Bab
3
“Julia!!!”
jerit Mak long dengan muka yang sungguh bengis mengalahkan singa kelaparan.
“Ya Mak Long, apa ada?” berlari Julia ke dalam rumah. Tapi tak semena-mena dia
jatuh tersungkur kerana kepalanya di pukul dari belakang. Julia segera memegang
kepalanya yang berpinar-pinar.
Mak Long segera mendapatkan aku yang
sedang mengerang kesakitan. Mak Long menganggapnya suatu lakonan lalu terus
memukul tubuhku dan menarik rambutku.
“Mak Long jangan, Ju sakit Mak Long.
Tolong Mak Long, Ju sakit sangat. Kasihanilah kat Ju ni Mak Long. Tolonglah Mak
Long.” Julia merayu sambil menangis teresak-esak.
“Kasihan!!! Kau kata kasihan. Orang
macam kau ni tak layak dikasihani. Orang macam kau lebih layak mati macam mak
bapak kau tu. Hidup menyusahkan aku jer.”
“Tolonglah Mak Long. Apa salah Ju Mak
Long? Apa salah Ju?”
“Salah kau sebab tak mampus sama macam
mak bapak kau..” kata Azreen yang merupakan anak sulung kepada Mak Long.
“Apa yang kau cerita kat Mak Mah tadi?
Apa yang kau cerita!!!!” jerit Mak Long sambil mencengkam bahu aku.
Berkali-kali Mak Long menampar mukanya sehingga bibirnya pecah dan berdarah.
“Ju tak cerita apa-apa pun kat Mak
Mah. Ju tak cerita apa-apa pun.” Kata aku sambil menangis teresak-esak lagi.
“Bohong!! Kau cerita semua kat Mak
Mah. Aku dengar tadi kau berborak dengan Mak Mah.” Sampuk Anim, anak bongsu Mak
Long.
“Sumpah, Ju tak cerita apa-apa pun kat
Mak Mah.” Rayu aku di hadapan Mak Long.
“Baiklah, kali ni aku lepaskan kau
tapi aku tak izinkan kau keluar dari rumah tanpa izin aku. Kalu tak, mati kau
aku kerjakan. Faham!!!” tengking Mak Long sambil menolak diriku.
Anak-anak Mak Long melihatku dengan
pandangan penuh jelik ke arahku. Mereka langsung tidak menghiraukan kesakitan
yang aku tanggung. Malah kepalaku ditunjal-tunjalkan berulang kali oleh
anak-anak Mak Long, sepupuku sendiri.
Mereka langsung tidak
berperikemanusiaan kepada aku. Aku kan
juga manusia yang mempunyai perasaan sedih dan terluka.
‘Ayah, tengoklah anak ayah ni. Kakak
sedih sangat ayah.. Ayah, tolonglah kakak. Kakak dah tak tahan dah hidup macam
ni..’ rintih hati kecilku sambil menapak ke bilik.
Aku tidak diberi makan pada malam itu.
Pedih perutku kerana terpaksa menahan lapar. Sepanjang malam aku menangisi
nasibku yang malang
ini tapi tak pernah aku menyesali takdir yang sudah tertulis buatku.
Wajah
Johan kelihatan tegang apabila keluar daripada bilik mesyuarat selepas dua jam
mendengar perbentangan setiap jabatan yang melapor. Dia segera menuju ke arah
bilik CEO yang mewah itu. Setelah duduk di kerusi yang empuk itu dalamnya, dia
memejamkan mata sambil mengurangkan kepenatan fizikalnya.
Namun
begitu, hajatnya tidak kesampaian apabila dia merasakan seperti seseorang
sedang memicit-micit kepalanya. Dia segera membuka mata dan melihat Fika sedang
elok bertenggek di atas mejanya sambil memicit kepalanya.
“Fika, apa yang you sedang buat ni?”
Johan menepis lembut tangan Fika di kepalanya.
“Ala , takkan nak urut pun tak boleh. You ni
ada-ada aje tau. I dah cukup baik untuk you, tapi you selalu macam ni. Wak tak
endah je kat I ni.”
Fika merupakan anak kawan papa iaitu
Datuk Syafiq dan Datin Salmi. Oleh sebab Datuk Syafiq adalah kenalan papa yang
rapat, jadi papa menerima kehadiran Fika di syarikat itu.
“Apa kata you pergi masuk bilik you
balik and sambung buat kerja you yang banyak tertangguh tu.”
“Mana ada I buat kerja tertangguh-tangguh.
Ni Fika okey. I buat kerja yang you suruh tu dengan penuh semangat apa. You aje
yang buat tak tau dengan usaha I tu.” Jawab Fika dengan mulut muncung.
“Iye ke? Abis tu kenapa pulak ketua
jabatan you laporkan pada I yang you tak buat kerja dalam tempoh yang
diberikan.” Johan memandang wajah Fika dengan senyuman sinis.
“Eleh,
diorang tu saje nak buruk-burukkan I kat you. You nak tau, diorang selalu
lambakkan kerja-kerja diorang kat I. Jadi bila I tak dapat siapkan, diorang pun
marahkan I, mana aci macam tu.” Cebik Fika.
“Eh, bukan you ke yang selalu suruh
anak buah you buat kerja you tu?” terangkat kening Johan sambil memandang Fika.
“Mana ada, I tak macam tu ok. I adalah
seorang yang sangat baik dan hanya layak untuk bersama you.” Jari-jemari Fika
terus mengawang-awang di muka Johan.
Johan berasa rimas dengan keadaan itu,
dia terus menolak lembut tubuh Fika yang kian rapat dengan tubuhnya.
“Fika, I rasa ada baiknya you balik
bilik you semula. Apa yang you katakan sebentar tadi, I akan siasat semula. Kesian
kat you kalu betul apa yang you katakan tadi.” Johan menolak lembut tubuh Fika
sambil membuka pintu biliknya. Dia segera menutup dan mengunci pintu bagi
menghalang Fika untuk masuk kembali.
Kadang-kadang dia sendiri tidak tahan
dengan kehadiran Fika yang macam ‘lalat menghurungi makanan’ aje lagaknya.
Namun kerana persahabatan dua buah keluarga, dia terpaksa menahan sahaja.
Dia teringatlah rancangannya untuk
mendapatkan cuti yang panjang dengan adiknya, Dr. Fazlin. Dia segera menelefon
adiknya, tetapi dia diberitahu bahawa Dr. Fazlin sedang berada dalam bilik
pembedahan. Dia mengeluh panjang, adiknya selalu sibuk sepanjang masa.
Dia
mengambil kotnya yang disangkutkan semasa mula-mula masuk ke biliknya tadi dan
melangkah keluar untuk balik ke rumahnya.
“Bos, nak ke mana tu? Macam mana
dengan appointment di sebelah petang?” soal Syida, setiausahanya yang sudah
lama bekerja untuk syarikat papanya itu. Sungguh dia terlupa tentang hal itu
walaupun sudah berkali-kali setiausahanya mengingatkannya pagi tadi.
“Saya nak keluar sekejap jer. Nanti
saya datang balik.”
Syida tau bosnya itu kerimasan dengan
kehadiran Fika sebentar tadi, kalau tak masakan bosnya itu menguncikan pintu
biliknya selepas Fika keluar. Dia sendiri pun tak tahan dengan perangai gedik
Fika yang tak bertempat tu. Tapi apabila anginnya datang, mengamuk lebih dahsyat
dari singa betina.
Ramai dah kakitangan jabatan Cik Fika
datang mengadu pada Johan tentang perangai Fika yang suka marah-marah pada
pekerja bawahan. Apa dia tu hebat sangat ker??
“Bos, kalu boleh sebelum pukul 4.30 petang
kita dah patut berada di Hotel Hilton.”
Johan melihat jam tangannya yang
menunjukkan pukul 4.00 petang. Dia mengeluh perlahan.
“Kalu macam tu, saya naik ke rooftop
sekejap. Nak ambik angin petang.” Kata Johan dan terus berlalu.
Syida hanya menggelengkan kepalanya.
Sejak kebelakangan ni, dia melihat bosnya itu sperti sangat tertekan. Dia
sendiri tak faham kenapa Johan hanya membiarkan kelakuan Fika yang dirasakan
terlalu melampau. Dia yang melihat pun berasa loya dan jengkel, apatah lagi
Johan yang menanggungnya.
Mak
Mah meninjau-ninjau mencari Julia, tapi sudah beberapa dia tidak melihat
kelibat Julia di rumah itu. ‘Sudah pergikah Julia dari rumah tu?’ desis hati
Mak Mah.
“Cari apa Mak Mah?” soal Azreen untuk
menunjukkan kemesraan dan mempamerkan senyuman yang hambar.
“Dah lama Mak Mah tak nampak Julia. Ke
mana perginya? Mak Mah dah lama tak berborak dengannya.”
“Dia ada, cuma sibuk sikit sekarang
ni. Mak dah bagi dia bekerja. Jadi dia sekarang ni sibuk duk cari kerja sampai
tak ingat dah pada Mak Mah tau.”
“Owh, macam tu. Ingatkan dia hilang ke
mana. Baguslah kalu macam tu, dia bekerja boleh kenal ramai orang. Asyik duduk
kat rumah jer. Ala ,
bukannya dia ingat Mak Mah, tapi yelah orang tengah sibukkan.” Kata Mak Mah.
Macamlah Mak Mah tak tahu perangai Azreen yang tak ‘mesra’ tu.
Kerisauan mula bertapak dalam hati Mak
Mah akan kehilangan Julia. Dia berharap Julia tidak diapa-apakan oleh Mak Long
dan keluarganya. Dari Julia mula-mula sampai, dia dah mendengar setiap malam
suara tengkingan Mak Long pada anak buahnya itu. Sungguh dia tak dapat
membayangkan kehidupan Julia yang sungguh trauma itu. Dia tak dapat berbuat
apa-apa kerana khuatir Julia diapa-apakan.
Selepas seminggu, barulah Julia keluar
dari rumah untuk menjemur pakaian. Mak Mah segera mendapatkan Julia, kebetulan Mak
Long sekeluarga tiada rumah. Terkejut Mak Mah melihat muka Julia yang
bengkak-bengkak.
“Ya Allah, kenapa ni Julia? Teruk
sangat Mak Mah tengok Ju.”
“Takde papelah Mak Mah. Ju terjatuh
masa mop lantai tingkat atas. Lantai tu licin, Ju tergelincir jatuh kat tangga
dari tingkat atas sampai bawah.” Jelas Julia tanpa memandang wajah Mak Mah
kerana takut Mak Mah mengetahui bahawa dia sedang menipu.
“Ju jangan nak tipu Mak Mah. Mak Mah
kenal tau macam bekas orang jatuh dengan orang kena pukul. Ju kena pukulkan. Bagi
tau kat Mak Mah.” Desak Mak Mah.
“Betul Mak Mah, Ju terjatuh. Jatuh
sampai terguling-guling. Tu yang bengkak-bengkak sampai lebam-lebam. Dahlah tu,
Ju tak apa-apa la.”
“Betul ni?? Betul Ju tak apa-apa??”
tanya Mak Mah ragu-ragu. Dia tahu Julia cuba menyembunyikan hal sebenar.
Dia tak nak memaksa Julia kalau Julia tak nak bercerita. Dia akan cuba
menolong setakat yang dia mampu. Doanya semoga Julia cepat-cepat keluar dari
kesengsaraan yang ditanggungnya.
“Hah, baru Mak Mah teringat. Tadi anak
sedara Mak Mah ada call Mak Mah. Dia cakap nak datang hujung bulan ni. Bolehlah
Julia berkenalan dengannya. Hensem tau anak sedara Mak Mah tu.” Usik Mak Mah.
“Ada-ada aje Mak Mah ni. Ju tak rasa
macam tu, nanti Mak Long tak suka.”
“Kenapa pulak dia tak sukanye.
Takkanlah sampai macam tu sekali di sekat kebebasan Ju kot.”
“Entahlah, sebab tulah Ju nak sangat
keluar dari rumah ni cepat-cepat. Dah tak sanggup lagi dan Ju nak cari sangat
adik Ju yang terpisah dulu.”
“Sabarlah, Mak Mah nak tolong, tak tau
macam mana. Ju pun tak melawan diorang tu. Ikut jer kata mereka. Jangan lembik
sangat Ju.”
Aku hanya tersenyum memandang Mak Mah.
Kemudian aku terdengar pintu pagar dibuka, aku segera teringat kata-kata Mak
Long. Aku terus menyuruh Mak Mah pulang ke rumahnya dengan segera. Tiada niat
langsung untuk menghalau cuma aku gerun dengan amaran Mak Long tempoh hari.
Nasib baiklah Mak Mah memahami situasi
aku pada saat itu. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di dapur.
Aku melihat Mak Long mmbawa banyak barang. Aku segera menghampiri Mak Long dan
tolong mengangkatnya ke meja makan.
“Banyaknya Mak Long beli. Mak Long
beli apa ni?” tegur Julia.
“Adalah sikit, barang untuk Adlin.
Adlin kan nak
masuk U dah. Ni barang-barang dialah ni. Makanan dah masak?”
“Dah Mak Long. Tapi Ju tak hidangkan
lagi. Ada dalam
periuk tu. Kalu Mak Long nak makan, boleh Ju hangatkan semula.”
“Tak payahlah, aku dah makan tadi.”
Kata Mak Long sambil menuju ke tingkat atas bersama barang-barang yang dibeli
tadi.
Julia memandang Mak Longnya itu dengan
pandangan yang sayu. Dia teringat ketika dia mula-mula hendak melangkah ke
universiti, dia hanya membawa pakaian yang buruk-buruk dan usang. Sedih hatinya
melihat orang lain datang bersama keluarga sedangkan dia hanya datang bersendirian
sahaja.
Mak Long pula, terus memastikan dia
tidak terlepas dari pengetahuannya. Walaupun Julia berada di Universiti Malaya , Mak Long tetap tahu apa yang dilakukan oleh
Julia.
Tiada sedikit kebebasan langsung
kepada Julia walaupun berjauhan dengan Mak Longnya itu. Namun, dia sudah lali
dengan semua itu. Baginya, dapat menyambung ke menara gading sudah cukup
bertuah bila Mak Longnya memberi keizinan.
Tengah Julia mengelamun, Azman menarik
kerusi dan duduk di sebelahnya. Azman adalah anak kedua Mak Long dan
satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Jika dahulu Azman suka membulinya,
tapi sekarang Julia sendiri geli dengan kata bunga-bunga yang keluar dari mulut
Azman.
“Hai cik adik manis, termenungkan
apa?”
Julia hanya buat tak endah. Malas dia
nak melayan si Azman tu. Bukan dia tak tahu siapa sebenarnya Azman. Buaya darat
paling bahaya yang dirasakannya. Dia terus mengangkat punggung dan berlalu
tanpa menghiraukan pandangan tajam Azman.
Azman sendiri tak tahu bagaimana dia
boleh tersuka pada Julia. Lagipun Julia memang cantik. Lebih cantik daripada
mana-mana perempuan yang dia pernah kenal dan husung sebelum ni.
Wajahnya
yang bujur sirih, hidung yang sedikit mancung, bibir yang mungil dan yang
paling cantik ialah matanya. Matanya yang bundar dan alis yang lentik. Kulitnya
yang putih gebu dan halus itu melengkapkan kejelitaannya.
Senyumannya
juga mampu menggetarkan hati sesiapa yang memandangnya. Namun begitu, dia
jarang tersenyum kini. Hanya kepada orang yang tertentu sahaja, dia akan
menghadiahkan senyuman yang paling menawan dan seikhlas hati.
Julia banyak mewarisi sifat-sifat dan
kecantikan ibunya. Oleh itu, dia sering menjadi mangsa cemburu
sepupu-sepupunya.
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...
sila klik pada url tersebut.... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien