Aku
menunggu dan terus menunggu si dia di tempat yang telah kami berjanji ingin
berjumpa. Sesekali aku melihat jam tangan menandakan sejam telah pun berlalu.
“Ish,
mana dia ni. Janji melayu betul. Janji pukul berapa mari pukul berapa. Dahlah
panas ni.” Bebel aku seorang diri sambil mengipas badanku. Mundar-mundir aku di
perhentian bas di Seksyen 2 itu.
“Sorry…
sorry… sorry… Aku terlambat. Bas tu lambat gerak dari rumah tadi.” Kawan aku
satu kelas dan satu bilik di rumah sewa kami, Adira tersengih-sengih memandang
wajahku yang mungkin memerah disebabkan kelewatannya dan kepanasan hari itu.
“Blahlah
kau, bas yang ada tadi dah gerak pun. Nak kena tunggu bas lain pulak.” Ikutkan
hati nak jer aku mengamuk kat situ. Bukan main lagi dalam telefon pesan jangan
lambat sebabnya bila aku dah duduk kat ptar UiTM itu aku sendiri tak sedar masa
berlalu, padahal dia sendiri yang lambat.
“Alah,
rilekslah kau ni. TS takkan larinya. Rilekslah, macam kau pulak yang nak pergi
dating.”
Ni
yang buat aku makin menyampah ni, dahlah suruh aku temankan dia nak pergi
dating, datang lambat pastu duk sindir-sindir pulak.“Dah nanti pakwe kau kata
kat aku pulak lambat. Kau dang jumpa pakwe, bukannya nak backup aku pun.”
“Takpe-takpe,
nanti aku backup kau ya. Senyumlah sikit, padan pun kau ni takde pakwe pun.”
Sempat lagi dia keluarkan kata-kata das menembak dia ni.
Aku
cuma menjeling geram kepadanya. Tindakan aku itu mengundang tawa besarnya
hinggakan orang sekeliling kami memandangnya. Aku menjauhkan diri sedikit
daripadanya, malulah bila orang tengok begitu.
********
Akhirnya penantianku berakhir bila bas rapid
U80 berhenti di hadapan aku dan menjadikan aku orang yang pertama sekali yang
masuk ke dalam bas itu. Sampai sahaja di KL sentral, kami menaiki KL Monarail
pula, dan sampailah kami di Berjaya Times Square.
Macam
yang aku sangkakan, memang pakwe kawanku ni menuduh aku yang melambatkan Adira
untuk kelua bersamanya. “Eh, mana ada. Baik kau tanya makwe kau tu. Dia yang
lambat dekat sejam aku tunggu dia kat Seksyen 2 tau.”
“Eh,
mana ada aku lambat. Pandai je kau ni reka cerita.” Kawanku mengengitkan
matanya padaku. Berkerut dahiku bila dia membuat isyarat supaya aku yang
mengaku.
“Tulah
nasib kalu orang yang takde BF macam kau ni, Addawiyyah. Pastu nak jeles kat
orang bila masa dating.” Tuduh lagi pakwe kawanku, Nizam. Membengkak hatiku
bila mendengarkan begitu. Nak je aku sound yang aku pun ada pakwe, bukan makwe
dia seorang yang ada pakwe.
“Eh,
B tak tau ke? Adda ni ada pakwelah, budak UPM kan, Adda. Sama universiti je
dengan B.” Nasib baik kali ni kawan aku menyokong aku.
“Tau,
pakwe aku kalu nak ajak aku berdating, dia mari ambik aku dengan kereta
bukannya suruh aku naik bas!!!” Terus aku meninggalkan mereka berdua, malas nak
dengar yang gedik-gedik, yang manja-manja. Menyampah.
********
Tersirap
darah Adira bila mendengarkan kata-kata Addawiyyah itu. Dalam diam dia iri hati
dengan kelebihan yang ada pada Addawiyyah kerana kalau nak diikutkan siapa yang
lebih cantik, ramai yang mengatakan dia lebih cantik berbanding Addawiyyah.
Kulitnya putih gebu lebih menggoda berbanding Addawiyyah yang hanya berkulitkan
cerah kuning langsat itu. Tapi Addawiyyah berkasih dengan seseorang yang
belajar di UPM dalam bidang perubatan dan yang lebih Adira dengkikan lagi,
lelaki itu seorang anak Datuk.
“Jom
sayang, kita tengok wayang.” Kata-kata Nizam menyedarkan Adira kembali ke
realiti.
‘Takpe
Adda, nanti kau tengoklah. Pakwe kau sendiri yang datang menyembah di lutut
aku.’ Berapi dendam di hati Adira. Dia takkan biarkan orang lain melebihi dari
dirinya. Dia memandang kekasihnya yang sedang membeli tiket wayang dan cuba
membandingkan dengan kekasih Addawiyyah, iaitu Azrul. Memang jauh bezanya
ibarat langit dan bumi.
********
Hujung
minggu begini memang sesak penuhlah orang ramai di Times Square. Tengah aku
syok berjalan seorang diri, memerhati kedai-kedai yang menjual baju, kasut dan
banyak lagi tu ada seseorang merempuh aku dari belakang hingga menyebabkan aku
terdorong ke depan.
‘Nasib
baik tak tersembang ke lantai.’ Tanganku mula menggosok bahuku yang sakit
kerana dirempuh begitu. Mataku hanya memerhati lelaki itu memungut
barang-barangnya yang jatuh ke lantai. Tidak seorang pun yang menolongnya.
‘Banyaknya
dia beli baju, macam setahun nak pakai je.’ Kata hatiku. Dan bila dia
mengangkat muka, aku terlopong kerana dia adalah senior dan kawan baikku dulu
di sekolah dan kawan baikku juga di kampung.
“Shuk,
kau???” Walaupun usianya lebih tua 3 tahun dariku, apa aku heran sangat…
hehehe.
“Adda…”
Aku
tergelak kecil. “Kau buat apa kat sini?” Soalan bodoh bila aku dah nampak di
tangannya penuh dengan paper bag.
“Aku
datang menjaja. Kau ni tanya soalan bodoh. Shoppinglah ngok. Hahaha.”
“Banyaklah
kau ni kata kat aku ngok. Shopping? Dengan sape, awek ke? Hehehe.”
“Dah
tu, takkan aku nak sebut penuh, bongok. Hahaha. Awek selalu kau ni. Dengan
kawan-kawan akulah, tapi diorang ni ntah pergi mana tah aku pun tak tau.
Tinggal aku sorang-sorang kat kedai tadi. Pastu tinggal barang ni suruh aku
angkat.”
“Sian
kat kau, selalu kena buli. Eh, kau belajar kat sini ke?”
“Taklah.
Aku balik cuti summer ni. Kaulah sombong tak nak bagitau kat aku, kau belajar
kat mana bidang apa.”
“Eh,
aku bagitaulah kat mak kau dulu sebelum aku pergi daftar masuk UiTM Shah Alam tu.
Sekarang ni pun aku dah semester dua dah. Kau tu yang tak bagitau kat aku, kau
belajar kat mana. Cuti summer? Kau belajar kat oversea ke?”
“Kau
sorang je ke ni?”
“Aku
teman kawan aku dating dengan pakwe dia. Mana nak campur dengan diorang aku
lari…. Bla… bla… bla…”
Dia
tersenyum sahaja padaku. Dan mengalihkan topik lain sampailah kita orang berjumpa
kembali dengan kawan-kawan yang seusianya dengannya. Salah seorangnya juga
adalah kenalanku tapi hubungan kami tidak begitu rapat kerana kami selalu
bertangkar dan bergaduh setiap kali berjumpa.
“Izzat,
kau kenal tak sape ni?” Tegur Shukri padanya kerana Addawiyyah gelisah bila
Izzat memandangnya dengan pandangan yang tiada siapa tahu apa ertinya melainkan
seorang sahaja iaitu Shukri.
“Mestilah
aku kenal, bitch of the year kan. Kenapalah kau selalu ada kat depan mata aku?”
Terkedu aku bila Izzat berkata begitu dan kawan-kawannya hanya tergelak
termasuklah Shukri. Aku tak tahu kenapa Izzat begitu membenci aku sehinggakan
setiap perbuatannya turut mengundang kebencianku pada dirinya.
“Apa
kau dajal laknatullah.” Lagi power aku bagi kat dia. Padan muka, terus terdiam
dari ketawa tadi. Last-last aku mengangkat thumbs up padanya dan bersembunyi di
belakang Shukri.
“Dah-dah-dah.
Apa ni, bitch lah, dajal lah. Tak baiklah korang ni. Immature betul.” Mengetap
bibir kami berdua memandang Shukri. Tidak sedar dengan itu terus aku
mencubitnya dari belakang.
“Eh,
kau ni perempuan tak tau ke yang kau ni tak boleh sentuh lelaki, HARAM!!! Kalu
tak habis belajar agama masuk sekolah balik.” Dia meninggikan suaranya bila
Shukri mengaduh sakit kerana aku mencubitnya, tak kira tempat dan tak kira
dengan mata-mata yang memandang kami berdua. Dia menarik tubuh Shukri agar
menjauhkan diri dari aku.
Aku
yang sememangnya seorang yang sangat sensitif itu segera meminta diri dari
kumpulan lelaki itu. Hati aku menangis perlahan. Terus aku barjalan dan menuju
ke tandas. Dalam tandas aku membasuh muka dan cuba menghapuskan bekas-bekas
airmata yang mengalir. Bila aku keluar, sekumpulan lelaki itu berkumpul di
hadapan tandas perempuan pula tu.
“Adda,
sorry pasal Izzat tadi tu. Dia bulan mengambang sikit. Ingatkan perempuan je yang
datang bulan.” Terus Izzat menampar bahunya.
“Takde
papelah. Aku nak ronda-ronda dulu cari baju. Bye.” Aku cuba melarikan anak mata
dari bertentangan dengannya.
“Tak
reti bagi salam?” Terus aku berpaling pada suara yang menyindir aku itu.
“Jat,
kau ni kan. Boleh tak jangan kat sini, orang ramai ni.” Pohon Shukri agar kami
berdua berdamai dengan baik. Kawan-kawan dia yang lain hanya menganggukkan
kepala sahaja bila shukri berkata begitu.
“Jom
kitorang temankan Adda shopping. Untung-untung boleh Shuk angkat barang Adda,
baru tangan Adda tak sakit kan… hahaha.” Aku hanya tergelak bila Shukri sedaya
yang mungkin mencuba memujukku, tidak seperti seseorang itu kata maaf pun tak
diucapkan walaupun telah mengguriskan hatiku tadi.
Seronok
aku berjalan dalam kumpulan lelaki yang boleh dikatakan kacak dan sedap mata
memandang itu. Dlam diam aku akui dalam ramai-ramai kumpulan itu, Izzatlah yang
paling kacak dan pakwe aku pun belum tentu mampu tandinginya.
Keseronokan
aku di seret entah mana pergi bila kami terserempak dengan Adira dan pakwenya.
Tambah menyakitkan hati lagi bila Adira menyindir aku dalam diam menyatakan
bahawa aku menyimpan jantan di belakang pakwe aku dan kebetulan Shukri
mendengar hal demikian walaupun Adira bercakap tersangatlah perlahan. Mujurlah
Shukri bijak meredakan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.
‘Apa
kes pulak, Nizam ni senyum sinis kat aku.’ Nizam kekasih hati Adira itu
berjabat tangan dengan kawan-kawan Shukri. Terkejut aku dalam diam bila Izzat
memberitahu yang dia sedang belajar di Jordan University of Science and
Technology (JUST) dalam bidang pergigian. Berbangga aku sekejap di hadapan
Adira bila semua kawan-kawan Izzat menyatakan perkara yang sama. Tapi aku
terperasan juga, Adira hanya memerhati Izzat dalam diam.
‘Apa
kes kau tengok Izzat yang putih kacak macam tu. Tengoklah pakwe kau yang tak
hensem hitam legam tu. Berlagak!!!’ Bentak lagi hati aku tanpa aku sedari.
Sebelum
kami balik di senja hari dan berpecah di Berjaya Times Square itu, tanpa aku
sedari ada seseorang meletakkan sesuatu dalam beg galasku. Aku hanya menyepikan
diri dari berborak dengan Adira. Sibuk dia bertanyakan apa hubungan aku dengan
kumpulan lelaki tadi.
********
Sampai
sahaja di rumah sewa kami, Adira berpesan supaya aku memberitahu Azrul tentang
hal petang tadi kerana dia takutkan Azrul menuduhnya kalau aku berlaku curang.
Berkerut dahi aku menahan perasaan begini. Nampak gayanya dia lebih kenal
kekasihku berbanding diriku. Nyampah…
“Azrul
kau tahu tak yang kau keluar dengan lelaki-lelaki tu tadi. Nanti dia kata kau
curang pulak. Pastu nanti dia tuduh aku kononnya mesti aku yang ajar kau.”
“Takde
sebab aku nak curang pada Azrul. Dia lelaki yang sempurna untuk aku, kenapa
pulak aku nak curang? Azrul tu dahlah kaya, bijak, kacak, baik takkan aku nak
lepaskan macam tu aje. Logik akallah kau ni sikit boleh tak.” Saja aku nak
tambah minyak dalam apinya. Aku tahu dalam diam Adira mencemburui hubungan aku
dan Azrul. Tapi bukanlah semua perkara itu yang menyebabkan aku bercinta dengan
Azrul dan menerimanya sebagai pasangan kekasih, tetapi keikhlasannya dan
kebaikannya mencuri hatiku dari zaman matrik lagi.
“Eh,
Adda. Kau ni kan pakai minyak senyoyong ke sampai semua lelaki nak kat kau.
Kalu ikutkan kau ni tak cantik mana pun. Muka kau pun biasa-biasa saja.”
“Kau
ingat aku ni jahil sangat pasal agama. Sebab aku berwudhuk selalulah jadi
camni. Wajah aku mesti berseri-seri selalu. Tu yang orang lelaki duk pandang
tu.” Bidas aku bila dia selalu kaitkan aku dengan benda-benda kurafat begitu.
Malas nak layan karenahnya itu, aku terus mencapai tuala dan pergi ke bilik air
untuk membersihkan diri.
Bila
aku dah siap dan masuk bilik, aku melihat Adira hanya memakai singlet putih
yang jarang dan bagi aku teramat seksi hinggakan aku malu untuk melihatnya
sedang skype dengan pakwenya. Perangai yang ni aku tidak suka mengenai Adira,
terlalu murah untuk menayangkan segalanya terhadap pakwenya. Segera aku menutup
kepala dan lenganku dengan tuala dari pandangan Nizam. Walaupun hanya skype,
aurat aku hanyalah untuk insan lelaki yang bergelar suami sahaja.
“Boleh
tak kau skype dengan pakwe kau pakai sopan sikit, pastu kau pergi skype kat
tepi dinding biar pakwe kau nampak kau dengan dinding je.”
“Eh,
sibuklah kau ni. Aku bayar sewa jugakkan bilik ni so aku ada hak nak guna macam
mana pun. Kau tak payah nak berlagak alim boleh tak. Ke kau jeles tengok tubuh
aku lebih gebu dari kau.” Adira mencebikkan bibirnya.
Membara
hati aku bila dia berkata begitu. “At least aku ni suci lagi, anak dara lagi.
Bukan sisa orang pun. Gebu-gebu ni aku tak heran langsung.” Aku ni kalau dah
panas hati terus jadi mulut laser, tak ada insurans.
Terus
dia bangun membawa laptopnya keluar dari bilik dengan hati membara.
‘Kan
dah buat aku marah ni. Rasalah kalu diri tu senang sangat serah tubuh kat
jantan.’ Perkara ni aku tahu ketika aku pulang dari kampung dan terkejut bila
aku masuk ke bilik sewa, Adira dan Nizam sedang nyenyak tidur bersama dalam
keadaan yang memalukan itu, tambah lagi dengan botol arak yang bergelimpangan.
Bila
aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut barulah dia meminta maaf
dan berjanji untuk insaf dan berubah. Aku terima hati terbuka dan ingatkan dia
betul-betul ingin berubah tapi tindakannya hanyalah untuk memujuk aku supaya
tidak meninggalnya seorang diri. Kerana dia takutkan aku mengamuk lagi membawa
lelaki masuk ke bilik tidur kami, dia dan Nizam telah menyewa hotel setiap kali
untuk melakukan perkara terkutuk itu. Aku sendiri tak tahu apalah hikmah di
sebaliknya bila aku berkawan dengan dia. Mungkin ujian tuhan terhadap diriku.
********
Hampir
sebulan barulah aku terperasankan ada sesuatu dalam beg galas yang aku bawa ke
BTS tempoh hari. Itupun kerana aku ingin menggunakan beg tersebut barulah aku
tahu. Bila aku keluarkan, cantik bungkusan itu berbalut dan ada sekeping kad
yang terselit.
“Selamat hari Jadi yang tak sempat ku sambut
bersamamu. Ingatlah, aku selalu di depan mata.” Itulah yang tertulis di
dalamnya.
‘Selalu
di depan mata??? Siapa pulak yang letak dalam beg aku ni. Ke salah orang?’
Monolog aku sendiri. Cepat-cepat aku membuka bungkusan itu, dan lagi terlopong
aku bila melihat seutas jam tangan yang aku berkenan semasa aku singgah di
sebuah kedai jam di BTS hari tu. Ketika itu hanya Izzat yang menemani aku yang
melihat di bahagian jam tangan perempuan sedangkan kawan-kawannya yang lain
sedang sibuk memilih di bahagian lelaki.
‘Tak
mungkin Izzat. Tak mungkin mamat setan tu.’ Nafi aku dan segera menyimpannya
dari pengetahuan Adira. Susah dirinya kalau Adira tahu kewujudan hadiah tersebut.
Malam yang dia balik dari BTS tu pun, dia hampir bergaduh besar dengan Azrul
kerana Adira terlepas cakap kononnya aku keluar dengan lelaki. Mujurlah sebelum
balik hari tu, nombor telefon Shukri sempat aku ambil dan aku minta jasa baik
Shukri untuk menerangkan segalanya. Kesian kawanku yang itu, tak pasal-pasal
terheret sama.
********
Kad
yang aku simpan semenjak seminggu lepas aku tatap lagi sewaktu Adira keluar
dengan kekasihnya. Rumah sewa aku pun sunyi sepi bila semua penghuninya keluar
pada hujung minggu begini. Aku pula memberi alasan kepada Adira untuk
menyiapkan assignment yang sudah hampir dengan tarikhnya.
‘Selalu
di depan mata?’ Tanya hati aku. Hampir setengah jam aku menilik kad tersebeut
barulah aku teringatkan sesuatu. Terus aku menggeledah ‘kotak azimat’ yang aku
bawa dari rumah.
Dalam kotak itu menyimpan segala
pemberian orang kepada aku dulu. Atau dengan kata lain, pemberian seseorang
yang tak pernah lupa akan hari jadi aku dari tingkatan satu lagi. Bila aku membuka
kota azimat itu, aku mengeluarkan semua kad-kad yang diberikan kepadaku tanpa
aku mengetahui siapakah gerangan pemberi.
“Selalu di depan mata… Selalu di
depan mata… Pandanglah aku di sini… Selalu ada untukmu… Selalu di depan mata…
Selalu berada di sisimu… Selalu di depan mata… bla… bla… bla…” Baca aku satu
persatu kad yang pernah diberikan kepadaku. Ayat-ayatnya hampir sama sahaja,
selalu di depan mata.
Buntu aku memikirkan pemberian
seseorang ini. Untuk aku nafikan pemberian hadiah itu untuk diriku, di setiap
kad tersebut turut tertulis nama penuhku, Rabiatul Addawiyyah binti Md Isa.
‘Takkan
Shukri kut yang bagi kat aku selama ni. Dia memang baik pun dengan aku.’ Tanya
hati aku, tapi untuk bertanyakan hal itu pada Shukri, aku jadi segan pula. Nanti
dikatanya aku perasan dia nak kat aku pulak.
‘Erm,
takpelah. Aku simpan je, dah orang nak kasi kan. Hehehe.’ Pujuk hati aku sambil
tangan aku memasukkan kembali kad-kad dan barang hadiah itu ke dalam kotak
azimatku. Kotak itu aku kembali simpan di tempat yang tak Adira dapat
menemuinya.
*********
Akhirnya
usaha aku di UiTM selama tiga tahun berbuah hasilnya. Dengan CGPA yang
cemerlang, membuatkan kedudukanku berada di kelas pertama. Memang itu yang aku
idam-idamkan kerana tak perlu bayar PTPTN. Hehehe.
Azrul datang pada hari konvokesyenku
sekaligus berjumpa dengan kedua orang tuaku. Dia menghadiahkan sejambang bunga
ros merah padaku sebagai tanda tahniah. Adira datang dengan muka tak malu
meminta agar Azrul turut memberinya sejambangan.
Dengan nada bergurau dan sinis aku
bagi kat dia, “ Kau suruhlah pakwe kau belikan. Takkan dia datang sini dengan
tangan kosong? Setakat sekuntum tu pun tak mampu ke?”
“Apalah Adda ni, dengan Dira pun nak
berkira ke?” Tanya Azrul padaku. Bukannya dia tak tahu, padahal banyak kali dah
aku memberitahunya bahawa Adira selalu cemburukan hubungan mereka. Tersenyum
Adira bila Azrul memihak kepadanya.
“Takdelah, sampaikan pakwe orang
dimintanya bunga.” Terus aku berpaling bila adikku Sumayyah mencuit bahuku dan
menghulurkan sekeping kad. Katanya ada orang mengirim ke alamat rumah. Kad itu,
aku terus masukkan ke dalam handbag. Kat hotel nanti barulah aku membaca dan
bila aku dah berpaling kembali ke arah kekasihku, Adira sudah menerima
sejambang bunga dari Azrul.
“Eh, baiknya pakwe aku bagi kau
bunga.” Sindir aku.
Nizam hanya memerhati dengan wajah
yang kelat. Bila Adira berbual dengan Azrul aku malas nak turut serta. Ramai
kawan-kawan yang satu bidang dan satu kelas datang mengucapkan tahniah
kepadaku.
“Kau tak reti jaga pakwe ke hah.
Tengok tu mesti nak goda Adira.” Tiba-tiba telingaku menangkap setiap butiran
percakapan Nizam.
“Apa pulak aku, kau tu yang tak reti
ambik hati perempuan. Datang dengan tangan kosong sampai makwe kau tu mintak
bunga dari pakwe aku. Tak malu betul makwe kau tu, apa kau simpan duit tak nak
beli bunga sebab nak bermalam kat hotel ke malam ni?” sindir aku pedas hingga
wajahnya yang hitam manis itupun aku masih boleh nampak memerah.
“Yang kau nak kurang ajar sangat
kenapa? Kau jeles ke kalu itu yang kau tak dapat.”
“Buat apa aku nak jelesnya, sebab
aku tau dosanya orang berzina ni. Hina tau tak. Ni aku nak pesan, jangan sampai
Adira tu mengandung anak luar nikah sudah.”
“Adira!!! Jomlah kita balik.”
Jeritnya memanggil Adira. Mungkin dah tewas lawan kata dengan aku mungkin.
Azrul turut mengajak aku balik
bersamanya tapi tidak mungkinlah aku hendak meninggalkan keluargaku yang turut
berada di situ. Dengan baik aku menolah pelawaannya yang ingin keluar berdua
untuk meraikan kejayaanku.
Sampai di hotel penginapan
keluargaku, aku terus membuka dan membaca kad yang diberikan oleh Sumayyah
tadi.
“Assalamualaikum.
Tahniah di atas kejayaan saudari. Segala usaha dan doa yang dicurahkan telah
mendapat tilik pandangan dari Illahi. Sayangnya saya tak dapat hadir untuk
turut serta bersama saudari untuk berkongsi kegembiraan pada hari itu. Tapi
ingatlah saya selalu di depan mata walaupun saudari tidak melihatnya.
Wassalam.”
Terkedu aku bila membaca ayat yang
terakhir, sekali lagi ayat ‘selalu di depan mata’ itu aku baca. Aku memandang
kepada adikku Sumayyah yang sedang mengemas beg pakaiannya keran pagi esok kami
akan berangkat pulang. Ragu-ragu aku untuk bertanyakan hal ini padanya.
Akhirnya aku hanya membiarkan sahaja persoalan yang berlegar dalam fikiran.
********
Setelah
dua bulan berehat di rumah, aku membuat keputusan untuk menyambungkan pelajaran
ke peringkat master. Hal ini aku berbincang dengan Azrul dan dia turut
menyokong keputusanku. Bagiku Azrul seorang yang senang berbincang dan baik
kerana apa jua keputusanku dia terima dengan baik.
Terpaksa jugalah aku kembali
mengadap muka Adira bila dia turut ingin menyambung ke peringkat master selepas
Azrul memberitahunya mengenai keputusan aku.
Tahan hati jelah bila Azrul beria-ia
mencarikan kami sebuah bilik untuk disewakan. Hal ini turut menjadi tanya dalam
fikiranku mengenai perangai pelik Azrul.
“Nampaknya kita berkongsi bilik
lagilah Adda. Terpaksalah aku kena tahan telinga nanti.”
“Eh, boleh je kalu kau nak duduk
sorang dalam bilik ni. Aku cari bilik lain. Habis cerita.”
“Eh, kau ni sensitif betul. Aku
gurau je.”
Malas nak layan kepalanya aku terus
mengemas bilik baru yang kami sewa itu. Bilik itu disediakan katil bujang, meja
belajar dan sebuah almari, memang berbaloi jika sebulan hanya perlu bayar sewa
sebanyak RM150 termasuklah bil air, elektrik dan internet.
Selepas siap mengemas, aku terus
membuka laptopku kerana ingin berchatting skype dengan seseorang yang
menggunakan IDnya SDDM. Bila aku pulang dari konvokesyenku dulu, ada seseorang
ni telah menambah aku sebagai kawannya di facebook dan aku dengannya telah
bertukar ID untuk berchatting di dalam skype. Dengannya aku berterus terang
akan statusku iaitu kekasih orang. Dan dia hanya membalas niatnya hanya ingin mengenali
dan berkawan.
Aku pernah bertanyakannya maksud
sebenar SDDM itu, dia hanya membalas IDnya itu hanya ditujukan khas buat yang
tersayang, perempuan yang dia suka dalam diam. Dengannya aku banyak berkongsi
rahsia, berkongsi rasa mengenai diriku, Azrul, Adira dan perihal Izzat. Dan aku
turut menyimpan rahsianya mengenai cintanya yang agung terhadap seorang
perempuan ni.
Petang itu aku keluar pergi membeli
makanan seorang diri di medan selera yang bersebelahan dengan I-City. Bila aku
mengajak Adira, dia memberikan alasan kerana ingin keluar bersama kekasihnya.
Dan setahu aku, dia dan Nizam telah memutuskan hubungan apabila Nizam telah
membuntingkan seorang perempuan sehinggakan ibu bapa perempuan tersebut membuat
laporan polis dan Nizam ditangkap dengan dakwaan merogol ke atas perempuan
tersebut. Malas nak banyak tanya, aku terus meninggalkannya seorang diri di
rumah sewa.
Di medan selera itulah aku
terserempak dengan Shukri, sahabat baikku dan Izzat sekali. Asalnya aku hanya
buat tak tahu kerana Izzat turut berada di situ tapi bila Shukri dah datang
menegur dan mengajak aku untuk makan sekali susah aku nak mengelak. Lagipun aku
sorang-sorang jugak.
“Mana kawan baik Adda tu tak makan
sekali ke?” Tak tahu aku nak mentafsirkan sebagai sindiran atau rujukan kawan
baik tu pada Adira bila Izzat bertanyakan begitu. Lagipun dia mana tahu apa
yang terjadi antara aku dengan Adira.
“Mari Ijat agak, mesti kawan baik
Adda tu tengah sedap menjamu selera dengan pakwe kesayangan Adda tu kan.” Kata
Izzat lagi membuatkan jantung aku berdegup kencang.
“Jat, kau ni selalu nak cari pasal
dengan Adda. Takdelah Adda, jangan dengar sangat si Izzat ni.” Aku hanya
mengangguk perlahan, mana Izzat tahu pasal Azrul sedangkan Shukri sendiri
pernah berjanji pada aku dulu yang dia takkan memberitahu kepada Izzat sewaktu
Azrul bergaduh besar dengannya dulu.
“Kalu Ijat berani bersumpah yang
Ijat tidak bohong kat Adda sekarang ni, Adda percaya kat Ijat tak yang kawan
baik Adda tengah makan bersama dengan pakwe Adda.” Sebaik sahaja Izzat
menuturkan kata-kata itu, Shukri menarik bajunya dan membawanya ke kereta. Aku
yang melihat tindakan Shukri sudah tentulah terkejut dan sedikit tergamam
dengan kata-kata Izzat itu.
Aku mengekori mereka dalam diam dan
terdengar semua perkara yang sedang mereka bincangkan.
“Aku tau kau nak marah bila aku
bagitau kau yang aku nampak sendiri Azrul main kayu tiga. Tapi cara kau tu tak
kena Ijat.”
“Dah tu kau nak tengok sampai bila
Adda tu kena tipu dengan jantan tak guna tu. Bukan kau sorang yang nampak masa
tu ok. Aku pun ada sekali kan.”
“Kau faham tak, lama diorang ni
couple. Takkan Adda nak percaya kat kita 100%.” Aku lagi terkejut bila Shukri
mencurigai nilai persahabatan antara kami. Serta-merta aku teringatkan
kata-kataku dulu padanya, antara kekasih dan sahabat yang mana satu keutamaanku,
mestilah aku memilih sahabatku.
Tak tahan nak dengar umpatan mereka
berdua, akhirnya aku mencelah. “Andai kebenaran di depan mata manusia gila je
tak nak terima. Cerita jelah kat Adda perkara sebenar.” Terdiam kedua-duanya.
“Adda…” bukan Shukri yang menyebut
namaku tapi Izzat yang menyebutnya. Sedikit rasa pelik datang menyinggah di
hati lalu aku biarkan.
Di medan selera itulah, Izzat dan
Shukri menceritakan segalanya kepadaku kerana mereka nampak lama dulu lagi
Azrul dan Adira berdua tanpa aku ada sekali. Mereka dah lama balik ke Malaysia
selepas tamat pengajian di Jordan dan kini sedang bertugas di klinik kesihatan
Shah Alam bahagian klinik gigi. Kalau mengikut pengiraan Shukri dan Izzat,
Adira dan Azrul mula menjalinkan hubungan di belakangku selepas majlis
konvokesyenku dulu.
Sampai sahaja aku di rumah sewa
terus aku menunggu Adira balik yang dari berjumpa dengan siapa entah
gerangannya. Aku takut silap-silap haribulan, penampar aku makan pipinya baru
tak perlu pakai blusher.
Dah memang aku agak, dia masuk
sahaja ke dalam bilik terus aku menamparnya. Siapa kata perempuan lembut macam
aku ni tak ada baran, sekali marah baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Aku
menamparnya sekuat hati bukan kerana dia merampas Azrul dariku tapi kerana dia
mengajar Azrul untuk membuat perkara terkutuk itu dengannya.
“Kau memang hina, jijik kat mata
aku. Sampai pakwe kawan kau sendiri kau sanggup ajak berzina.” Memang tak dapat
dinafikan betapa kuatnya suara aku ketika itu.
Dia memegang pipinya baru aku tampar
tadi. “Pakwe kau tu yang goda aku. Pakwe kau yang desak aku.” Suaranya turut
meninggi.
“Kau tu perempuan tak tahu malu,
perempuan sundal tak ada dara. Hina babi, kau hina lagi dari babi. Kau tau
tak.” Aku dah tak ambil pusing lagi bila kakak yang turut menyewa bilik sebelah
datang menjenguk kami berdua.
“Eh, kenapa ni Adira, Adda? Kenapa
ni?”
“Dia ni kak, tak malu. Rampas pakwe
orang pastu ajak zina. Eh, Adira aku tak marahlah kalu kau nak kat Azrul tu aku
boleh bagi tapi bila kau dah terlanjur dengan Azrul memang kau nak mati kat
tangan aku kan. Apa kau ingat aku tak tahu, kau nak buat Azrul tu jadi pak
sanggup je sebab kau tu dah tak suci lagi. Kenapa kau tak panggil je bekas
kekasih yang dalam lokap tu biar bertanggungjawab.” Terkejut kakak tu bila aku
membongkarkan segalanya.
“Eh, kau ingat kau tu baik sangat
ke? Malang mak bapak kau ada anak hodoh macam kau tau tak.” Lagi aku berang
bila dia kaitkan mak ayah aku. Sebelum ni memang aku banyak menyindirnya dengan
tujuan ingin mengajarnya erti keinsafan tapi tak pernah sekali pun aku
membabitkan orang tuanya kerana aku tahu dalam hal ini Adira yang bersalah
kerana tidak menjaga maruah diri.
“Kalu macam tu, biar aku bagitau mak
ayah kau apa yang kau buat kat Shah Alam ni. Perangai kau ni mengalahkan pelacur
tau tak.” Kakak bilik sebelah segera memelukku dan menyuruhku beristighfar.
Perlahan aku cuba menundukkan syaitan yang cuba menguasai diri.
“Adira, kamu tau tak akibat
perbuatan kamu ni. Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni. Bla… Bla…. Bla…” Kakak
bilik sebelah aku cuba menasihati Adira.
Aku
dah tak nak berdepan lagi dengan Adira dan sebaliknya aku menelefon Shukri
untuk mengambilku lari jauh dari Adira. Tapi yang mengangkatnya adalah Izzat.
Dengan Izzat, aku menangis kerana mahu bersemuka dengan Azrul pula.
Tak
sampai 15 minit dia dah sampai di flat kediamanku. Azrul, telah aku mengajaknya
untuk bersemuka denganku di tasik Shah Alam pada malam itu juga.
“Salah
Ijat ke bagitau hal ni kat Adda?” Soalnya bila aku sudah berada di dalam
keretanya. Langit sudah memerah menandakan waktu sudah hampir senja.
“Takdelah.
Bukan salah Ijat pun, diorang tu yang terlalu turutkan nafsu. Adda bukan nak
marah sangat kalu Azrul tu curang dengan Adira. Adda dah lama tau Adira tu
memang jeleskan Adda dengan Azrul. Dia memang tak nak orang lebih dari dia.”
ujarku sambil mengurut dada menahan rasa.
“Dah
tu kenapa mengamuk macam ni, siap main tampar-tampar lagi? Sebab diorang
terlanjur?” Aku hanya menganggukkan kata-kata Izzat itu.
“Adda
tak perlu panggil Dr. Izzat kan.” Aku cuba menceriakan lagi keadaan agar aku
lebih bertenang.
“Doktor
tu masa bekerja je panggil, masa sekarang ni tak payah takpe. Kalu panggil
abang ke, sayang ke yang tu tak kena bayarkan. Jangan tampar Ijat pulak. Hahaha.”
Tak sangka orang yang aku benci dan aku anggap dia turut membenciku boleh
bergurau begini. Aku tergelak kecil.
“Erm,
tak ingat Adda nak panggil suami Adda je abang.” Perlahan dia berkata demikian
sambil memandu ke Jusco Bukit Raja. Aku memandang wajahnya, tak ada orang tahu
melainkan SDDM, bahawa prinsip aku untuk memanggil seorang lelaki dengan
panggilan ‘abang’ ni hanyalah suamiku.
“Kenapa?”
Soalnya bila aku tak berkelip memandangnya.
“Oh…
erm… erm, kita ni pelikkan. Selalu bergaduh, Ijat panggil Adda bitch, Adda
panggil Ijat dajallah tapi sekarang ni kita nak gi tengok wayang ke kat Jusco?”
aku cuba mengalih topik walaupun otak aku sibuk memikirkan sesuatu.
“Nak
tengok wayang ke? Ingatkan nak ajak makan KFC kat Jusco. Shukri bagitau kalu
Adda tengah marah gini baik ajak makan KFC terus dia tak marah. Hahaha.”
“Lepas
malam nilah kita makan kat KFC Seksyen 7. Mesti berapi lagi malam ni.”
Keretanya sudah siap memarkir di tempat yang disediakan.
“Yang
selalu di depan mata tak pandang.” Katanya membuatkan mataku terbuntang kerana
adanya perkataan ‘selalu di depan mata’.
“SDDM…”
“Iye…
eh…” Dia terus berpaling ke arahku. Dan pada saat itu, segala memori waktu
sekolah, dekat rumahku di kampung, dan setiap kali aku bergaduh dengannya,
Izzat selalu menuturkan ayat ‘Selalu Di Depan Mata’. Dan bila aku cuba
mentafsirkan huruf SDDM, bukankah ia boleh membawa maksud, ‘Selalu Di Depan
Mata’. Kad-kad yang aku terima dari entah siapa gerangan pemberi turut ada ayat
‘selalu di depan mata’.
“Dah
dapat tangkap ke sekarang?” ujarnya sambil berdiri santai di depan mataku.
“Izzat???”
“Yup,
kenapa???”
“Kenapa
tanya Adda pulak? Adda yang patut tanya Ijat.”
“Kan
dah cakap hanya untuk perempuan yang Ijat sayang.” Lagi aku terkebil-kebil di
tengah tempat parking kereta itu, tak sempat masuk dalam Jusco dah aku rasa.
“Erm,
tunggu sini. Ijat nak pergi bayar parking jap.” Terus dia meninggal aku seorang
diri di situ seperti orang kebingungan. Dahlah hari tu, aku terima kejutan
banyak sangat. Dengan berita kecurangan kekasihku Azrul dan keterlanjurannya
dengan Adira, ditambah pula dengan kejutan ‘selalu di depan mata’ yang memang
aku tunggu siapa orangnya.
Nak
pengsan aku rasa tika itu, dia sampai selapas membayar parking di kaunter yang
ada terus membuka pintu keretanya memberi isyarat agar aku masuk.
“Adda
selesai elok-elok dengan Azrul pastu fikirlah nak terima dia balik ke tak kalu
dia pujuk Adda. Jangan terus menghakimi dia dan buang dia. Kalu memang tak ada
jodoh antara korang baru Ijat boleh bertindak masuk meminang Adda.”
“Hah,
masuk pinang Adda? Keje gila, keje gila.” Tergeleng-geleng kepala aku.
“Kenapa
pulak, Ijat suka Adda dari tingkatan satu lagi.”
“Dah
tu kenapa tak ngaku dari dulu, kalu tak, takyah susah-susah gini.”
“Allah
nak uji Adda mungkin dengan menghantar orang yang salah sebelum Adda jumpa
orang yang betul. Dan Allah bagi Ijat masa untuk putuskan mana yang terbaik
untuk diri Ijat.” Terdiam aku bila dia berkata begitu. Tapi jika semudah itu
aku terimanya selepas aku memutuskan hubunganku dengan Azrul, tidakkah orang
sekeliling aku akan mengumpat bahawa aku ni perempuan yang jenis mudah.
“Kalu
Adda terima Azrul balik camne?” aku ingin menduganya lagi. Betapa selama ini
dia hanya ingin menduga aku rupanya.
“Ijat
terima dengan hati terbuka macam Ijat terima kenyataan yang Adda sudah ada
teman dari Shukri.”
Terus
aku teringatkan Shukri, “Nanti sebelum pergi tasik, pergi ambik Shukri dulu.
Adira tu bukannya boleh percaya sangat. Nanti dia buat Adda pulak nampak jahat.
Erm, kita nak solat maghrib kat mana ni?”
“Kat
surau sebelah medan lah, dekat sikit dengan rumah sewa Shukri. Nanti inform ke
dia, kita pergi ambik dia. Adda, jangan fikir yang buruk-buruk pasal orang.
Pernah dengar tak, kita takkan mati selagi kita tidak kerjakan apa yang kita
pernah kata pada orang lain dulu.”
“Erm,
pernah. Masa degree dulu. Tapi dah geram sangat ni mulut pun takleh nak
kontrol.”
“Lepas
sembahyang nanti, doa banyak-banyak agar Allah beri ketenangan pada Adda dan
keinsafan pada Azrul dan Adira. Hidayah dan taubat ni bukan dalam urusan kita
yang hanya manusia lemah ni. Ingat tu Adda.”
Aku
hanya memerhati belakang tubuhnya yang meninggalkan aku dan menuju ke ruangan
solat lelaki. Tak lama lepas tu, azan maghrib berkumandang untuk kawasan itu.
Segera aku beristighfar dan mengucap panjang. Aku segera pergi ke ruangan
muslimah untuk berjemaah sekali.
Selepas
usai solat maghrib berjemaah, aku terus menunaikan solat hajat sperti pintanya
agar aku memohon dari Illahi sedikit ketenangan dengan ujian yang diturunkan ke
atas diriku hari ini.
Bila
aku siap bertudung dan menuju ke kereta, aku melihatnya sudah siap menghidupkan
enjin kereta dan di sebelah pemandu Shukri turut sedang menunggu aku.
‘Eh,
bila pulak Shuk mari?’ Dan bila aku melihat Izzat di sebelah Shukri, hatiku
berkata lagi dnegan perlahan, ‘Terkadang yang jelas pun aku masih buta untuk
menilainya…’
Malam
itu, aku, Adira dan Azrul telah bersemuka dan berbincang dari hati ke hati. Azrul,
dia memohon maaf di atas keterlanjurannya itu tapi dia turut menjelaskan
keadaan sebenarnya. Katanya dia sendiri tidak menyedari dia telah melakukan perkara
terkutuk itu. Manakala Adira pula telah mengaku yang dia telah mengambil
kesempatan ke atas diri Azrul yang kesunyian apabila aku pulang ke kampung.
Di
hadapan mereka berdua aku hanya mengangguk perlahan dan cuba menerima setiap
alasan dan penjelasan yang diberikan kepadaku. Aku membuat keputusan untuk
memutuskan hubungan kami berdua agar dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
Adira.
Izzat
dan Shukri menjadi saksi antara kami bertiga. Aku berasa sungguh lega walaupun
sedikit sedih dengan hubungan cinta aku cuba bina bersama Azrul tidak bertahan
lama. Cuma aku berharap Adira tidak mempersiakan peluang yang telah aku bagi
pada dirinya.
“Jom
kita pergi makan KFC.”Ajak aku kepada dua jejaka yang bertindak menjadi
bodyguardku pada malam itu.
“Dah
sekarang ni, korang berdua macam mana pulak?” Tanya Shukri yang inginkan
kepastian. Buat masa sekarang aku mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam
pelajaran masterku yang bakal bermula tak lama lagi.
“Sekarang
ni, Adda nak cari rumah sewa lain dulu, pastu fokus ke master. Lepas habis
semua tu baru nak fikir step seterusnya. Biar jodoh tu datang tepat pada
masanya.” Kata aku sambil bersandar di tempat duduk belakang.
“Nak
cari rumah sewa lain ke? Rumah Ijat kosong tu. pergi sewa kat sana. Hahaha.”
Usik Shukri. Memang tak makan saman betul kawan aku yang satu ni. Dah aku cakap
aku nak fokus kat study aku dulu.
Izzat
tersenyum sahaja bila Shukri mengusik begitu, dan bagi aku itulah kut kali
pertama aku melihatnya tersenyum kacak kepadaku. Dan dia terus memandu ke KFC Seksyen
7 yang dibuka 24 jam.
Dia
memandang cermin belakang dan matanya bertentang dengan mataku, seakan telepati
yang cuba disampaikan seperti, ‘Jangan bimbang, saya selalu berada di sini… Di
hadapan awak…’ aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kembali kepdanya.
Siapa
cakap orang yang sakan bercinta selalu berakhir ke jinjang pelamin??? Bagiku,
jodoh itu adalah rahsia yang selalunya kita silap meneka dan kadangnya sesuatu
yang kita tak jangka. Yang pastinya aku berdoa dalam hati, andai dia orang yang
betul untukku, doaku agar dia berada selalu di depan mata. Tamat.