Friday 22 June 2012

Seindah Cintamu



Bab 1

“Assalamualaikum”, sapa seseorang dari arah belakangku. Walaupun tanpaku berpaling dan memandang wajahnya, aku sudah mengetahui siapakah gerangannya kerana suara tersebut sudah sebati dengan diriku.
“Waalaikumussalam”, jawabku sebaik sahaja salam dihulurkan dan terus berpaling ke arah suara tersebut dan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis buat dirinya.

“Ayah nak pergi berapa lama pulak kali ni?” soal aku selaku anak sulung yang mithali. Aku memang seorang anak yang suka bercakap banyak. Walaupun usiaku baru memasuki 12 tahun, tapi gaya percakapanku yang petah mengalahkan orang dewasa lagaknya. Kadang-kadang ibu dan ayah sendiri tak larat nak layan dengan mulut aku ni. Berbeza dengan adikku, Sarah Farhana, yang lebih suka mendiamkan diri sambil tersenyum sahaja.
“Entahlah, ayah pun tak sure la berapa lama. Kakak dengan adik tinggal elok-elok kat rumah sepanjang ketiadaan ibu dan ayah tau.” pesan ayah kepada aku dan adik.
Ayah memandang kami berdua dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan oleh kami.
Pandangan ayah seolah-olah sangat sayu dan sedih ketika hendak meninggalkan kami di perkarangan rumah. Sepanjang ketiadaan ayah dan ibu, Mak Leha, adik ibu yang tinggal di Terengganu dan suaminya, Pak Dolah, akan tinggal sementara bersama kami.
         
Ayah menelefon Pak Dolah memberitahu akan kepulangannya bersama ibu pada hari ini. Awal pagi lagi kami dah bersedia untuk menyambut kepulangan mereka berdua.
“Yey, yey, yey, yey, hari ni ayah dan ibu akan balik.” jerit adik kecilku sambil melompat dan bertepuk tangan. Aku turut berasa gembira untuk menyambut kepulangan kedua-dua orang tuaku. Pak Dolah hanya ketawa melihat kegembiraan adikku itu.
“Tak suka ke Mak Leha dengan Pak Dolah tinggal kat sini?” soal Mak Leha seakan-akan merajuk dengan tingkah adik sebentar tadi.
“Mana ada kami cakap kami tak suka. Kami suka apa tapi kalu ada ayah dan ibu kan lagi best, lagi ramai lagi suka.” pujuk aku seraya memeluk Mak Leha dengan erat. Mak Leha membalas pelukanku sambil tersenyum.
“Apa kata kita masak lauk kesukaan ayah dan ibu. Nak tak?” soal Mak Leha sambil menuju ke dapur untuk menyediakan juadah hari itu. Aku terus berlari mengekori Mak Leha ke dapur. Riuh rendah di dapur dengan suara kami semua, dengan gelak ketawanya, sangat bahagia sekali.
Tepat jam 4 petang, telefon rumah berdering. Pak Dolah menjawab panggilan tersebut dan tak semena-mena air muka Pak Dolah berubah selepas meletakkan telefon di gagang.
“Kita kene pergi ke hospital sekarang. Cepat bersiap.” suruh Pak Dolah. Mak Leha dan aku memandang sesama sendiri sementara adik menggarukan kepalanya tanda tidak mengerti apa yang berlaku.
Setiba kami di hospital, seorang petugas hospital membawa kami semua ke suatu bilik yang mana menempatkan mayat-mayat. Pak Dolah dan Mak Leha kelihatan sedang bercakap mengenai sesuatu dengan petugas tersebut. Tak lama kemudian kedengaran jeritan Mak Leha yang mengucap sambil ditenangkan oleh Pak Dolah.
“Kenapa Pak Dolah, Mak Leha?” soal aku sambil memeluk Mak Leha yang terduduk di atas lantai. Mak Leha memelukku dengan erat sekali sambil menangis.
Kami dibawa masuk ke dalam bilik mayat tersebut untuk proses pengecaman mayat.
          Terkaku tubuhku apabila sehelai kain putih diselak, wajah pucat ayah yang ku pandang. Begitu juga dengan katil yang bersebelahan yang mana menempatkan jenazah ibuku. Menitis jua airmataku dan akhirnya teresak-esak di antara jenazah ayah dan ibuku.
          Adikku seakan-akan tidak percaya, terus meluru ke arah ibu dan cuba mengejutkan ibu. Dia berandaian ibu mungkin sedang tidur. Apalah yang difahami oleh seorang budak yang baru berusia 8 tahun.
          Aku memeluknya erat dan cuba menenangkannya, sambil berkata, ”Ibu dan ayah kita sudah tiada. Ibu dan ayah sudah meninggal.” Aku sendiri tak dapat menahan kesedihan di dalam hati.
          “Bohong. Kakak bohong. Tengok, ibu dan ayah sedang tidur kak. Diorang sedang tidur. Kak, cuba kejutkan ibu. Nanti ibu bangunlah tu.” Kata adik sambil menunjuk ke arah ibu. Aku hanya menggelengkan kepala sambil menangis.
          “Encik, macam mana ibu dan ayah saya meninggal dunia?”
          “Mereka dirompak dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Lumpur. Setelah mereka dirompak, leher mereka dijerut sehingga mereka meninggal dunia.”
          ‘Ya Allah, begitu berat sekali ujian-Mu ke atas hamba-Mu ini.’ Rintih hatiku sambil memandang ke arah jenazah orang tuaku ini.
          Aku segera teringat ketika ayah menyanyikan lagu ‘Salam Terakhir’ ketika kami menyambut anniversary mereka. Adakah itu suatu petanda akan pemergiannya??
         
