Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Jejaka Idaman Hati Lin????

Erm.... Satu soalan yang sangat kunolah, camne nak block orang kat wassap??? Hahahah... Benda macam ni pun Lin tak tahu... Ada sorang ni, Lin tak tahulah dia dapat dari mana no phone Lin kan.... Pastu duk hantar meseg yang bukan-bukan... Yang pasti, Lin malas nak layan kalau orang berjiwang-jiwang ni... Orang kata apa, kita tak rela.... Huhuhuhuhu...

Mulanya dengan Fb lah dulu kan boleh letak no phone, pastu yang silapnya pergi publish pulak... Erm, baru sekarang ni nak private semua sekali... Orang kata mungkin dah terlambat, tapi baik dari tak buat langsung.... Huhuhuhuhu.... Setiap kali seseorang ni hantar meseg, Lin terus delete.... Delete dan delete.... Geram sangat-sangat dah kat seseorang ni... Hantar kat wassap, tahulah kat situ free kan....

Pastu kan sebab Lin ni kuno sangat-sangat, tak reti nak block orang kat wassap... Lin letaklah gambar Lin dengan sorang kawan yang Lin letak jadi cover boy kat setiap cerpen Lin... Buatlah ayat jiwang-jiwang sikit... Er... Kat sini Lin baru letak 3 cerpen ek... Heheheheh... Tak perasan pulak...

Gambar nilah yang jadi kontroversi semua cerita ni... Heheheh...

Habis jadi salah faham kat semua orang... Ingat yang tu boyfriend Lin... Ingatkan bila Lin buat macam tu, dah orang lain pun kan boleh terfikir yang Lin dah ada boyfriend, dia pun fikir macam tu jugak... Takdenya dia nak ingat macam tu jugak... Siap cakap jodoh ni ketentuan Illahi, belum tentu 'boyfriend' Lin tu jadi suami Lin nanti....

Last-last, Lin mintak tolong dengan kawan lelaki Lin, Izzat... Supaya call dari UK sana tu... Sampai first time Lin dapat call dari +441454****.... First time nombor oversea naik kat skrin tepon... Heheheheh.... Dan last-last sekali rasanya dah takde arah sangat, Lin bersemuka dengan dia.... Bercakap secara baik, dan kitorang selesaikan secara baik... Sebabnya sekarang ni Lin lebih senang bersendirian dan berstatuskan single available ni... Dengan Izzat pun Lin cakap yang Lin akan menerima sesiapa jua gerangan jodoh Lin, dengan dia pun Lin cakap perkara yang sama....

Pastu kan rasa cantik pulak gambar cover cerpen tak siap tu... Terus letak kat profile wassap.... But then, Lin terima meseg dari Ex*** cakap rupa-rupanya Lin dah ada orang lain, sebab tu Lin mintak clash.... Huhuhuhu... Lin hantar meseg kat wassap cakap sori jelah kalau ada salah faham... Malas pulak nak terang panjang-panjang... 

Rasa macam nak tukar nombor tepon je.... Haih.... Masa kita tak nak fikir nilah macam semua timbul di permukaan... Dulu masa Lin duk mencari dulu, semua pakat nak tenggelamkan muka belaka... Ramai jugaklah kawan-kawan Lin marah dulu, kenapa nak clash, kenapa nak putus??? 

Korang tahu tak kita kalau boleh nak cari seseorang yang macam ayah kita... Arwah ayah Lin seorang yang sangat baik di mata Lin... Seorang yang sangat suka bergurau senda dan suka mengusik... Seorang yang sangat sabar melayan karenah budak-budak... Seorang yang hanya sabar mendiamkan ketika umi Lin membebel... Heheheh.... Sekarang ni umi dah tak berapa membebel, mungkin teringatkan arwah ayah yang hanya tersenyum jika kami 5 beradik membuat muka takkala umi membebelkan apa sahaja....??? Seorang yang sangat kuat telepatinya terhadap orang yang disayanginya... Seorang yang rajin bangun solat subuh berjemaah di masjid.... Seorang yang mampu membuatkan kita berasa sangat kehilangan bila pemergiannya...

Itulah ciri-ciri lelaki yang Lin inginkan sekarang ni, pada saat ini... Arwah ayah takkan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya... Emosional pulak bila dikaitkan sekali dengan ciri-ciri lelaki idaman Lin ni... Heheheheh... 

Oklah.... Luahan hati dah tamat di sini... Seindah Cintamu masih dalam draft tak hantar-hantar lagi.... Hehehehehe... 

Monday, 15 July 2013

Ujian Allah Ke Atas Keluargaku.


Assalamualaikum w.b.t….
Baru hari ini saya dapat meng”update” blog ini setelah saya dapat menenangkan diri dengan ujian Allah ke atas diri ini dan sekeluarga dengan satu pemergian.

10 Julai 2013 / 1 Ramadhan 1434 Hijriah
Pada tahun ini saya tidak dapat berbuka puasa pada hari pertama itu bersama keluarga kerana kekangan masa tambahan pula pada keesokan harinya saya mempunyai peperiksaan untuk semester 4. Bersama sahabat saya, Badriah, kami hanya berdua berbuka puasa pada hari pertama itu di kolej Mawar, UiTM Shah Alam.

Pada malam itu, masih saya ingat jam 10.36 malam saya menelefon ayah untuk memberitahu bahawa saya sudah kehabisan duit. Biasanya saya akan mempunyai sedikit simpanan untuk perkara kecemasan, jadi duit lebih itu tidak akan saya gunakan. Seronok dapat berborak dengan ayah yang mengusik untuk membuatkan saya jeles bahawa ayah membawa 2 orang kakak saya pergi membuat terapi kaki di kampung. Bila saya merajuk dengan usikan itu, ayah berjanji apabila saya sudah habis periksa nanti pada 14hb Julai, ayah akan membawa saya pula nanti. Saya masih ingat ayat terakhir yang saya ucapkan pada ayah, LIN SAYANG AYAH… Banyak kali saya ucapkan sampailah ayah mengakhiri perbualan kami berdua.
Selepas itu saya meneruskan pembacaan untuk persediaan untuk keesokan hari peperiksaan yang akan bermula pada jam 9.00 pagi.

11 Julai 2013 / 2 Ramadhan 1434 Hijriah
9.00 pagi
Jika dilihat pada hari sebelum itu, sebelum saya melangkah ke dewan peperiksaan, saya akan menelefon ayah itu memohon restu dan meminta agar ayah berdoa di samping saya turut berdoa agar segala urusan dipermudahkan. Namun pada pagi itu saya sudah kelewatan pergi ke dewan peperiksaan. Sedikit kelam kabut pada pagi itu sehinggakan saya terlupa untuk menelefon ayah pada pagi itu. Saya terus melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

11.00 pagi
Setelah tamat peperiksaan pada jam 11.00 pagi, saya masih belum sempat untuk menelefon ayah untuk mengkhabarkan saya sudah habis peperiksaan untuk hari itu kerana saya bergegas untuk bertemu dengan pensyarah saya untuk mengambil buku log untuk kesenangan waktu praktikal nanti.

Pensyarah En. Nadzari pula tiada di penjabatnya kerana beliau bertugas untuk menjaga dan mengawal di dewan periksa. Temujanji kedua di buat pada jam 2.00 petang pula. Kebiasaannya selepas habis peperiksaan, saya dan kawan-kawan akan melepak untuk merehatkan minda di Kolej Anggerik, UiTM Shah Alam. Berborak dan berbual mengenai kertas subjek periksa tadi bersama-sama kawan-kawan yang lain.

12.00 tengah hari
Kawan-kawan boleh memjadi saksi bahawa ayah tidak dapat dihubungi, bukan tidak dapat tapi seperti panggilan tidak berjawab. Anggapan dalam fikiran mungkin ayah sedang sibuk di kaunter urusan pelan tanah di JUPEM Kuala Terengganu, Terengganu. Segala fikiran yang baik-baik sahaja berlegar di fikiran.

12.30 tengah hari
Setelah ayah masih gagal dihubungi, di skrin telefon saya, nama ALONG, kakak saya yang sulung pula menghubungi saya.
Along : Assalamualaikum.
Saya : Waalaikumsalam.
Along : Lin ada kat mana ni?
Saya : Ada kat Anggerik long. Baru habis exam.
Along : Kawan-kawan ada kat sebelah?
Saya : Ada Long. Kenapa Long?
Along : Sape kawan Lin tu?
Saya : Betul ke Along ni? Macam tak caya je.
Along : Alonglah ni. Sape kawan lin tu?
Saya : Kak wani, Long. Kenapa ni Long?
Along : Along ada benda nak bagitahu ni. Lin jangan kejut. Ayah accident tadi terus meninggal dunia.

Telefon terlepas dari tangan jatuh ke riba dan terus airmata saya mengalir laju seperti tidak percaya. Kawan-kawan terutamanya Kak Wani mula menepuk bahu dan bertanya kenapa?

Saya : Ayah Lin takde dah Kak Wani. Ayah Lin takde dah. Ayah accident. Ayah takde dah.

Saya menangis di bahu Kak wani sambil talian kakak sulungku masih bersambung. Seperti mendengar suara Along yang memanggil, saya kembali dekatkan balik telefon ke telinga dengan pandangan kabur dek airmata.

Along : Bawa bertenang. Nanti Abang Anas (sepupu) akan ambil Lin untuk bawa balik ke Terengganu. Lin kemaslah apa yang patut untuk bawa balik. Bersabarlah, Along dengan Kak Ya (kakak keduaku), nak buat pengecaman mayat ni kat hospital besar.

Semakin deras airmata ini mengalir di pipi setelah aku menamatkan panggilan Along. Kak Wani terus menggosok belakangku untuk menyabarkan aku dengan dugaan ini.

Saya : Lin baru cakap dengan ayah semalam, Kak Wani. Lin baru cakap dengan ayah semalam, Kak Wani. Bad (Badriah) ada kat sebelah Lin semalam Kak wani. Lin baru cakap dengan ayah semalam.
Kak Wani : Sabar Lin, ingat Allah, Lin. Bertenang Lin.

Hanya itu yang aku mampu dengar dengan jelas kerana ada suara yang turut menyuruhku bertenang tetapi tenggelam dek esakan tangisku.

Dalam pukul 12.45 tengah hari, aku dan 2 orang sepupuku bertolak balik ke Terengganu. Adikku Sarah di Matrikulasi Gopeng, Perak juga sudah teresak apabila aku menghubunginya.
Dalam perjalanan yang aku terasa tersangat lama dan lambat, sepupuku memberitahu jenazah ayah akan dikebumikan selepas Asar. Terus airmata aku mengalir dan tanganku menggagau mencari telefon untuk menghubungi kakak sulungku.

Saya : Tanpa memberi salam terus…. Along, betul ke nak kebumi lepas Asar. Lin mana sempat.
Along : Itu permintaan umi, Lin. Moga jenazah ayah disegerakan. Takpelah, kalau sempat sempatlah. Kalau tak sempat, Lin kena redha segalanya.

Tak tahu banyak mana airmata ini mengalir bila Along berkata demikian. Aku tahu tentang roh yang meminta agar jasadnya disegerakan pengembumiannya.

Dalam perjalanan itu, aku hanya terdiam sepi dan mengesat airmata yang mengalir. Aku tiba di rumah pada jam 6.00 petang. Sebelum itu, aku sudah dikhabarkan segala-galanya sudah selesai. Aku hanya berdiam diri dan sepupuku yang sedang memandu telah mengingatkan aku agar kuat di hadapan umi. Jangan menangis di hadapan umi agar umi juga tidak berasa sedih dan bersalah. Sampai di rumah, orang pertama yang aku tuju adalah umi. Umi sedang duduk di ruang tamu sambil memandang ke arah aku yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

Tangan umi, ku cium dan umi mendakapku erat.

Umi : Maafkan umi. Bukan umi tak nak tunggu Lin balik.

Terus airmata aku mengalir sambil menggelengkan kepala. Bukan salah umi berbuat demikian. Sememangnya aku sudah redha dengan segala-galanya. Setelah tenang dalam pelukan umi, pelukan seorang umi memang ajaib, hati yang walang pun boleh menjadi tenang.

Along memberitahu bahawa Kak Ya ada mengambil gambar wajah terakhir arwah ayah untuk tatapi terakhir aku dan adikku Sarah.

Hampir terduduk aku apabila melihat wajah arwah ayah yang seakan tidur nyenyak dalam kafannya. Airmata semakin tidak tertahan dan along memelukku erat.

Saya : Ayah tak sempat untuk mewalikan seorang pun anak perempuannya.
Along : Sabarlah Lin. Sabarlah Lin.

Adikku Sarah sampai di rumah pada tengah malam itu setelah tamatnya tahlil. Seperti aku juga, orang pertama yang ditujunya adalah umi. Menangis teresak-esak dia di pelukan umi. Aku tidak mampu memandang wajah umi yang turut bergenang airmata. Seperti aku juga, umi meminta maaf kerana tidak dapat menunggu. Bukan kami sahaja yang bergenang airmata, ibu-ibu saudaraku iaitu Mak Ina, Mak Long, Mak Gee, dan Cuda turut bergenang airmata.


kak sulungku, arwah ayah, umi, adikku sarah.
aku, adik bongsuku hakimi, kak ya.

Bila agaknya kami boleh tersenyum begini lagi?



Hanya ini sahaja yang saya mampu tulis untuk hari ini. Sememangnya ada 3 perkara amalan yang dibawa mati.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

In Shaa Allah, ayah, Lin akan berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah agar kita dapat bertemu di akhirat kelak. Apa yang ayah tegah, lin akan jauhi, sesungguhnya apa yang ayah larang adalah larangan Allah s.w.t.
Semoga roh ayah ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh dan beriman.

Wednesday, 26 December 2012

DSP Creative Blog



agak2 korang yang membaca blog aku ni pernah dengar tak DSP Creative??? tak pernah ek??? xpe2, meh sini aku terangkan serba sedikit.... eheheh... blog ni aku yang buat untuk my uncle... since he asked me to make a beautiful blog for him.... tapi x cantik pon aku buat... hahahaha....

( blog aku sendiri x cantik kan.... huhuhuhu...)

DSP Creative blog ni macam nak jadi salah satu blog yang menawarkan khidmat wedding photoshoot la... yang lain2 tu nanti korang melawat sendiri blog tu neh, tanya lah kat admin tu... 

(salah sorang admin tu akulah... hehehe... tapi aku x taw sangat... aku buatkan jer... hehehe...)

ni kiranya aku tengah mempromosikan blog pak cik akulah ni... hehehe... korang try buka selalu sebab aku pon akan update blog ni... walaupon blog ni baru lagi... kita orang buatkan yang the best lah untuk menarik perhatian korang pada blog ni... hehehehe... 

(walaupon blog sendiri macam hampeh jer nak update... hehehe)

p/s: korang klik jer kat words of DSP Creative tu... aku dah buat kan link bagi memudahkan korang semua.... tq semua... heheheh...

P/s: Oh ya, korang klik lah kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Thursday, 4 October 2012

Teruskanlah...


Do hearts grow apart if they are separated???? erm... ni ayat aku ambik dari citer detective conan... sejak akhir2 ni aku suke tengok citer detective conan… bukan ape, nak tengok Shinichi dengan Ran jer… hehehe…

          Sebabnya aku mari terfikir… cinta jarak jauh ni bertahan tak??? Aku kadang2 tak yakin jer... hahaha... kalu aku la.... mesti cemburu dengan pasangan yang lain bila kedua2nya ada bersama sedangkan pasangan cinta jarak jauh ni jauhlah kan... hehehehe… kalu berhubung pon mesti dengan telefon dan facebook atau skype…

          Mujurlah ada penghubung begitu, bolehlah jugak pasangan cinta jarak jauh ni berwebcam dengan pasangan dia… tapi aku rasa cinta jarak jauh lebih menguji pasangan cinta ni untuk menjadi seorang yang setia… erm… aku rasa macam tulah kot…

          Bila rindu senyum jelah tengok orang lain… 


yang tudung kelabu hitam tu adik aku... n aku yg bertudung kelabu di tengah2 itu... hehehe...


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Saturday, 1 September 2012

Bila stalking jumpa yang tak patut pulak....



Kakak aku sorang ni memang terror giler dalam stalking fb or blog or twitter orang ni... sampai la akhirnya dia jumpa jugak blog seseorang ni... aku ingatkan sape la yang dia duk cari sampai ke lubang cacing tu... rupe-rupenya housemate dia sendiri... dalam blog tu dia ceritalah yang dia ni senior dalam rumah tu... so aku gelarkan dia akak seniorlah ek... amboi akak senior, sakan duk kutuk housemates dalam blog naa... pastu ajak kawan sekali mari duk kutuk-kutuk housemates sendiri...

Aku tak heran mane time aku bace tu, tapi kakak aku cakaplah dia kan housemate akak senior tu... paling kurang tak puas hati jugaklah main duk kutuk belakang... kenapa tak berdepan dengan sume housemates kalu tak puas hati... kalu ikutkan aku... pun aku tak puas hati jugak... main kutuk belakang sampai kita tak dapat agak...

Aku kira ok lagi kalu aku dapat agak depan aku nampak baik tapi belakang aku main duk kutuk-kutuk... yang aku akan berapinya kalu orang yang baik dengan aku sampai aku tak boleh nak agak yang dia ni rupanya kutuk aku senyap-senyap kat belakang...

So, akak senior... seronok kaa duk kutuk-kutuk orang sampai bagi gelaran yang tak sepatutnya... ingat mak bapak dia tak pening kepala ker mase duk fikir nak bagi nama tu... sedap-sedap pergi tukar bagi gelaran seakan-akan mencaci orang lain... pastu pi ajak kawan-kawan duk kutuk sekali... elok sangat kaa... baguih la tu, masuk neraka same-same naa... pasal syurga neraka tu bukan nak kate dalam tangan biler tengok korang duk kutuk orang lain terus sumpah masuk neraka... tak doa pon macam tu... harap-harap korang insaflah... biler sehati sejiwa duk caci maki orang dalam blog tuu...

Nak tau dak, kawan aku ni kira seorang yang baiklah... aurat terjaga... percakapan yang sopan... bila berjanji tu tunaikan... amanah pon iya jugak... dia pernah bilang kat aku mase tu aku duk marah seseorang ni sampai aku sendiri tak ingat ape yang aku dah lafazkan... mungkin caci maki jugak kot... aku paham biler kita tak puas hati ni macam-macam benda nak kuar dari mulut ni sampai tak terkontrol-kontrol...

Dia cakap kat aku, "kalu kita kate ataw bercakap perkara buruk tentang seseorang itu, kita tidak akan mati selagi kita tidak buat perkara buruk yang kita umpatkan tu..." bila aku dengar macam ni, baru aku tersedar... mase tu baru istighfar panjang... mengucap aku dalam hati bila dia habiskan ayat gitu... so, akak senior janganlah duk kutuk-kutuk orang dalam blog kaa, dalam facebook kaa, dalam twitter kaa...

Pesanan ini jugak adalah untuk diri sendiri dan pembaca blog ni jugak... sebab kita ni manusia... memang tak lepas dari kesilapan... tapi kalu sekali dah buat, janganlah pergi duk ulang sampai berkali-kali... umpat mengumpat ni memang kita terkadang tak boleh elak kang~~~... macam drug pulak... hahaha...

Bak kate ustaz azhar... orang pompuan ni kalu mengumpat, dalam kain sembahyang pon diorang boleh... tengok tu... betapa dahsyatnya orang pompuan ni... diterjemahkan pulak orang pompuan ni dalam nak bersujud kepada Allah pon masih sempat buat "ketupat", pastu taubat sekejap tika solat... then habis solat lepas tadah doa maybe lah kot sambung balik duk mengumpat tu.... adussss, dahsyatnya ustaz... tapi macam betui jer kate-kate ustaz tukan....

Tapi janganlah duk mengumpat benda yang tak elok... ni pergi kutuk satu hal... pastu kengkawan mari join sekali duk mengutuk jadi batu api... mengumpatlah tentang yang baik-baik tentang seseorang ni... and nak pesan lagi... stalking orang~~~... hahaha... yang tu aku pon sendiri buat... :-p

Pagi-pagi buta... pukul 1:40 pagi nilah aku nak bertazkirah... niat yang baik Allah sentiasa pandang... tapi jangan turut syaitan kerana niat yang baik pon syaitan berusaha untuk pesong kan~~~... tak taw lah kalu niat akak senior tu sebenarnya baik tapi saya pandang dengan tak baik... mane kita tau kan hati orang ni....

P/s: stalking orang takpelah kot bagi aku... alah, tak salah pon kan kalu nak bace blog and then bace entry dia, buke facebook orang then bace wall dia... bukan niat jahat pon... jangan duk mengumpat dan mengutuk tu aku tak nak... pesanan dari panaja... hahahah..... yang baik datang dari Allah, yang tak baik tu datang dari diri saya yang serba kekurangan sebagai seorang hamba yang bersujud kepada pencipta-Nya...



sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Monday, 27 August 2012

Selamat Hari Raya...

Baru berkesempatan untuk meng'update' blog... kalu yang novel atau cerpen tu senang jer... dah ad dalam microsoft, so copy and paste jer letak dalam ni... kalu nak update tu yang malas nak tulis panjang2 lebar... apa2 pon saya di sini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang sudi singgah ke blog and membaca cerpen atau e-novel yang saya buat... terima kasih di atas kesudian kalian semua...

best raya tahun nie... walaupun dah besar2 tapi duit raya still diberi... ngeh... ngeh... ngeh... kepada semua ahli keluarga, sanak sedara, sahabat2, kawan2, blogger2, and pengunjung di blog ini, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

di bawah ni saya sertakan beberapa keping gambar keluarga saya ketika 1 syawal...


ni gambar anak pompuan bersama ayah sahaja...

x igt ape yg klakar sgt time ni...

ni la keluarga aku... hehehe... semoga bahagia ini berkekalan... amin...

ni keluarga pok jie n mak ani...

ni keluarga cuda dan ayah su...

ni keluarga mok jie...

ni ayuni n aqielah...

mok jie, aqielah n kak ya...

ni keluarga pok wan n mok zu... sekecil tu eja kitorang panggil...

ni keluarga mok ina...

ayah n umi...

kak ya, zizan n sarah...

Friday, 3 August 2012

Syukur Alhamdulillah...



erm... tadi dah check result exam... dah kuar dah guys... so 'Ain' pon dah check... tapi dia tengok muke 'Asyraff' dengan sedih jer... "Abang, result Ain jatuh la... huhuhu... camne ni ek?" Asyraff taw dia kena bagi kate2 semangat pada Ain. "Takpela, asalkan Ain lulus sumenya dah cukup, takde yang kena repeat dah cukup dah bagi abang. Abang dah bersyukur dah tu dengan result Ain tu. Takpe, sem depan usaha lagi."

Usaha... Usaha... Usaha... Usaha lagi.... tulah yang 'Asyraff' duk ulang2 pada 'Ain' sejak tadi lepas dia check result exam sem 2 lepas... nasib baik ade 'Asyraff' boleh tenangkan 'Ain'... hehehe... hati Ain pon berbisik perlahan, 'malu jugak biler kahwin dengan suami keje doktor ni tengok result exam yang x seberapa ni... adoi... kenapa suamiku ni keje doktor????!!!' jerit hatiku.... huhuhuhu... "eh, dia tak keje lagi... bulan 9 ni baru taw tugas kat mane..." takde keje sungguhkan 'Ain' ni... heheh...

bersyukurlah dengan apa yang ade... kata 'Asyraff' lah... hehe... syukur alhamdulillah...

Tuesday, 31 July 2012

hepi besday mom...

huhuhu... biler sambut besday... mknenyer umur makin meningkat... ape2 pon aku nak wish my mom, happy birthday... selamat hari jadi yang ke-47... muda lagi... hahaha...

xde kebolehan untuk membuat kek... then sekarang ni bulan puasa, x yah beli kek... heheh... alasan semata2... juz z picture yg lin boleh bgi... mesti ummi kate x kenyang pon tgk gmbar... hahah... ade mase beli la... sambut sekali dengan besday adik sarah yg jtuh pada tarikh 27hb... yg tu pon x sempat sambut... padan la dia x balik asrama... huhuhu...


Saturday, 28 July 2012

Ain & Asyraff



tulah kenangan yang terindah dalam hidup aku... kawan aku puas bertanya, x jemu ker aku duk ingat kan kenangan zaman sekolah dan sampai dah masuk uni tu... knpa pulak nk lupe nyer... setiap orang ade memori masing2... erm... ramai yg pertikai kan yg 'Asyraff' prnah pegang tgn 'Ain' dlam giant... biler orang persoalkan baru aku tergerak nak tnya... iya jugak ek, dua2 bekas skolah agama, 'Asyraff' graduated dari jordan agi... aku pon dah tnya 'Asyraff' ni knpa tarik tangan 'Ain', dia x taw ker x leh pegang pompuan.... dia jwab sbb malu sgt time tu smpai x sedar dia tarik tngan 'Ain'.... hahaha... yer... aku pham sangat... 'Ain' tu pon terkejut jgak biler 'Asyraff' ni tarik tangan dia... papepon... 'Asyraff', 'Ain' ni sayang sgt kat awak... hehehe...