Wednesday, 29 January 2014

Praktikal Di MBKT

Baru hari ni Lin nak update blog ni... Agaknya debu blog dah tebal mana dah agaknya kan... hehehe... Hari ni hari Selasa, maknanya dah seminggu Lin berpraktikal di MBKT ni.. Lin praktikal di Jabatan Penyelenggaraan Bangunan.... Jabatan ni betul-betul bersebelahan dengan kolam renang... Jangan risau, Lin tak mengintai orang mandi or berenang.... hahahah....

Kolam renang pulak bersebelahan dengan KFC… Apa maknanya itu…. Hehehe… Tapi takdelah pulak Lin pergi makan KFC tu… Tengok dari dekat sudahlah… hahaha…

Alhamdulillah, pegawai-pegawai sini semuanya ramah dan mesra… boleh dikatakan hari-hari jugaklah Lin dan bad dibawa lawat tapak projek bawah MBKT… Hari-harilah buku log praktikal penuh kot… Kenapa kot tu??? Sebabnya tak tulis lagi, cuma tanda apa yang lin buat hari hari je… Matilah kalau lecturer datang main serbu baru kalut nak buat… apa nak jadilah dengan Lin ni kan…. Hehehe…

Cerita semalam adalah Lin pergi lawat satu tapak ni… Kawasan ni di panggil Perumahan Kondo Rakyat… Pastu dapatlah berkenalan dengan 2 orang pegawai dari Kementerian Perumahan Kesejahteraan Tempatan… Puan Asiah dan Puan Hayati…. Peramah betul diorang ni… Siap bercerita asal dan mana diorang pernah belajar… Puan Asiah tu juga alumni UiTM Shah Alam… Syok jugak bila dapat jumpa senior kita ni… Hehehe…

Kat sini banyak perkara atau Lin patut sebut ILMU, yang dapat sepanjang seminggu Lin berada di jabatan ni… Setiap kali orang tanya berapa lama praktikal ni, Lin hanya jawab sebulan je… Semua kata macam sekejap sangat praktikalnya… Tak mengapalah, sekejap pun dapat jugak sedikit ilmu kan… 23 Februari ni tamatlah latihan praktikal Lin… Penat rupanya kerja ni… Sampai pegawai kat sini pernah tanya Lin, antara kerja dengan belajar yang mana Lin pilih… Lin jawab belajar lagi Lin pilih… hehehehe…. Penatnya, balik praktikal mandi sembahyang semua terus baring tido…. Hehehe… Penat sangat kononnya…. Hehehehe….

No comments:

Post a Comment