Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

Harapanku Jodohku...





 Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…

Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..

pesanan untuk diriku : Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri..

Thursday, 10 October 2013

One Sided Love

Hari ni saya menjadi pendengar setia mendengar luahan hati seorang kawan yang mencintai seseorang dalam diam tetapi akhirnya tidak mampu terluah kerana lelaki itu sudah meminati perempuan lain... Masa Lin dengar tu, hati Lin pun jadi sedih juga untuk kawan Lin tu... Bila tengok dia jadi terdiam macam tu, tak tahu nak legakan hati dia macam mana melainkan menyuruh dia melupakan lelaki tersebut secara perlahan-lahan...




Lin tahu perasaan sedih tu sebab Lin sendiri pernah mengalaminya dulu... Lagi sedih sebab kita tak mampu nak meluahkan apa yang kita rasa... Lainlah bila kita berperasaan macam ni bila kita mula-mula kenal dengan seseorang, semua ini akan menjadi mudah... Perasaan tu terus terluah sebab kita baru kenal orang tersebut...

Lain pula bila kita dah berkawan dengan seseorang ni barulah perasaan minat dan suka tu timbul kemudian... Nak luahkan rasa curiga menghantui jiwa sebab bimbangkan mungkin dia tidak berperasaan seperti kita... Nak luahkan jadi serba salah sebabnya seandainya dia tidak berperasaan seperti kita, persahabatan tu masih mahu dikekalkan... Jadi kita datang terfikir sendiri, kalau perasaan ni terluah adakah kita masih akan jadi seperti sekarang ni lagi...???

Satu lagi yang menyedihkan adalah lelaki itu takkan tahu mengenai perasaan kita terhadap dia... Dan akhirnya kita mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dia... Sehingga dia beranggapan bahawa kita sudah tidak sudi untuk terus berkawan dengannya... Padahal dia tidak tahu bahawa hati kita sudah berdarah setiap kali melihat dia gembira bersama pilihan hatinya... 

One Sided Love... Satu perasaan yang sangat menyakitkan sebenarnya... 


