Saturday 14 December 2013

Page Shuklin 'Ailin Shop


Semenjak menjadi agen dropship ni, semakin sibuk pulak… Kena handle page yang baru dibuat… Nak handle blog ni lagi… Semakin serius duk menulis untuk menamatkan cerita seindah cintamu… Seindah Cintamu mungkin hanya tinggal lagi 2 bab untuk diletakkan dalam blog itu dan selebihnya Lin akan hantar untuk jadi manuskrip… Tapi sebelum lin hantar tu, kakak lin yang sulong akan menapis sebarang kesalahan dan kesilapan atau bahagian fantasi yang tidak logik tu…

Haaaa…. Lin ada buatkan page untuk Shuklin ‘Ailin Shop… Untuk menayangkan apa sahaja barang-barang yang Lin jualkan… Kalau letak kat sini, Lin rasa macam serabut pulak… Blog ni lin buatkan untuk publish lin punye penulisan… Jadi Lin buatkan page facebook untuk berniaga… Transfer yang kat sini masuk page facebook… Korang silalah, sudilah like page baru lin tu… Heheheh…. Korang kalau nak beli product Cathy Doll yang lin jual, meh ler beli dari Lin… Lin jual murah je… Kalau tak percaya, korang cubalah banding kan harga yang Lin jual dengan orang lain jual… Serius diorang jual lagi mahal… Heheheh…



Semuanya sebab kekangan masa… Pastu nak examnya tak lama lagi… Assignments semua dah nak sampai dateline… Minggu depan dah dateline sebenarnya… Maknanya bakal stay up hingga ke pagi di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Shah Alam… Apa lagi yang Lin nak story ek…

Dulu kakak lin yang second tu dia tak pernah bising kalau lin cerita kat dia yang lin tak tido malam kalau berada di FSPU… Sampailah lin bawak dia pergi FSPU temankan Lin buat kerja hingga ke pagi… Last-last pukul 4 pagi dia dah ajak lin balik sebab mengantuk… Macam tulah budak course Lin, stay up sampai subuh, kelas start pukul 8.30 pagi… hahahaha…

Korang tak percaya??? Try lah datang ke fakulti lin, malam-malam kan macam pesta dah kitorang ni… tapi best tahu… Nak-nak bila boleh siapkan board (Kitorang panggil board, korang panggil poster kot) saiz A0, saiz A1… Pastu tampalkan kat laluan student… Rasa bangga tahu bila hasil kerja kita dipublish…

Nilah hasilnya korang… Ni yang Lin buatkan mase semester lepas… Dalam kerja group design ni, lin incharge bahagian board atau poster… Masing-masing sudah ada bahagian masing-masing… Izzat dan Raimi tu bahagian Autocad & Render… Mawani dan Badriah tu bahagian report… Lin bahagian board… Hehehe...






No comments:

Post a Comment