Jenazah ayah dan ibu dibawa pulang ke rumah untuk di semadikan di tanah perkuburan. Seluruh kaum keluarga datang menziarah kami termasuklah Mak Long, satu-satunya kakak dan saudara di sebelah ayah, dan keluarganya turut hadir pada petang itu.
          Mak Long dan keluarganya memandang aku dan adik dengan pandangan yang cukup tajam. Hatiku tertanya-tanya jika mereka sekeluarga tidak menyukai kami, kenapa perlunya hadirkan diri pada petang itu?? Adakah suatu lakonan untuk menunjukkan mereka semua begitu prihatin dengan diri kami??
          Selepas selesai majlis pengebumian, tak sempat-sempat sampai ke rumah, Mak Long bertanyakan tentang harta pusaka milik ayah dan ibu. Terlalu kejam mereka, ayah dan ibuku baru sahaja di kebumikan. Jika ya pun, ayah ada meninggalkan sedikit harta, itu pun mestilah untuk anak-anaknya, bukan untuk orang yang tidak pernah menganggap ayah sebagai ahli keluarga selepas ayah berkahwin dengan ibu.
          Namun demikian, aku hanya mendiamkan diri kerana tak mahu dianggap seorang anak yang kurang ajar kerana ayahku tak pernah mengajar anak-anaknya mencelah percakapan orang tua. Tujuh hari tujuh malam kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayah dan ibuku.
         
Selepas hari ke-8, seorang peguam datang ke rumahku untuk membacakan wasiat arwah ayah dan ibu. Pada hari itulah, aku baru mengetahui bahawa arwah ayah mempunyai sebuah syarikat induk dan sebuah cawangan di Kuala Lumpur manakala ibu mempunyai dua buah spa yang di ibu kota.
          Ternganga aku dan adik dibuatnya. Sungguh aku tak percaya kerana ayah tak pernah memberitahu dan mendidik kami berdua dengan penuh kesederhanaan. Arwah ayah menamakan namaku ke atas syarikatnya manakala adikku mendapat spa-spa milik ibu kerana nilai-nilainya sama banyak. Aku dan adik layak mewarisi harta tersebut sesudah berusia 28 tahun.
          Mak Long merengus dan bertanya kepada Encik Faris, selaku pemegang amanah dan peguam arwah ayah dan ibu.
          “Encik Faris, takkanlah arwah adik saya tak beri apa-apa kepada kakaknya, iaitu saya. Lagipun hanya kami berdua sahaja adik-beradik. Mustahil kalu dia bagi semuanya pada budak mentah berdua ni.” Kata Mak Long sambil memandang aku dan adik dengan pandangan yang tajam.
          “Maafkan saya, dalam wasiat ini tidak ada menunjukkan nama puan untuk mewarisi harta pusaka milik arwah. Melainkan kepada Puan Saleha Binti Ayyub yang akan menjaga kedua-dua anak arwah dan akan mendapat sepuluh peratus syer saham dari syarikat dan spa di atas kesudian beliau untuk menjaga mereka berdua sehingga mereka berusia 24 tahun dan memberi mereka pendidikan yang sempurna.” Kata Encik Faris dengan tenang.
          “Mana adil macam ni, aku kan kakak dia. Hei, Leha , ni mesti kerja engkau kan. Kau dan kakak kau yang tak guna tu dah hasut adik aku kan. Memang tak guna punya manusia.” Tengking Mak Long kepada Mak Leha. Mak Leha hanya menggelengkan kepalanya sambil memandangan aku dengan pandangan yang sayu. Aku tahu Mak Leha tak sejahat itu. Aku cukup yakin tu.
          “Tenang puan. Hal ini kita boleh selesaikan. Kalau puan sanggup menjaga salah seorang anak arwah, puan akan mendapat bahagian puan.” Kata Encik Faris sambil menenangkan Mak Long yang nampaknya sangat marah ketika itu.
          “Apa maksud encik, saya akan dapat bahagian saya kalu saya menjaga anak adik saya?” soal Mak Long.
          “Macam ni, jika puan sudi menjaga anak arwah yang bernama Julia yang akan mewarisi syarikat, puan akan mendapat syer saham syarikat sebanyak sepuluh peratus itu, manakala jika puan sanggup menjaga anak arwah yang bernama Sarah yang akan mewarisi spa, puan akan mendapat syer saham spa sebanyak sepuluh peratus itu. Macam mana puan? Puan setuju tak ni dengan cadangan saya? Macam mana semua, bersetuju ataupun tidak?” Tanya Encik Faris kepada semua orang yang ada ketika itu.
          Kelihatan semua orang sedang memikirkan hal tersebut. Aku ingin sekali menyatakan aku tidak sama sekali setuju, tapi ketakutan kepada Mak Long mengatasi semuanya.
          “Baiklah, saya setuju. Kalu macam tu, saya ingin menjaga Julia Fatini manakala Sarah Farhana, Puan Saleha yang menjaga.” Kata Mak Long dengan penuh keyakinan sambil memandang ke arahku dengan senyuman. Aku tahu senyuman yang dihulurkan tidak ikhlas dan hanya bermuka-muka sahaja. Ingin sekali aku menjerit, aku tidak rela berpisah dengan adikku itu.
          ‘Siaplah kau Julia. Jangan harap kau akan dilayan seperti puteri raja melainkan hamba abdi. Nak tahu kenapa aku pilih kau, kerana kau dah besar jadi bolehlah aku jadikan kau orang gaji dalam rumah aku nanti.’ Suara jahat hati Mak Long berkata. Mak Long ketawa ibarat pontianak mengilai dalam hatinya.

Hari sebelum berpisah, Julia memeluk erat adiknya Sarah sambil berbisik, ”Jika umur kita panjang, kita jumpa lagi.” Aku menangis teresak-esak sambil memandang wajah adikku yang turut manangis.
          Selepas itu, aku dibawa ke negeri Kedah, di mana menempatkan kediaman Mak Long manakala adikku Sarah dibawa ke Terengganu kerana mengikut Mak Leha dan Pak Dolah.
          Betapa beratnya hatiku untuk berpisah dengan adikku. Aku pujuk hatiku yang walang dan rawang. Selepas aku dewasa kelak, akan aku cari adikku kembali kerana sebelum berpisah, Mak Leha ada memberi secebis kertas, alamatnya tertera.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

1 comment: