Showing posts with label Kau Minat Aku ke???. Show all posts
Showing posts with label Kau Minat Aku ke???. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Di Sebalik Kesunyian...


Sedih sangat diri ini bila laptop yang sangat disayangi telah rosak dan menunggu masa untuk di hantar agar dapat dibaiki dalam masa yang terdekat ini... harap2 segala isi kandungan dalam laptop itu tidak akan hilang sekiranya telah siap dibaikpulih...

Seindah cintamu yang hampir siap dan menunggu masa untuk dibukukan jugak tidak akan dapat diselamatkan andai kata segala isi kandungan dalam laptop itu akan dihapuskan... sedihnya hati ini... inilah ujian bagi diri ini bagi tahun ini...

Harap segalanya dipermudahkan oleh-Nya...


silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Tuesday, 15 January 2013

Kau Minat Aku Ke???





Bab 2

Hidayah termenung seorang diri di tepi tingkap biliknya. Sejak kebelakangan ni, jiwanya terasa seperti tidak tenteram. Anggapannya sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya, dia beristighfar kepada Allah.
          “Dayah, kau nak makan tak ni? Semua tengah tunggu kau ni.” Mardhiyah menyedarkan Hidayah dari khayalan panjangnya. Hidayah hanya memandang sepi dengan ajakan sahabatnya itu.
          “Hei, kenapa ni? Macam ada masalah je. Kau tak tak sihat ke?” Terus tangan Mardhiyah melekat pada dahi Hidayah. Hidayah menolak perlahan tangan Mardhiyah dan mengeluh.
          “Haihhhh… Aku tak sedap hati lah. Aku rasa macam ada benda nak jadi ni.” Hidayah memalingkan tubuhnya dan mengadap ke arah Mardhiyah yang merenung tajam ke arahnya.
          “Apa benda pulak ni. Kau ni mengarut jelah. Kau dah telefon mak ayah kau kat kampung? Diorang sihat tak?”
          “Alhamdulillah, diorang sihat.” Hidayah memberikan jawapan positif yang Mardhiyah harpkan.
          “Habis tu apa lagi yang tak kena. Kau ni kuat sangatlah baca novel sampai kehidupan kau pun terpengaruh sama ni haa.” Mardhiyah mula menyalahkan novel-novel cinta kesayangan Hidayah.
          “Hei, takde kaitan pun dengan novel aku dengan hidup aku okay. Aku baca untuk meluangkan masa lapang dan memang novel-novel tu pun ada jalan cerita yang menarik. Kau tak baca mana kau nak faham jiwa pembaca novel ni. Dahlah, kau cakap tadi semua tengah tunggu kan, kau nak makan tak ni?” Berbalik pula soalan yang ditujukan. Kini Hidayah pula mengutarakan soalan itu pada Mardhiyah.
          “Eh, aku pulak yang kena. Kau nikan sukalah nak buat hidup tak senang. Dahlah, jom pergi makan.” Mardhiyah menolak tubuh Hidayah yang berdiri di depan pintu biliknya.
Walaupun Hidayah tersenyum dan bergelak ketawa dengan rakan serumahnya namun hatinya masih gelisah memikirkan apa yang sedang berlaku tanpa pengetahuannya. Adakah sesuatu akan berlaku ke atas dirinya? Itulah persoalan yang sering berlegar-legar dalam fikirannya.

“Along. Tak tidur lagi ke? Dah pukul 2 pagi ni.” Bahunya di tepuk kuat dan tangan itu terus melekat pada belakangnya. Terus Kamil berpaling dan tersenyum nipis. Dia kembali memandang sawah bendang yang terhampar di hadapannya sambil diterangi cahaya bulan purnama. Suasana ketika itu sungguh sepi dan sangat menenagkan.
          “Ayah tengok selepas mak bagi tahu kat along pasal wasiat arwah atuk tu, along selalu termenung kat sini selepas semua orang masuk tidur.” Ayahnya terus duduk di sisinya sambil menikmati juga panorama yang indah itu. Ayahnya juga mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang prihatin dengan perubahan diri anak-anaknya.
          “Takde apalah ayah. Along cuma suka tengok sawah bendang macam ni. Kat KL tu mana ada semua ni. Semuanya konkrit belaka.” Kamil tersenyum lagi sekadar untuk menyedapkan hati si ayah.
          “Ayah yang sambut along masa along lahir dulu. Along anak ayah. Sekarang ni pun along dah besar dah, dah umur 28 tahun dah. Memanglah ayah takde masa along belajar di perantauan dulu tu tapi beza 23 tahun along bersama ayah dengan 5 tahun along belajar di Jordan jauh dari ayah, ayah masih faham anak ayah.” Mata kuyu ayahnya dipandang sayu apabila seorang ayah sedaya upaya mencuba untuk memahami keresahan anaknya.
          “Ayah. Along cuma terfikir dalam ramai-ramai cucu arwah atuk tu, kenapa along yang terpilih? Ramai lagi cucu lelaki arwah atuk tu, abang Ismail tu dah 30 tahun lebih tak kahwin-kahwin takde pulak nama dia dalam wasiat tu. Lagipun wasiat arwah atuk tu peliklah, boleh pulak suruh kahwin-kahwin ni.” Kamil menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada ayahnya. Namun dia tidak mampu untuk menatap mata ayahnya lagi yang seakan sayu melihat dia berada dalam keterpaksaan itu.
          “Kalau along tak nak, ayah tak nak jugak paksa along. Yelah hidup berumah tangga ni bukannya satu perkara yang boleh diremeh-remehkan. Tapi lainlah yang menyuruh tu masih hidup dan bolehlah along menolaknya, ni yang sudah tiada, wasiat pulak tu along tak fikir ke tenang ke arwah atuk kat sana?” Melihat Kamil yang terdiam dan merenung jauh ke arah bendang sawah padi di hadapan rumahnya itu sudah dapat diteka oleh Encik Naim apa sedang difikirkan oleh Kamil.
          “Along dah besar, dah matang, dah memang boleh kahwin pun. Fikirlah along, selagi ayah masih hidup ni, nak jugak ayah melihat along berjabat tangan dengan tok kadi. Bawa menantu sulung ayah dalam rumah ni, ada rezeki boleh tengok cucu sekali. Itu pun kalau umur ayah panjanglah along, nak berangan lebih-lebih ni ayah dah tua. Ajal maut entah bila datangnya mana kita tahu.” Encik Naim menepuk-nepuk bahu anak lelaki sulungnya itu dan bangun menuju ke bilik tidur.
          Kamil memikirkan setiap kata-kata ayahnya itu. Ya, dia akui dia sudah layak untuk berumah tangga tapi kenapa mesti yang dipilih adalah Hidayah. Itu yang dia mampu ungkapkan pada ayahnya agar ayahnya mengerti hati lelakinya itu.

Hidayah gelisah di tempat pembaringannya, peluh mula merencik di dahinya. Gelisahnya dia yang sedang bermimpi sehinggakan Mardhiyah yang sedang menyiapkan laporan kerjanya berasa cemas dan terus mengejutkannya dari tidur.
          “Dayah, Dayah, Dayah. Bangun Dayah. Dayah.” Mardhiyah mula mengoncang kuat tubuh Hidayah. Barulah Hidayah terjaga dan membuka mata sambil memandang ke sekeliling.
          “Hei, kau okay tak ni? Aku tengok tadi sampai aku pun naik takut sama tau. Kau mimpi apa ni sampai, haa, berpeluh-peluh ni?” Mardhiyah mencapai kotak tisu dan menariknya sehelai lalu mengelap dahi Hidayah.
          “Aku mimpikan ular, Mar. Ular tu nak makan aku agaknya. Aku takutlah Mar. Dah berapa malam dah aku mimpikan ular macam tu.” Hidayah menguak rambutnya ke belakang agar lebih terurus.
          “Tu yang kau moody lately ni. Sebab mimpikan ular tu. Yang ular tu nak makan kau tu apasal pulak, dah takde benda lain ke ular tu nak makan. Hahaha.” Terus muncung mulut Hidayah bila melihat kawannya langsung tidak mengambil serius tentang apa yang dihadapinya itu.
          “Oh, come on. Ok, ok, ok. Mimpi kau ni macam mana? Macam mana kau boleh termimpikan ular ni? Kau ada langgar pantang larang ke?” Mardhiyah mula membuat tidak faham sambil dahinya berkerut.
          “Sekarang ni dah pukul berapa ni? Kau pun tak tidur lagi ke?” Hidayah memandang wajah Mardhiyah yang sedang menantikan jawapan darinya, bukan soalan-soalan yang diajukan oleh Hidayah itu.
          “Aku tidur lepas subuh nanti. Banyak report aku kena siapkan. Kau ni nak mengelaklah tu. Kalau kau tak nak cerita, sampai bila kau nak gelisah, murung gini. Dengan aku pun, kau tak kongsi dengan aku ke?” Mardhiyah mula membuat ayat sayu macam tu dan bangun dari katil Hidayah. Sekejap lagi dia akan mendengar ayat magik Hidayah yang selalu tertangkap kalau dia cuba menyembunyikan sesuatu perkara.
          “Aku bukannya tak nak bagi tahu…” Mardhiyah sudah tersenyum tetapi Hidayah tidak melihatnya. Dia seperti keberatan untuk bercerita.
          “Apa dia Dayah? Kau nak perkara ni selesai ke tidak?” Mardhiyah mula membuat ayat seperti mengugut. Hanya dengan cara itu sahaja dia tahu, Hidayah akan mula bercerita dari A sampailah Z.
          Mardhiyah berpaling memandang ke arah Hidayah. Hidayah bermain dengan jari jemarinya sendiri. Sekejap Hidayah memandang wajah Mardhiyah, sekejap dia melihat jari jemarinya. Dengan lafaz bismillah, dia mula menceritakan satu per satu kepada Mardhiyah.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Monday, 31 December 2012

Kau Minat Aku Ke???





Bab 1

Bermati-matian lelaki itu menolak keputusan supaya dia dinikahkan dengan perempuan yang dia paling benci dalam dunia ini.
          “No! Along takkan sesekali kahwin dengan dia. Mak tolonglah jangan paksa along macam ni. Kalau betullah nak suruh along kahwin sekalipun, tak ada perempuan lain dah ke?” Kamil tetap membantah keputusan orang tuanya itu.
          “Along, mak nak buat macam mana lagi, dah memang tertulis dalam wasiat atuk kamu ni. Arwah nak kamu berkahwin dengan salah seorang cucu perempuan kawan arwah. Dah tu pulak, Hidayah seorang saja yang masih belum berkahwin. Along, kamu tak kesiankan arwah atuk kamu ke?” Puan Nora cuba memujuk Kamil lagi sambil memandang ke arahnya suaminya untuk meminta tolong.
          “Along, kamu dengar sini, wasiat ni bukan main-main tau. Boleh tak tenang si mati kalau hajatnya tak tertunai. Lagipun bukannya kamu tak kenal dengan Hidayah tu, dia kan anak jiran kita jugak dulu, anak Pak Cik Zuki dengan Mak Cik Yah. Baik apa budak tu, sopan santun, hormat orang tua. Apa lagi yang kamu tak berkenan?” Tanya pula si ayah kepada anak lelaki sulungnya itu.
          Kamil mula mengeluh bila melihat orang tuanya seakan berkeras juga untuk mengahwinkan dia dengan Hidayah. Memang Hidayah seorang yang baik dan lemah lembut orangnya, tapi ada sebab kenapa dia membenci Hidayah separuh mati.
          Dia tak tahu bagaimana dia nak menyakinkan kedua orang tuanya itu agar dia dan Hidayah tidak akan disatukan. Kerana sakit hati melihat keputusan orang tuanya, dia terus melangkah masuk ke bilik agar tiada sesiapa yang akan mengganggunya.
          “Along, kamu nak ke mana tu? Mak tak habis cakap lagi ni. Along!!!”
          “Sudah maknya, biarkan along tu. Nanti bila dah hatinya sejuk, saya cubalah bercakap semula dengannya.” Pujuk Encik Naim sambil menghalang Puan Nora yang cuba untuk mendapatkan Kamil.
          “Saya tak fahamlah dengan along tu, bang. Dari hari pertama dia mendengar wasiat tu dibaca, terus along marah kenapa dia berkait sekali. Padahal bukannya along tak tahu, arwah rapat sangat dengan along tu. Dah besar panjang pun masih tak boleh nak berfikir.”
          “Anak awak tu bukannya bodoh, Nora. Kerja hebat, doktor gigi lagi. Apalagi yang tak kena dengan anak awak tu. Entah-entah dia dah ada kekasih dalam diam, tu yang dia nak mengamuk tak tentu pasal bila kita paksa dia kahwin tu. Awak tak terfikir macam tu ke?” Encik Naim sedaya upaya mencuba untuk menyelamatkan keadaan bila emak dan anak mula bertelagah.
          “Saya dah bertanya dulu sebelum saya bagitahu pasal wasiat tu. Along cakap dia single lagi, tak ada masa sangat sibuk bekerja sampai girlfriend pun tak sempat nak cari. Dah tu kalau tak sempat cari awek, ni orang nak suruh dia kahwin, tak nak pulak…” Makin berangin pula Puan Nora dengan anak lelakinya itu.
         
Kamil mendengar sayup-sayup suara ayah dan maknya yang sedang bercakap mengenai dirinya. Dia mengeluh panjang sambil berbaring di atas katil.
          “Dah tak ada perempuan lain lagi ke sampai perempuan tu jugak yang nak kena jadi bini aku……” Kamil mula bermonolog sendiri. Dadanya terasa sakit mengenangkan kisah lalu.
          “Memang masa tu dah jadi kenangan, tapi aku ni ada perasaan, ada maruah aku sebagai lelaki. Takkan aku nak ambil dia buat jadi bini aku selepas apa dah jadi tu.” Kamil mula mengiring ke kanan sambil mengadap ke arah dinding yang membisu.
          Kamil gelisah memikirkan keputusan orang tuanya dan kandungan wasiat arwah atuknya itu. Tak pasal-pasal dia yang terpaksa menjadi kambing hitam untuk memenuhi kehendak semua orang. Dia mengeluh dan terus mengeluh sehingga terlelap sendiri.

“Kamil, kau jagalah meja koperasi untuk mase pendaftaran pelajar baru ek. Kita tak cukup pengawas koperasi ni.” Kawan baik aku sepanjang kami belajar di sekolah agama tu, bersuara bila tiada orang yang ingin bertugas pada awal tahun yang aku kira turut akhir tahun, 31 Disember 2002.
“Dah takde orang lain ke sampai kau nak suruh aku ni. Aku ingat macam malas pulak. Hahaha.” Saja nak usik muka cemberut kawan aku ni.
“Ah, aku tak kira, kau malas ke kau rajin ke aku nak kau mari gak masa hari pendaftaran tu. Dah tak ada orang lain dah aku nak harapkan, kau seorang je Kamil, tolong aku jaga meja bahagian muslimin ni.” Kata Muslim.
“Erm…. Yerlah.”

Macam biasa, pelajar muslimat lebih ramai jika nak dibandingkan dengan pelajar muslimin. Aku yang kaum adam ni pun hairan ke mana perginya lebihan yang kat luar sana tu.
“Erm, Lim. Tak ramai sangat kan pelajar muslimin ni. Setiap tahun macam makin kurang je. Haih, kalau beginilah kan, memang ada peluanglah orang macam kita nak poligami nantikan. Yerlah, dah macam makin pupus je kaum adam ni aku tengok. Hahaha.”
“Banyaklah kau ni poligami, yang seorang pun belum tentu terjaga. Kesian pulak aku tengok bahagian muslimat tu. Sekali kena serang ambil kau, tak nampak pengawas yang jaga.”
“Aku nak pergi kat kedai koperasi kejap, nak ambik beg kertas lagi.” Aku terus berlalu.

‘Macam jiran rumah aku je.’ Hati Kamil bersuara. ‘Yerlah, pak cik Zuki.’
          “Assalamualaikum, pak cik Zuki.” Tegur aku dari belakangnya dan pak cik Zuki terus berpaling. Anak perempuannya turut berpaling sama ke arah Kamil.
          “Waalaikumsalam. Eh, ni anak Naim kan?” Soal pak cik Zuki sambil berjabat tangan dengannya. Aku hanya mengangguk saja. Mata aku tak lepas memandang anak perempuannya. ‘Mesti baru form 1 ni.’ Bisik hati aku.
          “Hidayah, kenalkan ni Kamil, anak pak cik Naim. Jiran depan rumah kita je ni.” Pak cik Zuki memperkenalkan Kamil kepada anak perempuannya.
          ‘Hidayah nama dia rupanya. Ya Allah, dia senyum manisnya. Kamil, apa kau sedang buat ni. Anak dara orang tu.’ marah hatinya.
          “Takpelah pak cik Zuki. Saya kena tugas ni jaga meja koperasi tu. Nanti ada masa bolehlah kita borak panjangkan pakcik. Pak cik Zuki pon nampak macam tergese-gesa je.” Kamil sebenarnya dah tak tahu nak borak apa dengan pak cik Zuki sebab anak perempuannya itu.
          “Iya iya, pak cik Zuki ni pon bukannya ape, juruaudit Negara nak datang pejabat. Tu yang duk kalut tu. Lain kali la ya, Kamil.” Mereka terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

“Along, along, along… Bangun along dah Maghrib ni. Along, bangun!” Terus Kamil membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Dia mengeluh lagi. Rupanya mimpi berulang lagi.
          “Kamu ni along, kenapa? Mengigaulah tu, dah besar panjang pun mengigau lagi. Tidur lagi senja-senja hari. Bangun, ayah kamu dah ajak pergi masjid tu. Cepat bangun.” Emaknya mula menampar perlahan lengannya.
          “Yerlah, along bangun la ni.” Kamil bergerak malas menuju ke bilik air. Azan Maghrib berkumandang merdu di seluruh pelosok alam. Kamil dan ayahnya berangkat ke masjid bagi menyempurnakan solat fardhu secara berjemaah.

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...