayah seorang saja
yang masih belum berkahwin. Along, kamu tak kesiankan arwah atuk kamu ke?” Puan
Nora cuba memujuk Kamil lagi sambil memandang ke arahnya suaminya untuk meminta
tolong.
“Along, kamu dengar sini, wasiat ni
bukan main-main tau. Boleh tak tenang si mati kalau hajatnya tak tertunai.
Lagipun bukannya kamu tak kenal dengan Hidayah tu, dia kan anak jiran kita
jugak dulu, anak Pak Cik Zuki dengan Mak Cik Yah. Baik apa budak tu, sopan
santun, hormat orang tua. Apa lagi yang kamu tak berkenan?” Tanya pula si ayah
kepada anak lelaki sulungnya itu.
Kamil mula mengeluh bila melihat orang
tuanya seakan berkeras juga untuk mengahwinkan dia dengan Hidayah. Memang
Hidayah seorang yang baik dan lemah lembut orangnya, tapi ada sebab kenapa dia
membenci Hidayah separuh mati.
Dia tak tahu bagaimana dia nak
menyakinkan kedua orang tuanya itu agar dia dan Hidayah tidak akan disatukan. Kerana
sakit hati melihat keputusan orang tuanya, dia terus melangkah masuk ke bilik
agar tiada sesiapa yang akan mengganggunya.
“Along, kamu nak ke mana tu? Mak tak
habis cakap lagi ni. Along!!!”
“Sudah maknya, biarkan along tu. Nanti
bila dah hatinya sejuk, saya cubalah bercakap semula dengannya.” Pujuk Encik
Naim sambil menghalang Puan Nora yang cuba untuk mendapatkan Kamil.
“Saya tak fahamlah dengan along tu,
bang. Dari hari pertama dia mendengar wasiat tu dibaca, terus along marah
kenapa dia berkait sekali. Padahal bukannya along tak tahu, arwah rapat sangat
dengan along tu. Dah besar panjang pun masih tak boleh nak berfikir.”
“Anak awak tu bukannya bodoh, Nora.
Kerja hebat, doktor gigi lagi. Apalagi yang tak kena dengan anak awak tu. Entah-entah
dia dah ada kekasih dalam diam, tu yang dia nak mengamuk tak tentu pasal bila
kita paksa dia kahwin tu. Awak tak terfikir macam tu ke?” Encik Naim sedaya
upaya mencuba untuk menyelamatkan keadaan bila emak dan anak mula bertelagah.
“Saya dah bertanya dulu sebelum saya
bagitahu pasal wasiat tu. Along cakap dia single lagi, tak ada masa sangat
sibuk bekerja sampai girlfriend pun tak sempat nak cari. Dah tu kalau tak
sempat cari awek, ni orang nak suruh dia kahwin, tak nak pulak…” Makin berangin
pula Puan Nora dengan anak lelakinya itu.
Kamil
mendengar sayup-sayup suara ayah dan maknya yang sedang bercakap mengenai dirinya.
Dia mengeluh panjang sambil berbaring di atas katil.
“Dah tak ada perempuan lain lagi ke
sampai perempuan tu jugak yang nak kena jadi bini aku……” Kamil mula bermonolog
sendiri. Dadanya terasa sakit mengenangkan kisah lalu.
“Memang masa tu dah jadi kenangan,
tapi aku ni ada perasaan, ada maruah aku sebagai lelaki. Takkan aku nak ambil
dia buat jadi bini aku selepas apa dah jadi tu.” Kamil mula mengiring ke kanan
sambil mengadap ke arah dinding yang membisu.
Kamil gelisah memikirkan keputusan
orang tuanya dan kandungan wasiat arwah atuknya itu. Tak pasal-pasal dia yang
terpaksa menjadi kambing hitam untuk memenuhi kehendak semua orang. Dia
mengeluh dan terus mengeluh sehingga terlelap sendiri.
“Kamil, kau jagalah meja koperasi untuk
mase pendaftaran pelajar baru ek. Kita tak cukup pengawas koperasi ni.” Kawan
baik aku sepanjang kami belajar di sekolah agama tu, bersuara bila tiada orang
yang ingin bertugas pada awal tahun yang aku kira turut akhir tahun, 31
Disember 2002.
“Dah takde orang lain
ke sampai kau nak suruh aku ni. Aku ingat macam malas pulak. Hahaha.” Saja nak
usik muka cemberut kawan aku ni.
“Ah, aku tak kira,
kau malas ke kau rajin ke aku nak kau mari gak masa hari pendaftaran tu. Dah
tak ada orang lain dah aku nak harapkan, kau seorang je Kamil, tolong aku jaga
meja bahagian muslimin ni.” Kata Muslim.
“Erm…. Yerlah.”
Macam biasa, pelajar muslimat lebih
ramai jika nak dibandingkan dengan pelajar muslimin. Aku yang kaum adam ni pun
hairan ke mana perginya lebihan yang kat luar sana tu.
“Erm, Lim. Tak ramai
sangat kan pelajar muslimin ni. Setiap tahun macam makin kurang je. Haih, kalau
beginilah kan, memang ada peluanglah orang macam kita nak poligami nantikan.
Yerlah, dah macam makin pupus je kaum adam ni aku tengok. Hahaha.”
“Banyaklah kau ni
poligami, yang seorang pun belum tentu terjaga. Kesian pulak aku tengok
bahagian muslimat tu. Sekali kena serang ambil kau, tak nampak pengawas yang
jaga.”
“Aku nak pergi kat kedai koperasi kejap, nak ambik beg kertas
lagi.” Aku terus berlalu.
‘Macam jiran rumah aku je.’ Hati Kamil
bersuara. ‘Yerlah, pak cik Zuki.’
“Assalamualaikum,
pak cik Zuki.” Tegur aku dari belakangnya dan pak cik Zuki terus berpaling.
Anak perempuannya turut berpaling sama ke arah Kamil.
“Waalaikumsalam.
Eh, ni anak Naim kan?” Soal pak cik Zuki sambil berjabat tangan dengannya. Aku
hanya mengangguk saja. Mata aku tak lepas memandang anak perempuannya. ‘Mesti
baru form 1 ni.’ Bisik hati aku.
“Hidayah,
kenalkan ni Kamil, anak pak cik Naim. Jiran depan rumah kita je ni.” Pak cik
Zuki memperkenalkan Kamil kepada anak perempuannya.
‘Hidayah
nama dia rupanya. Ya Allah, dia senyum manisnya. Kamil, apa kau sedang buat ni.
Anak dara orang tu.’ marah hatinya.
“Takpelah
pak cik Zuki. Saya kena tugas ni jaga meja koperasi tu. Nanti ada masa bolehlah
kita borak panjangkan pakcik. Pak cik Zuki pon nampak macam tergese-gesa je.”
Kamil sebenarnya dah tak tahu nak borak apa dengan pak cik Zuki sebab anak
perempuannya itu.
“Iya
iya, pak cik Zuki ni pon bukannya ape, juruaudit Negara nak datang pejabat. Tu
yang duk kalut tu. Lain kali la ya, Kamil.” Mereka terus berlalu pergi
meninggalkan perkarangan sekolah.
“Along,
along, along… Bangun along dah Maghrib ni. Along, bangun!” Terus Kamil membuka matanya
dan memandang sekelilingnya. Dia mengeluh lagi. Rupanya mimpi berulang lagi.
“Kamu ni along, kenapa? Mengigaulah
tu, dah besar panjang pun mengigau lagi. Tidur lagi senja-senja hari. Bangun,
ayah kamu dah ajak pergi masjid tu. Cepat bangun.” Emaknya mula menampar
perlahan lengannya.
“Yerlah, along bangun la ni.” Kamil
bergerak malas menuju ke bilik air. Azan Maghrib berkumandang merdu di seluruh
pelosok alam. Kamil dan ayahnya berangkat ke masjid bagi menyempurnakan solat
fardhu secara berjemaah.