Sunday, 8 September 2013

Seindah Cintamu



Bab 32


JOHAN sudah mendapat mesej balasan dari Rusdi pada malam itu. Tapi yang agak kelakar juga apabila Rusdi membalas dengan bertanyakan, ‘Siapa yang sudah selamat sampai ni?’
Terus sahaja dia menelefon sahabatnya itu. Lama dia menunggu untuk panggilannya disambungkan.
          “Hello?” Sambut suara garau dari pihak sana. Lembut sahaja bunyinya.
          “Helo Di, aku ni Johan.” Jawab Johan pula.
          “Hah, kau ke Johan. Eh, ni nombor siapa ni, nombor baru kau ke? La, mesej tadi tu kau ke? Selamat sampai? Dah sampai Malaysia ke?” Banyak pula soalan yang diajukan kepada Johan. Patutlah suara Rusdi pada mulanya seakan berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon darinya.
          “Nombor baru akulah, nombor yang lama tu dah kena terminated dah. Oh, patutlah suara bukan main lembut lagi. Hahaha. A’ah, petang tadi sampainya dengan parents aku sekali.”
          “Wah, Tan Sri dengan Puan Sri pun balik sekali ke?”
          “Sekalilah bila semua dah settle belaka kat sana.”
“ Weh, dah sihat dah nampaknya bos besar kita ni. Dah ingat apa-apa tak? Terapi macam mana? Hahaha.” Kuatnya suara Rusdi yang seakan menjerit. Johan dah dapat agak, sebentar lagi akan ada suara Mardhiyah turut serta dalam perbualan mereka.
          “Encik Johan ke telefon abang tu? Dia dah sihat ke? Dia ada kat mana sekarang ni?” Tepat sekali jangkaan Johan bila terdengarkan suara Mardhiyah yang bertanyakan suaminya dari sebelah sana.
          “Ni bini aku tanya ni, kau dah sihat ke? Dia baru sampai sini…”
Johan tersenyum bila soalan Mardhiyah ditanyakan kembali oleh Rusdi.
          “Sihat, sangat sihat berbanding dengan dulu. Hahaha.” Balas Johan yang turut tergelak mendengarkan soalan Rusdi. Yelah, hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui cerita sebenar.
          “Erm, Di. Aku serius ni, esok aku nak mula masuk kerja dah. Sebelum tu aku nak tanya dulu. Syarikat ok tak?”
‘Lain je bunyinya.’ Terdetik dalam hati Rusdi.
Terus hilang gelak ketawanya sebentar tadi. Mardhiyah memandang wajahnya tertanya-tanya.
“Syarikat ok je. Kalau esok kau dah nak masuk kerja, nak aku announce tak kat pekerja-pekerja ni?” Membulat mata Mardhiyah bila Rusdi berkata begitu.
“Bos terus nak masuk kerja ke, bang? Bukan ke dia baru lepas sakit? Dah sihat sepenuhhya ke?” Sayup-sayup suara Mardhiyah bertanyakan kepada Rusdi. Johan diam dan hanya memasang telinga.
“Ni yang dia bagi tahu kat abang. Weh, betul ke kau nak masuk kerja esok ni?” Rusdi kembali bertanyakan soalan kepada jawapan yang terang-terang diberitahu oleh Johan sebelum itu tadi.
“Kau ni tanya soalan lagi. Kan aku dah cakap tadi. Haih.” Johan menongkat dagu ke atas permukaan meja taman di rumahnya.
“Aku nak kepastian je…”
“Encik Rusdi, saya dah siapkan ni. Dalam pendrive ni, saya letak jugak yang saya dah convert ke file PDF. Nanti kalau kita dah publish kat web nanti, katalog rumah mewah ni jadi macam slideshow bila ada orang bukak nanti. Kalau Encik Rusdi nak komen apa-apa, saya tak kisah….” Jelas sekali suara halus seorang perempuan yang sangat-sangat dirindui oleh Johan, siang dan malam.
Tegak tubuh Johan dibuatnya. Terus Johan melihat waktu di jam tangannya. ‘Sudah pukul 10 malam. Rusdi ada kat mana ni?’
“Di, tu suara…”
“Julia, kalau awak dah sudah, awak baliklah dulu. Dah pukul 10 dah ni. Nanti awak nak drive sorang-sorang tu bahaya pulakkan. Oh, ni bos besar kita ni. Dia dah balik Malaysia. Nak berkenalan dengan dia? Kawan baik saya. Hahaha.” Rusdi mengusik Julia, pada masa yang sama Johan turut terkena sama.
“Di, kau jangan… Eh, buat apa dia tak balik lagi tu? Kau kat ofis lagi ke ni?” Semakin kuat suara Johan untuk menarik perhatian Rusdi yang mula beralih arah.
“Hah?? Ya, ya, aku kat ofis lagi ni. Aku dengan Mar temankan pekerja kau yang sorang ni sangat workaholic kalau kau nak tahu. Julia nama dia, bos. Hari-hari dia buat OT sampai pukul 10. Ada tu sampai pukul 12 tengah malam pun pernah, SEMENJAK LIMA BULAN YANG LALU. Bagus dia ni, bos. Semua kerja dia boleh siapkan, on time pulak tu.” Sengaja Rusdi menceritakan segala-galanya. Sengaja juga Rusdi menekan sedikit perkataan ‘lima bulan yang lalu’ itu.
Biarlah selepas ini, pasti Johan akan memarahinya kerana sebelum ini dia tidak pernah ceritakan yang Julia hampir setiap malam membuat OT. Dia hanya menceritakan kelakuan dan keadaan Julia di pejabat sahaja kepada Johan.
“Encik Rusdi, apa ni….” Suara Julia cuba menghalang Rusdi dari menceritakan perihalnya kepada bos besar mereka.
“Takpelah Julia, esok dia dah nak masuk bekerja balik. Awak pekerja dia yang pertama tahu ni. Rasa special tak? Hahaha.”
“Err… Di, kau ni kan! Okaylah. Esok comfirm aku masuk kerja. Siaplah kau nanti. Dah, balik! Suruh Julia balik sekali. Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….” Terus Johan meletakkan telefonnya. Berombak sekali perasaannya ketika itu.
Rusdi melihat telefonnya terkebil-kebil. Dia memandang ke wajah Mardhiyah dan Julia.
“Jomlah balik. Bos suruh balik. Dia risaukan pekerja dia yang rajin ni. Pergilah kemas dulu apa yang patut then tunggu depan lif.” Melihat Mardhiyah dan Julia yang terus keluar dari biliknya, Rusdi terus mengemas segala benda yang berada di atas mejanya. Kecut juga hatinya bila teringatkan ayat terakhir Johan tu.
‘Rupa-rupanya banyak benda yang kau tak cerita kat aku….’ Tapi ini semua adalah rancangan dia dan pasangan doktor itu sendiri. Ada sebab kenapa dia ada  merahsiakan sesuatu cerita daripada Johan.
Tunggu sajalah bila Johan dah berada di hadapannya esok. ‘Tahan telinga jelah aku esok. Haih.’ Rusdi menutup lampu lalu menutup pintu biliknya rapat. Mardhiyah sudah menunggunya bersama Julia di depan lif.


JOHAN menarik nafas panjang selepas dia tamatkan panggilan Rusdi tadi. Terus dia naik ke bilik tidurnya dan menghempas kuat pintu biliknya. Kebetulan mamanya baru hendak keluar dari bilik tidur utama terkejut dengan hempasan pintu itu.
          Dr. Aiman yang sedang menidurkan anaknya juga terperanjat dari dalam biliknya. Terus Izwan yang sudah terlena terjaga lalu menangis kuat.
          “Kenapa pulak tu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli dari dalam bilik.
          “Johan, abang.”
          “Kenapa hempas pintu?” Tanya Tan Sri Nazirul Fadli lagi.
Puan Sri Dr. Nazia Aminah hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Dia terus mengetuk pintu bilik Johan lalu membukanya perlahan.
“Johan, kenapa hempas pintu ni? Dengar tak Izwan dah nangis tu. Terkejut Jo hempas kuat sangat. Budak tu baru nak tidur.” Tegur mamanya.
“Hah, erm… Sorilah. Aiman mana?” Johan hanya menundukkan wajahnya dan bercakap tanpa memandang mamanya langsung.
“Aiman tengah tidurkan anak dialah. Kamu ni Johan. Tadi mama tengok elok-elok je kat taman tu sorang-sorang. Ni mesti tekanan rindu kat bini kamulah ni. Pastu main hempas-hempas pintu. Macam budak-budak. Sedar sikit umur dah nak angkat tiga kat depan dah.” Marah mamanya sambil berpeluk tubuh di pintu biliknya.
”Takdelah mama. Erm…. Esok, Jo dah masuk kerja baliklah. Rindu sangat kat pejabat tu.” Johan cuba berlembut dengan mamanya. Angin mamanya bukan boleh dijangka pun.
“Mama, kenapa abang Jo hempas pintu tadi? Kuat pulak tu. Terkejut Faz kat dapur tadi.” Tanya Dr. Fazlin dari luar biliknya.
“Hah, tengok ni semua orang terkejut tadi. Faz, Mak Mon dah buatkan nescafe panas untuk papa kamu tak lagi?”
Mamanya mula melangkah keluar dari bilik tidur Johan. Dr. Fazlin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian dia menjengukkan kepalanya sahaja untuk melihat Johan.
“Faz, esok abang masuk kerja.”
“Ok. Good luck. Nanti baju kerja tu kalau nak mintak tolong supaya digosok, hantar kat bilik Faz takpe. Tak pun letak kat tombol depan pintu ni. Nanti Faz ambik, biar Faz gosokan. Nak pergi buat susu Izwan dulu.” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Dr. Fazlin. Selepas itu, Dr. Fazlin terus menutup rapat pintu biliknya.
“Haih, baru nak ajak Faz berborak.” Keluh Johan sendirian.
Dia bangun dan membuka almari bajunya. Sudah lama dia tidak memakai baju kerjanya. Satu demi satu baju kemeja dipilih dan dipadankan dengan tali leher yang bersesuaian. Pakaian itu akan dihantarkan ke bilik bawah nanti. Biasanya, baju kemejanya sudah siap bergosok dan hanya tunggu untuk dipakai sahaja pada keesokan paginya.
Lengkap dengan kotnya sekali diletakkan di tombol pintu biliknya. Nanti adik sudah siap buatkan susu untuk anaknya, Izwan, dia akan datang ambil pakaiannya ini untuk digosok.
Katil yang bersaiz king itu direnung jauh dari tepi dinding, dia hanya berasa kosong sahaja untuk katil yang besar itu tanpa penghuni di atasnya. Apabila dia berbaring di atas katil itu, seakan ternampak-nampak wajah Julia yang sedang nyenyak di peraduannya.
Johan berasa dirinya begitu lemah selepas kehadiran Julia di dalam hidupnya. Apa yang dirancang semuanya tidak menjadi mengikut perancangan awal dahulu.
Sekali lagi kenangan bersama Julia menggamit memorinya.
“Besar jugak katil ni. Ni ke saiz king? Biasa tengok katil saiz yang muat-muat untuk dua orang je, yang ni tiga orang pun rasa besar lagi ni.”
Julia memerhati di sekeliling kondonya. Terpegun dia dengan susun atur perabot yang begitu cantik itu. Rumah menjadi lebih kemas dan nampak lebih besar. ‘Mesti ni semuanya menggunakan khidmat ID.’
Johan pula yang melihat kelopak bunga ros merah ditaburkan di atas katil itu sudah dapat mengagak gerangan siapakah yang disuruh oleh Dr. Fazlin untuk membuat kerja seperti itu. Hanya ada seorang sahaja yang bermain di akal fikirannya, tak lain dan tak bukan adalah Rusdi.
Jangkaannya tepat sekali apabila Julia sudah masuk tidur di dalam bilik itu, sedangkan dia tidur di bilik sebelah barulah dia secara senyap-senyap menelefon Rusdi sekadar untuk bertanyakan hal itu.


JULIA sudah selamat sampai di rumah sewanya, kereta Rusdi terus meninggalkannya bersendiri sebelum dia masuk ke dalam rumah. Walaupun baru pukul 10.30 malam, tapi kawasan rumah teres itu sudah sepi.
          Julia membersihkan badan dan berganti baju yang lebih selesa. Kerana sudah sembahyang di pejabatnya tidaklah membuatkan dia kalut untuk solat isyak di rumah. Selalunya begitulah Julia sekiranya dia pulang ke rumah selepas pukul 10 malam.
          Rumah teres dua buah bilik tidur dan satu bilik mandi bagi Julia sudah memadai kerana dia hanya berseorangan sahaja dan sewanya juga berpatutan tidak membebankan.
          Kebosanan berseorangan, Julia membuka laptopnya dan menonton anime Naruto yang diminati dari kecil lagi. Jika dahulu, dia menahan perasaan kerana Mak Longnya tidak membenarkannya menonton tv di rumah banglo itu.
Dengan kemudahan laptop dan internet yang ada, Julia dapat mendownload semua episod cerita Naruto sehingga yang terkini. Minat yang terpendam akhirnya dapat diluahkan. Tidak sedar masa berlalu sehingga Julia tertidur sambil laptopnya masih menyala.


Monday, 6 May 2013

Seindah Cintamu





Bab 26

KINI sudah genap 3 bulan Julia bekerja di syarikat Johan. Ketika itu juga Johan mula berasa kebosanan apabila Julia meninggalkannya sendirian di rumah. Tiada apa yang dapat menarik perhatiannya di rumah itu melainkan apabila hampir dengan habis waktu pejabat, dia mula menyepahkan keadaan rumah. Dia ingin melihat sejauh mana Julia mampu bersabar dengannya.
          Johan menunggu dan terus menunggu sambil memerhati keadaan rumah yang tidak kemas dan berbau busuk itu. Sambil itu, dia menjeling ke arah pintu utama menantikan wajah kesayangannya.
          ‘Kalau aku sayangkan dia, kenapa aku buat macam ni?’ soal hati Johan. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu akan jawapannya.
          Julia yang pulang kepenatan bekerja terkaku melihat rumah yang bersepah dan tidak berkemas. Sejak akhir-akhir ini, dia semakin tertekan dengan tugasnya di pejabat dan tingkah laku Johan yang semakin meregut kesabarannya saban hari.
          Sudahlah di pejabat dia ditekan dari kiri dan kanan, di rumah pula Johan pula membuat perangai. Sabar yang ditahan dari pejabat kini semakin menipis.
          “Kenapa bersepah ni abang?” Julia menarik nafas perlahan-lahan. Dia meletakkan beg kerjanya dan terus masuk ke dapur. Dia meneguk segelas air untuk melegakan perasaannya sebelum mencapai penyapu yang diletakkan di belakang pintu. Penat bekerja seharian bergabung dengan penat mengemas rumah.
          Julia terhenti menyapu bila melihat bekas air milo yang tertumpah sudah kering dan melekit. “Abang buat air milo ke tadi?” Julia masuk semula ke dapur dan mengambil cebisan kain kotor dan baldi kecil. Dia mula mengelap lantai dan membersihkan bekas air mula berbau itu.
          “Erm…” Itu sahaja yang keluar dari mulut Johan yang sedang tekun melihat tv. Julia yang semakin kesabarannya menipis itu terus menutup tv dan berdiri di hadapan Johan.
          “Abang… Jawab leklok tak boleh ke? Mulut ada tapi tak berbunyi. Ni rumah ni kenapa bersepah macam ni? Abang kan tak baca suratkhabar, macam mana boleh bersepah ni? Ju letak elok-elok dalam bakul tu, kenapa abang keluarkan?”
          “Abang bosan. Abang lapar.” Johan menundukkan wajahnya dari memandang anak mata Julia. Dia tak mampu untuk melihat wajah penat dan amarah isterinya apabila dia berbuat demikian. Kalaulah adiknya Dr. Fazlin tahu akan hal ini, mahu berbirat telinganya di pulas oleh adiknya.
          “Haihhh….” Julia hanya memandang Johan yang seakan menikus melihat dia sedang marah. Julia duduk berlutut di hadapan Johan seakan ingin memujuk.
          “Ju masakkan makanan untuk abang.” Julia memegang kepala lutut suaminya dan terus bangun menuju ke dapur. Dia menyimpan penyapu dan membuka peti sejuk untuk mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak.
Nasi putih yang ditanak pagi tadi dipanaskan kembali. Sudah menjadi rutin sebelum pergi kerja, dia akan memasak nasi agar mencepatkan kerjanya untuk memasak apabila pulang dari kerja. Dia tidak seperti isteri-isteri yang bekerja dan hanya lebih gemar untuk membeli makanan di luar. Penat macam mana sekalipun, dia akan tetap memasak sedikit makanan untuk Johan.
          Sedang dia memotong bawang, airmata yang ditahan, menitis jua. Perlahan-lahan mengalir di pipinya. Kejadian di pejabat kembali menjengah di fikiran.

JULIA!!! Kalau begini kerja kau, baik kau tak payah bekerja. Pergi duduk rumah jaga anak.” Terus dia dimaki tanpa dia mengetahui apakah kesalahannya. Mardhiyah turut bangkit dari mejanya dan mendapatkan Julia. Julia mengusap mukanya yang sakit akibat lemparan kertas dari Hazmi.
          “Hazmi, perlu ke kau menengking begitu pada Julia?” Mardhiyah menolong Julia yang sedang memungut segala kertas yang dilemparkan pada Julia.
          “Perlu!!! Sebab dia ni bodoh tak boleh nak diajar. Berapa kali aku ajar pun tetap buat benda yang sama.” Boleh dikatakan suara Hazmi tu satu department boleh mendengarnya tanpa perlu memakai pembesar suara.
          “Hazmi, cakap elok-elok tak boleh ke?” Mardhiyah meneliti setiap helaian report yang dikutipnya tadi. Julia hanya mendiamkan diri menahan malu apabila ramainya mengintai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku itu.
          “Hei, ni kerja kau kan!!! Kenapa kau suruh Julia yang buat?” Mardhiyah pula meninggikan suaranya.
          “Itu memang kerja Hazmi, Mardhiyah. Tapi saya mahu Julia yang buatkan kerja itu bagi pihak Hazmi. Saya berkuasa untuk menyuruh sesiapa yang saya hendakki, bukan? Dan perempuan ni yang saya arahkan dia untuk menyiapkan laporan tu.” Suara perempuan yang sinis dari belakang Mardhiyah.
          “Cik Fika. Tapi sepatutnya Hazmi yang buatkan…”
          “Mardhiyah, seeloknya awak tidak mencampuri segala urusan saya di sini. Lebih baik awak pergi buat kerja awak. Awak jangan ingat suami awak pernah rapat dengan bos, saya tidak boleh pecat awak.” Fika terus memotong kata-kata Mardhiyah.
          “Cik Fika, saya tidak menumpang untuk bekerja di sini di atas tiket keakraban suami saya dengan bos. Tapi perbuatan Cik Fika ni bagi saya tidak professional apabila membuli pekerja perempuan yang Cik Fika tidak suka. Sekalipun Cik Fika mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari saya, tapi Cik Fika tidak berkuasa untuk memecat saya mahupun pekerja lain.
Ini adalah arahan dari Dr. Fazlin sendiri. Sekalipun Dr. Fazlin tidak mencampuri urusan syarikat ini, Cik Fika tetap tidak berkuasa untuk memecat sesiapa pun dalam syarikat ini.” Mardhiyah hanya berkata dengan tenang dan suaranya berbunyi tegas.
          Memerah muka Fika menahan marah terhadap Mardhiyah. “Do you know who am I??!! I am Datuk Khalid’s daughter, my father’s company has partnership with this company. Of course I ada kuasa dalam syarikat ni. I sendiri sangat rapat dengan Puan Sri dan kalau dengan si Faz tu, dia takkan menang jugak kalau Puan Sri sebelahkan I. I adalah calon untuk bakal isteri bos korang. You should show me a respect!!! Kau, jangan ingat ada orang backup kau kuat!!!” Melengking suara Fika menuding jarinya ke muka Julia dan dia terus berlalu pergi.
Entah kenapa dia tidak menyukai kehadiran Julia di syarikat itu. Kecantikan Julia yang menjadi buah mulut pekerja-pekerja lelaki sedikit sebanyak membuatkan hatinya berasa cemburu dan dia inginkan perhatian sebegitu juga. Sekalipun Julia tidak pernah melayan gurau senda pekerja-pekerja lelaki yang gemar mengusiknya, dia tetap berasa Julia tidak selayaknya dilayan sebegitu.
          Julia mengurut dada mendengar suara Fika yang begitu kuat. Hazmi hanya berdiam diri dan Mardhiyah tidak menunggu masa yang lama untuk menghentam Hazmi pula lepas tu.
“Pergi kau pujuk puan bos kesayangan kau tu. Pergi jilat dan sapu najis dia kat tangan kau tu. Memang kata-kata aku ni kasar, tapi kau kena sedar sikit bila bos dah kembali nanti, segala perbuatan kau bukan sorang yang akan laporkan pada bos. Kau patut ingat tu Hazmi.” Mardhiyah mencerlung ke arah mata Hazmi. Hazmi terus mengambil laporan itu dari tangan Julia dan berlalu pergi.
          “Julia, sambung buat kerja kau. Diorang tu memang.” Mardhiyah mengurut lembut bahu Julia. Julia hanya memandang ke arah mata-matanya yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati. Dia hanya duduk perlahan di kerusinya dan apa yang terjadi sebentar tadi tu sebenarnya mengembalikan memori yang hampir terpadam semenjak dia menikah dengan Johan.

ADA tangan yang sedang memeluknya dari belakang sekaligus mengembalikannya kea lam realiti. “Kenapa nangis? Marah kat abang ke?” Terasa sangat kebudak-budakan dari nada suara suamiku.
          “Bukanlah, pedih potong bawang ni. Abang ni kan kalau peluk macam ni selalu Ju suka sangat. Rasa tenang je dalam pelukan abang. Rasa selamat.” Perlahan aku berkata begitu. Entah faham atau tidak, Johan hanya semakin mengeratkan pelukannya di tubuh Julia. Johan tahu apa yang telah berlaku di pejabat tadi.
          Rusdi telah menyampaikan segala cerita kepadanya dan dia turut mengena hentaman dari Rusdi apabila dia hanya berdiam di telefon tanpa sebarang respon.
          “Esok cuti pergi kubur nak?” Tanya Johan perlahan di belakang Julia. Tangan Julia yang kembali memotong bawang itu terhenti bila mendengarkan cadangan dari Johan. Terus dia tersenyum dan mengangguk.
“Erm, abang pergi tengok Conan dulu. Julia nak goreng ayam ni. Abang suka makan ayam goreng kan. Nanti dah siap Ju panggil, kita makan.” Dia meleraikan pelukan Johan di pinggangnya. Jika dahulu, dia sangat geli apabila orang memeluknya atau mencuit di pinggangnya tapi apabila Johan memeluknya dia tidak berasa geli malah dadanya berasa berdebar untuk menunggu perbuatan Johan seterusnya.
Bila Johan pergi meninggalkannya sendirian di dapur, barulah dia menarik nafas lega dan memikirkan sudah lama dia tidak dilayan dengan buruk. Dia sangat bersyukur dengan keadaan begitu dan kembali tersenyum.
‘Lemahkah aku apabila gembira dengan bahagia yang tidak seberapa ini? Apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa apa tu makna ketenangan.’ Bisik hati Julia.

MESEJ yang dihantar kepada adiknya Dr. Fazlin terus mendapat respon segera dan balasannya hanyalah, “SI FIKA TU AWAS.” Nak tergelak dia baca mesej adiknya. Memang sejak kecil lagi Faz tidak mesra dengan Fika dan di mana lebihnya Fika pun dia tidak tahu apabila mamanya beria membela Fika dan akan menyalahkan Dr. Fazlin walaupun bukan dari kesalahannya. Sebab itulah adiknya Dr. Fazlin tidak mesra dan selalu memerli mamanya dengan kata-kata yang pedas.
          Kalau nak di ikutkan kepentingan syarikat, sepatutnya papalah orang yang akan beria-ia untuk menjodohkan Johan dengan Fika tapi dalam hal ini menjadi terbalik pula. Tan Sri Nazirul Fadli tidaklah terlalu mengongkong setiap pilihan anak-anaknya.


sila lah klik di sini... 

Sunday, 13 January 2013

Seindah Cintamu



Bab 23

Julia memulakan kerjanya di bahagian Pengurusan Pengiklanan yang diketuai oleh Encik Rusdi sendiri. Setelah diberi penerangan yang lebih jelas tentang kerjanya barulah Julia memahami lebih mendalam mengenai syarikat tersebut.
          Syarikat N&N merupakan sebuah syarikat besar yang mempunyai beberapa resort dan hotel, membina dan menjual rumah-rumah banglo mewah. Julia melakukan kerjanya dengan sedikit kekok kerana dia tidak mempunyai pengalaman bekerja di bahagian pengiklanan.
          “Ju, boleh ke buat cadangan pasal iklan tadi?” Suara Mardhiyah memecahkan lamunannya. Mardhiyah adalah orang pertama yang diperkenalkan kepadanya oleh Encik Rusdi. Keramahan Mardhiyah membuatkan Julia tidak berasa kekok untuk berganding bahu dengannya.
          “Cadangan iklan tu, Ju masih memikirkannya. Idea tu dah ada cuma Ju masih kekok untuk hasilkannya dalam bentuk grafik.” Jawab Julia perlahan. Dia masih perlu belajar untuk berkomunikasi dengan orang luar.
          “Grafik??? Maksud Ju, Ju nak hasilkan macam design ke? Kalu macam tu Ju guna je adobe photoshop. Just simple saja sebab nanti design tu akan dibuat semula agar lebih cantik.” Terang lagi Mardhiyah agar Julia lebih faham.
          “Ok Mar. Thanks. Nanti Ju tunjukkan pada Mar.” Julia mula tersenyum.
          “Small matterlah. Hahaha.” Mardhiyah kembali ke kerusinya.
          Namun setelah itu, senyuman Julia kembali sirna apabila dia menghadap komputernya dan designnya masih kosong. Dia memandang kiri dan kanan untuk melihat bagaimana orang lain menggunakan adobe photoshop untuk menghasilkan design.
          “Mar.” Julia kembali memanggil Mardhiyah untuk meminta tolongnya.
          “Iya Ju.” Sahut Mardhiyah namun matanya masih melekat pada skrin komputernya.
          “Boleh tolong Ju tak? Ju tak pandailah nak buat adobe ni.”
          “Ju tak pandai nak buat?” Mardhiyah bangun dan mendekati meja Julia.
          “Erm, ni first time Ju kena buat design. Ju tak pernah belajar pon nak buat design ni.” Julia menerangkan keadaan sebenar. Sebenarnya dia sendiri hairan kenapa Encik Rusdi meletakkan dia di bahagian tersebut.
          Mardhiyah sudah membuat muka pelik. “Ju tak biasa guna adobe high version ke? Adobe ni hampir sama je dengan yang version lama cuma makin banyak choices je.”
          “Bukan tu, Ju memang tak pandai guna apa-apa software design. Julia tak belajar design dulu.” Julia memandang wajah Mardhiyah yang mula berkerut.
          “Ju tak belajar design, habis tu Ju belajar course apa dulu?”
          “Ju belajar akaun, pengurusan kewangan.” Julia tidak memandang muka Mardhiyah.
          “Erm, betul orang cakap kan. Tak semestinya apa yang kita belajar dulu, itu yang kita akan kerjakan sekarang. Takpelah Ju, mula hari ni, Ju kena belajar untuk menjadi seorang designer. Hahaha.” Mardhiyah menepuk-nepuk bahu Julia.
          “Boleh ke, macam tak bertauliah je. Hahaha.” Julia kembali tersenyum.
          “Bolehlah, alah design ni senang je. Idea tu yang susahnya. Perlu kreatif dan inovatif. Jangan menciplak yang orang lain dan meniru, itu yang penting. Ok, kalu Ju takde basic design grafik knowledge, Ju guna easy software jela dulu. Belajar guna software design yang mudah dulu.” Mardhiyah memainkan tetikus dan membuka software GIMP.
          Software tersebut hampir sama dengan dengan adobe photoshop cuma ia lebih mudah dan simple sahaja. Langkah permulaan untuk belajar. Mardhiyah mengajar Julia satu per satu untuk melengkapkan satu design yang cantik walaupun hanya menggunakan software GIMP.
          Rusdi hanya memerhati Julia di sebalik tirai pejabatnya. Sambil itu, dia sedang bercakap telefon dengan suami Julia. Melaporkan setiap gerak-geri Julia kepada Johan seperti penyiasat tak bertauliah saja gayanya.
          “Sumpah aku tak teliti elok-elok resume dia masa interview tu. Dah kau suruh aku ambil dia bekerja terus, aku letaklah dia di bawah jabatan aku. Mana aku pandai sangat nak atur-atur pekerja ni.” Rusdi dah sakit perut ketawakan dirinya sendiri yang telah tersalah membuat keputusan.
          “Gila kau, bini aku tu belajar akaun kau pergi letak kat bahagian iklan buat apa. Dah dia belajar akaun, kau agak-agaklah sendiri nak atur department tu. takkan tu pun aku nak suruh. Hahahaha. Nanti dia mesti cerita kat aku bila habis kerja nanti. Hahahaha.” Johan sendiri tak dapat menahan gelihatinya bila mendengar cerita Rusdi.
          “Tulah silap aku ni tak tengok betul-betul resume dia. Kalau ramai pengurus macam aku ni, boleh bankrup syarikat ni. Letak je mana-mana pekerja kat bahagian yang tak sepatutnya. Hahaha. Kesian bini kau, terkulat-kulat dia nak buat kerja tu. Macam mana ni, nak suruh Julia pindah department ke?” Rusdi meminta pendapat dari tuan empunya syarikatnya.
          “Tak payahlah, aku tak nak dia stress dengan kerja kewangan tu. Nanti tu lama-lama bila aku dah masuk kerja balik, aku pindahkanlah dia ke bahagian kewangan. Report kewangan dengan report tender bila kau nak bagi kat aku ni?” Johan mula merindui suasana bekerja di syarikatnya. Sudah lama dia bercuti dan hanya mendengar khabar tentang syarikatnya daripada Rusdi sahaja.
          “Tulah, nanti aku keluar lunch tu aku singgah sekejap kat rumah kau. Apa lagi yang kau nak pesan kat aku ni?” Rusdi mula mengemas barang-barangnya dan membuka almari yang menyimpan fail dan rekod yang diminta oleh Johan. Dia sememangnya seorang yang jujur dan boleh menjalankan amanah dengan baik.
          “Sebelum kau datang sini, kau tolong singgah beli makanan kat aku. Bini aku dah tak boleh nak masakkan aku makan tengah hari dah.” Johan melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mencapai remote control tv. Dia mula kebosanan di rumah apabila berseorangan begitu.
          “Kesiannya bunyi aku dengar. Bos tak makan lagi ke bos? Hahaha. Yelah, nanti aku belikan nasi berlauk. Aku pilih jelah lauk yang sesuai, kaulah ni punya pasal hari ni aku tak boleh nak lunch dengan Mar dah.” Rusdi memandang jam tangannya dan masa rehat sudah mula. Staff-staffnya mula beredar dari situ untuk mengisi perut dan solat zohor.
          “Aku tak kisahlah, janji aku kenyang. Dengan Mar tu bila-bila masa, lain kali pun kau boleh makan sekali kan. Dahlah, bila sampai nanti kau call aku balik. Bye.” Johan telah mematikan talian.
          “Bye.” Rusdi menyimpan telefonnya ke poket seluar. Dia mengepit beberapa fail di celah ketiaknya sambil berdiri di dinding bercermin biliknya.
          Dia mengintai di sebalik tirai dan melihat Mardhiyah dengan Julia sudah tiada di tempat mereka. Mungkin sudah keluar untuk makan tengah hari bersama. Dia terus keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan Johan dan suasana yang sepi menandakan tiada sesiapa lagi di jabatan itu.

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Sunday, 4 November 2012

Detective Conan.... ^^,

kalau dulu, conan ni aku just beli komiknya je... budak2 mane reti nk buke tenet bagai ni kan... then biler dah besar sket masuk sekolah menengah, terpengaruh dgn sailormoon, so aku beralih kepada sailormoon... akulah pengumpul episode sailormoon... hahaha...

tapi sekarang kembali kepada interest yang lama... DETECTIVE CONAN.... sangat bangga dengan line internet yang sgt laju kerana dalam beberapa hari sahaja, aku berjaya mendownload 674 episode detective conan dan 16 movies....




dalam detective conan, aku dah listkan dah watak2 yg suka... of course la aku suka watak ran mouri dan shinichi kudou.... lovely couple tu... tapi nasiblah anime je, kalau tak memang dah taouching giler2 sbb shinichi jadi conan...







dan another watak yang aku tetibe suka dan jatuh cinta ialah okiya subaru... aku x taw camne boleh tersuka ni... tapi maybe sebab dalam episode yang mane Akai shuichi mati tu aku menangis... giler kan, anime je pon... then biler ade satu file dalam manga dedahkan okiya subaru adalah akai shuichi... aku terus jatuh cinta... 











Bourbon ni adalah musuh ketat yang sgt membenci pada Akai Shuichi dan merupakan member baru yang diaktifkan dalam black organization... Bourbon masih tidak percayai pada report kematian Akai Shuichi dan cuba menyamar menjadi scar shuichi untuk mendapatkan maklumat...




aku dah boleh jadi pengurai cerita... hahaha... sbb akai je kot.... hehehehehe.... 

P/s : satu lagi, mungkin aku yang terperasan sendiri... aku tengok akai ni seorang pendiam dan misteri tapi bila jadi subaru, dia jadi peramah dan kelakar... hehehehe.... that's why i like him...


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien


P/s: Oh ya, korang klik kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Thursday, 4 October 2012

Teruskanlah...


Do hearts grow apart if they are separated???? erm... ni ayat aku ambik dari citer detective conan... sejak akhir2 ni aku suke tengok citer detective conan… bukan ape, nak tengok Shinichi dengan Ran jer… hehehe…

          Sebabnya aku mari terfikir… cinta jarak jauh ni bertahan tak??? Aku kadang2 tak yakin jer... hahaha... kalu aku la.... mesti cemburu dengan pasangan yang lain bila kedua2nya ada bersama sedangkan pasangan cinta jarak jauh ni jauhlah kan... hehehehe… kalu berhubung pon mesti dengan telefon dan facebook atau skype…

          Mujurlah ada penghubung begitu, bolehlah jugak pasangan cinta jarak jauh ni berwebcam dengan pasangan dia… tapi aku rasa cinta jarak jauh lebih menguji pasangan cinta ni untuk menjadi seorang yang setia… erm… aku rasa macam tulah kot…

          Bila rindu senyum jelah tengok orang lain… 


yang tudung kelabu hitam tu adik aku... n aku yg bertudung kelabu di tengah2 itu... hehehe...


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien