Tuesday, 24 July 2012

beberapa cerpen dan novel....



   sekarang ni bertungkus lumus untuk menyiapkan projek minat aku iaitu novel dan cerpen... erm... terkadang terfikir jugak, takpe ke biler wat novel or cerpen... aku tulis kisah benar???? fantasi memang fantasi tapi sekarang ni hampir sume buku novel mempunyai jalan cerita yang same...

    so, aku wat kelainan sket dengan menulis kisah benar yang terjadi ke atas aku sperti cerpen sedih dahulu kot, bahagia kemudianlah... terima kasih kpd 'Asyraff' yang selalu menyokong 'Ain' ni untuk terus menulis... heheheh... luv u always...

Berpuasa....

erm... biler masuk jer bulan ramadhan ni kan... boleh nampak perbezaan dari bulan2 yang lain... aku amik contoh kat rumah akulah... x nak amik contoh orang lain... nntikan kena kata lak kang....

kalu bulan lain, lauk atas meja makan tu 1 ataw 2 jenis jer... biasanya sup ayam dengan ikan goreng... tak pon gulai ataw kari pastu sikit sayur...

tapi biler masuk bulan ramadhan ni... mungkin ada bazaar kot nya... setiap kali berbuka amik kau... dekat sepuluh jenis lauk haa... ataw sepuluh pinggan guna nak hidang lauk... hish hish hish... tapi aku jugak kan nak makan nya... heheheh.... pape pon... selamat menyambut ramadhan...

pape pon, kat sini aku nak pesan kepada diri sendiri dan pembaca blog ini jugak... jagalah segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang boleh membatalkan puasa kita... pastu jauhilah segala larangan dan tingkatkan amalan yang diberkati....



Sunday, 22 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 10

Semakin hari, semakin sesak dada Julia untuk terus tinggal di rumah Mak Longnya. Semakin banyak perkara yang terjadi, semakin pedih dan sedih hatinya bila arwah ibunya diungkit-ungkit.
          Julia sudah tak sanggup lagi. Dia semakin tak bersabar untuk menunggu tarikh yang dia keluar dari rumah itu. Selangkah dia keluar, dia takkan datang ke situ lagi. Itulah janji pada dirinya.
          Namun, semakin hampir masanya, semakin banyak yang dilakukan oleh Mak Long seperti tak nak melepaskannya pergi.

Masing-masing semua menjengukkan kepala apabila melihat Encik Rusdi masuk ke pejabat sambil memimpin tangan Encik Johan dan ditemani Dr. Fazlin.
          Mereka berpaling sesama sendiri. Syida sendiri yang melihat, terkejut dengan kehadiran Johan yang diperhatikan seperti tidak waras.
          “Dr. Fazlin, kenapa membawa Encik Johan ke pejabat? Bukankah dia sepatutnya berehat dalam tempoh yang panjang untuk mengembalikan ingatannya.” Berkerut hebat dahi Syida.
          “Memang, tapi saya sengaja membawa abang saya untuk memudahkannya mengingati semula. Dia perlu di bawa ke persekitaran yang pernah dia alami dahulu. Semakin cepatlah proses ingatannya kembali.” Jelas Dr. Fazlin.
“Owh, macam tu. Saya pergi sediakan minuman dahulu ya Dr. Fazlin. Kesian pulak saya tengok bos saya jadi macam tu. Nak sangat dia kembali pulih macam sediakala.” Ikhlas Syida berkata.
          Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya. “Kita semua nak Abang Johan pulih sediakala semula.”
          Syida terus menuju ke pantry untuk menyediakan minuman kegemaran bosnya. Selepas selesai membancuh minuman, dia terserempak dengan Fika di tengah jalan untuk kembali ke pejabatnya.
          “Minuman untuk siapa ni banyak sangat?” tegur Fika menahan Syida dari terus berlalu.
          “Untuk Encik Rusdi, Dr. Fazlin dan Encik Johan.” Ringkas sahaja jawapan syida tapi boleh membuat mata Fika terbeliak. Sebelum sempat Syida berkata lagi, dia terus berlari menuju ke bilik Johan.
          “Encik Johan!!!! Fika datang ni.” Laung Fika kuat-kuat sambil merempuh bilik Johan.         Terpinga-pinga Rusdi dan Dr. Fazlin yang kelihatan sedang berbincang sesuatu.
          “Mana Johan???” tanya Fika sambil memandang Dr. Fazlin. Lurus tangan Dr. Fazlin menunjukkan ke arah Johan di atas lantai yang sedang ralit bermain dengan toys di tangannya.
          Terkedu Fika seketika melihat keadaan Johan begitu. Terdiam dia memandang wajah Dr. Fazlin yang terangguk-angguk. Perlahan-lahan dia mendekati Dr. Fazlin dan Rusdi yang sedang duduk di sofa.
          “Tak baik lagi ker???” soal Fika, bertaut keningnya.
          Dr. Fazlin hanya menggelengkan kepalanya dan menundukkan kepala. Fika tersenyum hambar. Dia memandang sekilas ke arah Johan. Dia tidak tahu, dalam diam Johan memerhatikan tingkah lakunya. Kemudiannya, Dr. Fazlin meminta diri setelah menerima panggilan dari hospital.
          “Encik Rusdi tolong jagakan abang saya, ya. Nanti saya datang semula ambik dia. Saya pergi dulu.” Pesan Dr. Fazlin. Sebelum dia berlalu, sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi abangnya.
          “Fika, kamu takde kerja kan sekarang ni??? Kalu tak, saya nak mintak tolong sesuatu.”
          “Sekarang ni memang takde. Nak mintak tolong apa?”
          “Tolong bawakan Johan melihat kawasan sekeliling di sini. Kata Dr. Fazlin, tu satu terapi untuk membantu supaya Johan mengingati semula. Tolong ya. Saya ada appointment sebentar lagi.” Terus Rusdi meninggalkan Fika yang termangu-mangu dengan arahannya.
          ‘Kenapa aku pulak yang kena jaga dia ni? Menyampah aku. Baik kau mati terus masa accident. Tak menyusahkan hidup aku. Hisy… geramnya aku.’ Monolog Fika sendirian. Tangannya laju menunjal-tunjal kepala Johan.
          Panas hati Johan dengan kelakuan Fika. Kalau tak mengenangkan yang dia nak menguji orang sekelilingnya, sudah lama Fika ditengkingnya. ‘Melampau betul minah ni. Bapak aku sendiri pun tak pernah tunjal kepala aku. Siap kau selepas semua ni selesai.’ Gerutu hati Johan.
          Johan masih meneruskan lakonannya dan bermain dengan permainan yang dipinjam dari Dr. Fazlin. Kadang-kadang seronok juga kalau dapat jadi budak-budak semula.
          Terus Fika menarik tangan Johan supaya bangun dan berdiri. Dia mengheret Johan keluar.
          “Rusdi dah pergi ke, Syida???”
          “Sudah, Cik Fika.”
          Dia terus menarik Johan ke pantry. Pekerjaan seperti itu dilakukan dengan tidak ikhlas. Dia membawa Johan ke jabatannya. Dia terus menyuruh anak buahnya menjaga Johan sementara dia hendak berehat di dalam biliknya.
          “Kesian Encik Johan. Tak baik betul Cik Fika buat macam tu. Masa sihat bukan main lagi menggatal. Bila Encik Johan sakit, buang sampah.” Marah salah seorang anak buah Fika.
          Johan yang melihat sudah tersenyum di dalam hati melihat gelagat pekerja-pekerjanya sudah duduk mengelilinginya. Ada yang mencuit-cuit mukanya. Cepat-cepat dia menepis sambil merengus.
          Lagaknya memang seperti budak berusia 5 tahun. Bila ada pekerjanya merampas barang mainannya, dia akan membentak-bentak kakinya.
          Barulah dia tahu bagaimana pekerja-pekerjanya bekerja semasa ketiadaan atau dia tidak sempat memantaunya. Gosip-gosip hangat dijadikan senaman mulut sebelum memulakan kerja masing-masing.
          Dia juga dapat tahu, terutamanya staf-staf perempuan, lebih banyak berborak daripada menghabiskan kerja yang memang tak pernah habis. Dia mengeluh perlahan.
          Baru sehari dia berada di pejabat, dia sudah melihat muka-muka sebenar orang sekelilingnya yang selama ni bertopeng dengannya terutamanya Fika. Memang dia sudah duga tapi dia tak sangka sampai begitu sekali kebencian Fika terhadap dirinya.
          Sakit hatinya bila mengetahui semua ini. Nak tercabut jantungnya bila mengenangkan perbuatan Fika tadi.
          Dia lantas bangun dan meninggalkan tempat itu. Dia berjalan merayau-rayau melihat sekeliling. Namun, dia tak pernah lupa watak yang sedang dibawanya.
Johan naik ke rooftop, tempat biasa di mana dia sering mencari ketenangan dan kelapangan di pejabat.
          Dia merenung jauh, sejauh-jauhnya dari dunia reality masuk ke dunia fantasi. Terdetik hatinya, ada ke orang yang sanggup menerima dirinya dengan keadaan macam ni. Macam orang yang terencat akal jer lagaknya.
          Dia memandang kereta mainan anak saudaranya. Dia merenung lagi dan terus mengelamun tanpa menyedari semua orang sedang kalut mencarinya di bawah.
          Sedar tak sedar, dia mengelamun hingga ke tengah hari. Hari itu, cuaca mendung sebab itulah dia tidak menyedarinya. Johan melangkah masuk, melambung-lambung mainan.
          Dia melihat Fika merenung tajam ke arahnya sambil bercekak pinggang. Mukanya sudah memerah dengan mata membulat.
          “Tak padan dengan sakit… kau ke mana, hah??? Tak reti duduk diam ke kat ofis tadi, hah???” Fika terus menengking Johan. Johan hanya membuat wajah keanak-anakannya seperti tidak memahami apa yang sdang berlaku ketika itu.
          “Cik Fika, biar saya yang menjaga Encik Johan.” Sampuk Syida yang sudah marah dengan perbuatan Fika yang melampau itu. Dia menarik tangan Johan supaya ke mejanya.
          Fika hanya mendiamkan diri. Dia merengus dan terus meninggalkan tempat itu. perutnya yang lapar harus segera diisi.
          Syida telah meminta rakan sekerjanya membelikan makanan untuknya dan juga Johan. Tersentuh hati Johan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Syida. ‘Bertuah suaminya dapat perempuan sebaik dia.’ Getus hati Johan.
          Dia mula memikirkan ganjaran yang akan dihadiahkan kepada pekerja yang dedikasi. Dia sudah dapat jawapannya siapa yang layak. Dia tersenyum sendirian. Dia tidak sedar perlakuannya diperhatikan.
          Syida hanya mengeluh perlahan. ‘Kena tengking pun, dia masih boleh senyum-senyum lagi. Betullah dia tak siuman sekarang. Kesian Encik Johan.’ Syida bermonolog sendiri.
          Marah benar Syida pada Fika sebentar tadi, kalau tak nak menjaganya sekalipun janganlah menengking sebegitu rupa. Terkulat-kulat dia melihat Johan berdepan dengan perangai singa Fika itu.
          “Nasib baik Encik Johan tak sihatkan. Kalu tak, saya yakin sangat pasti Encik Johan ganyang dah Cik Fika tu kan.” Usul Syida kepada Johan yang sedang bermain. Johan membuat muka seperti tidak faham maksudnya.
          Tercetus ketawa Syida yang melihat. “Encik Johan cepatlah sembuh. Saya dah tak sanggup nak berdepan dengan perangai Cik Fika tu. Ikut suka hati dia aje nak menengking. Encik Rusdi pun kadang-kadang kena tengking. Ada Encik Johan, tak pulak dia begitu.” Adu Syida sambil meneruskan kerjanya.
          Johan yang mendengar sudah terdiam seribu bahasa. ‘Perempuan tu memang pandai berlakon. Boleh memenangi pelakon terbaik kalu masuk bertanding.’ Getus hati Johan sambil memandang sekeliling.
          Suasana ketika itu sungguh sepi kerana semua staf sudah keluar untuk makan tengah hari kecuali dia dan Syida, seorang setiausaha yang setia dengannya.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Sunday, 8 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 9

Heboh satu syarikat mengatakan Johan telah mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kedah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya.
          “Weh, betul ker Encik Johan accident??? Dah tu camne keadaan dia sekarang?” soal seorang pekerja perempuan kepada Syida sambil menjengukkan kepalanya kerana pemisah meja staf terlalu tinggi.
          “Ya, sekarang ni Encik Johan dalam ICU, kata Encik Rusdi lah. Kritikal lah jugak keadaannya.” Jelas syida.
          “Owh, macam tu. Kesian Encik Johan.”
          Syida hanya menganggukkan kepala dan menyambung kerjanya semula.

Selepas dua bulan kemudian…
          “Kesian Encik Johan kan. Aku dengar dia sekarang dah tak ingat apa-apa tau. Perangai dia pun dah berubah menjadi sebijik macam budak-budak.” Gossip mula menular dalam kalangan pekerja perempuan.
          “A’ah lah. Aku ada dengar jugak adik Encik Johan, Dr. Fazlin, bagitau kat Encik Rusdi yang bos jadi macam tu disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian kepala ketika accident.” Sampuk seorang lagi pekerja perempuan.
          “Aku harap bos kita tu cepat baiklah kan. Kesian pulak tengok dia jadi macam budak-budak. Tak ingat pape pulak tu.”
          Perbualan mereka terhenti apabila terdengar orang berdehem dari arah belakang mereka. Rupa-rupanya Encik Rusdi yang turut terdengar perbualan itu.

Selepas habis waktu pejabat, Rusdi terus singgah di rumah Johan untuk melaporkan kejadian hari itu.
          “Separuh dari pekerja kau harapkan kau cepat sembuh, separuh lagi nakkan kau lambat sembuh.” Rusdi sudah tersengih-sengih memandang Johan.
          Johan hanya berwajah tenang. “Aku dah agak perkara ni. Jadi bila kau cakap macam ni, aku dah tak heran.”
          “Di, aku nak kau bawa aku ke pejabat esok. Aku nak tengok reaksi pekerja-pekerja aku tu bila berdepan dengan aku yang sakit ni.”
          “Boleh, no hal. Oklah, aku mintak diri dululah.” Johan mengangkat tangannya kepada Rusdi.
          Rusdi sempat berpaling. “Fika ada melawat tak sejak kau admitted???”
          Johan hanya menggelengkan kepalanya. Sama seperti yang dia telah bayangkan sebelum ini. Dr. Fazlin pula, walaupun hanya berlakon tetap mengambil serius tentang ‘penyakit’ abangnya.
          Pernah dia menyuruh dan memaksa abangnya mengambil ubat sebenar yang dibawa pulang dari hospital. Memang kerja gila…

Johan duduk bersantai di balkoni biliknya. Selepas heboh peristiwa kemalangannya, adiknya telah berpindah ke rumahnya bersama keluarga. Kononnya untuk menjaga dan mengembalikan ingatannya.
Papa dan mama pun turut diberitahu tentang perkara ini. Serta-merta mereka pulang dari menjelajah Eropah. Namun hanya sbentar sahaja selepas memastikan Johan tak apa-apa dan Dr. Fazlin yang menjaganya. Mereka kembali semula ke UK untuk menguruskan syarikat mereka di sana.
          Jiwanya terasa lapang sedikit apabila tidak menerima panggilan yang bukan-bukan daripada Fika semenjak dia accident lagi. Dia sudah tahu apa yang diinginkan oleh Fika dari dirinya.
          Namun begitu, jauh di sudut hatinya, dia berharap ada seseorang yang ikhlas dan boleh menerima dirinya dalam keadaan begitu. Dia dah memberitahu kepada Dr. Fazlin yang dia ingin melakonkan watak itu sehingga dia menjumpai orang seperti itu.
          Melongo Dr. Fazlin dibuatnya. Pada mulanya Dr. Fazlin sangat tidak setuju dan membangkang idea tersebut. Tapi selepas puas memujuk dan merayu, akhirnya Dr. Fazlin juga bersetuju. Cuma apa yang akan terjadi andai rahsia ini pecah terburai, Dr. Fazlin tak mahu dirinya dipersalahkan.
          Dia memandang di dada langit yang penuh dengan bintang-bintang berkelipan terang. Dia mengusap di belakang tengkuknya. Sayup-sayup kedengaran pintu biliknya diketuk.
          “Masuklah.” Kuat suara Johan.
          Dr. Fazlin terus masuk ke dalam bilik abangnya. “Abang… Abang tengah buat apa?? Faz mengganggu tak ni???”
          Johan menggelengkan kepalanya dan menyuruh adiknya duduk di sebelahnya. “Kenapa tak tido lagi? Kata esok keje…” Johan memandang wajah lesu adikmya.
          Bukan dia tak tahu kenapa adiknya begitu. Sejak mereka tinggal bersama, barulah Johan mengetahui keadaan Dr. Fazlin jika suaminya tiada kerana outstation lama ke luar negara.
          “Tak boleh tidolah abang. Faz bukan macam Izwan, senang nak tido.”
          “Eleh, macamlah abang tak tau kenapa. Tak ada bantal peluk kat sebelahkan, kan, kan…” meleret senyuman Dr. Fazlin. ‘Agaknya Aiman mendodoikan dia tido tak???’ hati Johan berkata-kata.
          “Abang, Faz nak tanya sikit. Kenapa sampai macam ni sekali abang buat hanya untuk mengetahui kejujuran dan keikhlasan orang terhadap abang??? Apa yang abang dapat dari semua ni?”
          Johan mengeluh perlahan-lahan. Melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.
          “Kerana abang tau, selama ni orang hanya bertopeng dengan abang. Abang langsung tak dapat tengok wajah sebenar diorang. Faz nak tau apa yang abang akan dapat dari semua ni???” Dr. Fazlin terus menganggukkan kepalanya.
          “Seorang isteri.” Ringkas dan bersahaja kata-kata yang terlontar keluar dari mulut Johan.
          “Tapi bukankah itu hanya lahir dari perasaan simpati???”
          “Sebenarnya tak. Tu bukan simpati sebenarnya tapi ikhlas dari dalam hati. Bila ‘dia’ ikhlas dan dapat terima diri abang yang ‘sakit’ ni, ‘dia’ akan menjaga diri abang dengan penuh baik. Malah perasaan sayang dan cinta jauh lebih dalam dari pasangan kekasih biasa.” Jelas panjang lebar Johan kepada adiknya.
          “Habis tu, kenapa orang selalu kata simpati bukan cinta???” soal Dr. Fazlin pelik malah keningnya sudah bertaut.
          “Hai Dr. Fazlin. Takkan benda-benda macam ni pun tak tau… Cikgu tak ajar ke masa sekolah dulu.” Usik Johan sambil mencubit lembut pipi adiknya. Sudah lama dia tak dapat untuk bermanja-manja dengan adiknya semenjak adiknya sudah berumahtangga.
          Dr. Fazlin mengusap pipi yang sedikit perit kerana cubitan abangnya. Walaupun nampak perlahan tapi sakitnya tetap terasa. “Abang jangan nak mengarutlah. Mana ada benda-benda macam ni cikgu ajar. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Terus Dr. Fazlin menarik muka masam.
          Johan tergelak melihat telatah adiknya yang begitu mencuit hati. “Abang bagi pendapat abang. Kalu orang lain nak kata apa, tu diorang punya pasallah. Selagi hati abang teguh dengan pendapat abang, tak ada sape dapat mengubahnya tau.”
          Dr. Fazlin hanya membuat wajah selamba. Dia tahu prisip hidup abangnya yang tak mudah mengalah selagi kata hati dipercayai.
Kemudian, dia meminta diri untuk masuk tidur kerana hari semakin jauh malam. Namun, sebelum keluar dari bilik, dia sempat berpaling melihat abangnya duduk mengelamun jauh.
          Dr. Fazlin berharap abangnya mendapat apa yang telah diharapkan selama ini sebalik lakonan semua ini. Dia tak mahu abang kesayangannya sedih dan kecewa. Sedangkan berlakon pun, dia sudah separuh mati merisaukan akan abangnya.
          Berkali-kali juga Johan mengingatkannya bahawa semua ni hanya lakonan semata-mata.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Seindah Cintamu



Bab 8

Julia memandang langit yang cerah dengan bintang yang banyak bertaburan. Kebiasaannya setiap malam, hujan akan turun membasahi bumi Allah ini. Julia memandang lagi dengan penuh kekaguman kepada pencipta-Nya.
          Jika bumi sering kali ditimpa hujan, apatah lagi hidup manusia yang selalu ditimpa musibah dan ujian. Itulah kata-kata yang sering dimotivasikan kepada diri sendiri. Julia sering mengharapkan sebalik kejadian yang menimpa dirinya, akan ada seribu hikmah di sebaliknya.
          Mungkin dia di uji sebegini adalah untuk membina ketabahan yang kuat dalam dirinya supaya dia dapat menghadapi sebarang rintangan yang akan datang kelak. Julia juga sering kali berharap agar suatu hari nanti, dia akan mencapai kebahagiaannya yang tak pernah dirasai lagi selepas kematian kedua orang tuanya.
          Julia akan tersenyum setiap kali teringatkan arwah ibu dan ayahnya. Kerinduan yang ditanggung tak pernah berkurangan, sebaliknya semakin bertambah dan akan terus bertambah.
          ‘Tak lama lagi, aku akan bertemu dengan adikku. Adik, tunggu kakak datang tau. Kakak nak sangat peluk adik erat-erat. Macam-macam kakak dah rancang bila kita dapat bersama nanti. Kakak harap adik turut merindui kakak.’ Julia bermonolog sendirian.
          Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Julia menyapu lembut airmata di pipinya. Sesungguhnya kerinduan kepada ayah dan ibunya jua tidak tertanggung. Dia tak dapat menunaikan pesanan arwah ayahnya supaya dia menjaga adiknya dengan baik.
          Namun dia berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan meninggalkan adiknya lagi selepas ini.

“Julia!!!!!!!” Julia tersentak dengan suara Mak Long yang lantang. Dia terus berlari keluar dari biliknya.
          “Ada apa Mak Long????”
          “Ada apa??? Kau tanya aku ada apa. Patutnya aku tanya kau, apa ni??!!” Mak Long terus mencampak sekeping sampul surat dan jatuh di atas kaki Julia. Julia mengambilnya dengan tanda tanya.
          ‘Surat apa ni.’ Soal hati kecil Julia. Dia mengoyakkan surat tersebut dan membacanya. Terkejut dia, surat itu menuliskan yang dia diterima bekerja di syarikat N & N Holdings.
          Muka Julia sudah pucat memandang wajah bengis Mak Longnya. “Ju tak tau Mak Long. Ju betul-betul tak tau…” betul sempat aku menerangkan hal sebenar, sebiji penampar singgah ke mukaku.
          “Dah pandai menipu kau sekarang ni nya. Kau ingat kau boleh bebas macam tu aje lepas ni. Hei, Julia!! Kau dengar sini. Aku tak akan izinkan kau bahagia dan kau akan terus merana, derita sepanjang hidup kau.” Mak Long terus masuk ke biliknya. Berjurai airmata Julia bila mendengar kata-kata Mak Longnya.
          ‘Apakah dendam Mak Long terhadap ibu. Ibu langsung tidak membuat salah dengan Mak Long. Tapi Mak Long selalu memaki hamun ibu.’ Rintih hati kecil Julia. Dia benar-benar dah tak sanggup lagi untuk terus tinggal di situ.
          Perlahan-lahan dia masuk ke bilik dan memeluk erat sampul surat tersebut. Dia akan gunakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepadanya apabila dia dapat keluar dari situ.
          ‘Sampai hati Mak Long buat Ju macam ni. Bukan ke Ju ni anak sedara Mak Long. Darah daging Mak Long.’ Teresak-esak Julia melepaskan tangisan sendu pada malam itu.

Johan menekan loceng rumah adiknya berkali-kali walaupun Dr. Fazlin pernah berpesan supaya tekan sekali sahaja.
          “Ye, ye dah datang ni. Sabar-sabar.” Sahut suara perempuan dari dalam rumah. Dia tahu itu suara adiknya. Pintu dah dibuka.
          “Abang nikan, orang dah pesan berkali-kali. Tak dengar jugak.” Marah betul Dr. Fazlin pada abangnya.
          “Hai Man.” Sapa Johan bila melangkah masuk ke rumah adiknya. Dia melihat Dr. Aiman sedang bermain dengan anaknya.
          “Tak keje ke?” tanya Johan.
          “Tak. Hari ni off. Nak luangkan masa dengan family lah katakan. Asyik keje jer, nanti ada orang merajuk. Dia sibuk takpe, jangan kita sibuk sudah.” Dr. Aiman hanya menjeling ke arah Dr. Fazlin yang sudah tersengih-sengih bila mendengar suaminya menyindir.
          “Orang tu, memang Man. Dia boleh, orang lain tak boleh.” Johan terus menyampuk sebelum Dr. Fazlin berkata.
          “Dah, dah. Kalu nak kenakan orang tak pernah lepaskan peluang ye. Sayang nie… Abang datang nak apa? Nak tanya pasal hari tu ke?” Dr. Fazlin memulakan perbualan dengan abangnya.
          “Ya, abang nak tanya detail sikit pasal tu dengan Faz. Lagipun, abang nak Faz dengan Man tolong abang seperkara. Tapi sebelum tu Faz jelas dengan detail dulu pasal penyakit tu.” Johan memandang wajah adiknya dengan penuh harapan.
          Pada mulanya, berkerut juga dahi Dr. Fazlin tapi dia hanya tersenyum. “Baiklah, penyakit tu sebenarnya dipanggil….” Dr. Fazlin mula menerangkan lebih jelas kepada abangnya. Suaminya di sebelah turut mendengar penerangan itu, sesekali dahi Johan berkerut.
          Johan mula memahami sedikit demi sedikit tentang watak yang bakal dilakonkan olehnya.
          “Kalu macam tu, Faz dan Man tolonglah cover sikit-sikit pasal abang tu. Dan Faz pulak yang bertanggungjawab kononnya untuk merawat abang selepas abang sakit.” Johan telah meminta bantuan adiknya bagi menjayakan lakonannya nanti.
          “Habis tu, syarikat nanti macam mana???” Dr. Fazlin berkerut hebat. Sedikit sebanyak dia risau dengan rancangan gila abangnya itu.
          “Takpe, hal tu abang dah settle pun. Abang dah mintak tolong dengan Rusdi. Dalam hal ni, abang, Man, Faz dan Rusdi jer yang tau. Orang lain tak boleh tau, ok??” pesan johan pada adik dan iparnya.
          “Ok…” jawab Dr. Fazlin dan Dr. Aiman serentak. Mereka berdua memang sehati sejiwa.
          “Rancangan ni kita mulakan pada minggu depan…” Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Seindah Cintamu



Bab 7

Johan membuka flip handphonenya dan terus menelefon adiknya sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabatnya. Selepas beberapa kali deringan barulah kedengaran suara orang menyambut panggilan tersebut.
          “Helo.” Johan memulakan perbualan.
          Diam seketika.
          “Faz, abang nak tanya. Penyakit apa yang dia tak ingat apa-apa dan berwatakan seperti budak-budak tu?”
          Diam lagi. Kali ni lebih lama.
          “Owh… Dah tu ada ubat tak?”
Diam sebentar.
“Oklah kalu macam tu takpelah, nak tanya tu jer. Bye.” Johan terus menutup flip handphonenya. Dia terus menyambungkan kerja-kerjanya. Kalau boleh dia mahu semuanya selesai sebelum akhir bulan ini.
Dia menekan intercom. “Syida, suruh Rusdi datang ke bilik saya. Segeranya.”
Tak lama kemudian, dia mendengar orang membuka pintu biliknya. Tersembul muka Rusdi dan terus melangkah masuk.
Ada apa kau panggil aku?”
“Aku nak kau uruskan projek resort di Cherating tu. Ni fail dia.” Johan menghulurkan sebuah fail berwarna biru muda. Sempat juga Rusdi membelek dua tiga muka.
“Kenapa? Bukan kau ke yang uruskan projek ni. Lagipun ni kan projek besar. Hish, tak berani aku.” Rusdi menggelengkan kepalanya.
Ala, kau uruskan ajelah. Nanti-nanti aku pantaulah. Bulan depan aku takde dah kat sini.”
Terangkat kening Rusdi. “Kau nak pergi mana?”
Holiday.” Sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Johan. Rusdi yang memandang semakin hairan.
“Kau ni macam tak sihat je aku tengok. Dah makan ubat ke belum?”
“Ya, aku sakit. Tak taulah bila nak sembuh. Ubat bukannya ada kat hospital.”
“Weh, kau cakap apa ni. Jangan main-main macam mana.” Kalut Rusdi dibuatnya.
Johan ketawa berdekah-dekah melihat kekalutan kawannya itu. Rusdi yang merasakan dirinya dipermainkan mula menarik muka.
“Sayang jugak kau kat aku ni ya.” Johan masih lagi ketawa.
“Dahlah tu, cakaplah cepat.” Marah Rusdi.
“Takdelah, aku saje jer tu. Tu baru kau tau. Nanti aku nak test semua orang dengan penyakit aku. Aku nak tengok sape yang betul-betul ikhlas dengan aku.” Terang johan penuh.
“Aku tak paham la maksud kau ni. Penyakit apa pulak ni?”
“Aku nak menyamar jadi budak-budak dan hilang ingatan. Adik aku, Faz, nak tolong aku. Tapi kau jangan cakap kat sape-sape tau. Kalu tak…” Johan memberi amaran sambil menggenggam tangannya.
“Woi, kau ingat aku ni teruk sangat ker, hah? Kita kawan kan dah lama. Takkan kau tak percayakan aku kot.” Rusdi mula menarik muka.
“Aku percaya kat kau tapi kau tu selalu sangat tersasul bagitau kat orang.”
Rusdi terus berpaling dan bertenggek di meja Johan. “Aku taulah aku ni sape. Tapi mana ada aku bocorkan rahsia kau.”
“La, nak touching-touching kat sini pasal apa pulak. Yelah-yelah, kaulah kawan aku dunia akhirat.”
“Nasib baik aku senang dipujuk tau. Weh, adik kau nak buat macam mana?”
“Ntahlah, aku pun tak tau. Kau tunggu jelah. Dah, keluar. Tu jer yang aku nak bagitau.”
“Eleh, menyampah aku.” Rusdi terus membuka pintu dan keluar sebaik sahaja berkata.
Sebenarnya Johan sudah dapat membayangkan penerimaan orang ramai, akan ada tembelang yang pecah nanti. Dia yakin, segala layanan yang diberikan adalah palsu semata-mata, terutamanya Fika. Dia tersenyum lagi.
Dia sempat membayangkan gossip-gosip hangat yang akan diperkatakan tentang dirinya. Malah dia sendiri tak dapat bayang watak yang akan dilakonkan, entah jadi entah tak.
Dia hanya mengeluh perlahan. Dia sudah penat dengan perangai dan ragam manusia yang hanya palsu semata-mata.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz2u.com/id=fastlien

Wednesday, 4 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 6

Julia sudah mula mengemas rumah pada awal pagi. Kadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya, ‘Tak bangun solat subuh ke orang dalam rumah ni??’ Kebiasaannya, pada jam 8 pagi barulah rumah itu bising dengan suara-suara orang.
          “Awalnya Ju bangun.” Tegur Azman yang sedang berdiri di tepi tangga. Julia hanya buat wajah selamba.
          “Aik, takde mulut ke nak jawab. Ke nak suruh Azman report kat mak??” ugut Azman apabila Julia tidak membalas sapaannya tadi.
          “Orang dah bangun subuh lagi. Tak sambung tidur dah lepas solat subuh.” Balas Julia sambil menekan ‘solat subuh’ supaya Azman terasa tersindir. Dia tahu Azman bukan seorang yang patuh pada suruhan agama. Solat jumaat pun tak buat apatah lagi solat subuh.
          Azman hanya tersengih-sengih kerang busuk. “Ju, sarapan dah buat?” soal Mak Long dari belakang Azman.
          Ju segera menjawab. “Dah Mak Long. Hari ni Ju buat nasi lemak. Ada dalam tudung saji.” Kalau mood Mak Longnya tak elok, pagi-pagi hari lagi Julia dah kena sumpah seranahnya.
          Azman mengekori maknya ke dapur. “Mak, kalu lepas ni Ju takde dah, mak nak buat macam mana.” Maknya yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan terhenti.
          “Nak buat macam mana apa? Tak faham mak, buat apa…???.” Berkerut dahi Mak Long menjawab.
          Azman hendak berkata sesuatu tapi yang lain keluar dari mulutnya. “Yelah, selama ni kan Ju tu orang gaji kita. Dah, kalu dia takde, macam mana?”
          “Biarlah. Mak ambik orang gaji baru. Apa nak susahnya. Dah makan” Mak Long menyua pinggan yang disedukkan nasi ke Azman. Azman hanya mendiamkan diri sahaja.
          “Hah, bila nak pergi nanti?” tanya Mak Long kepada Azman.
          “Petang ni. Esok dah mula keje. Tak dapat cuti panjanglah mak.”
          “Hmm……” jawab Mak Long sambil menyuapkan nasi ke mulut.

Lega hati aku bila si Azman tu dah pergi, getus hati Julia. Julia sendiri tak tahu macam mana lagi nak mengelak dari Azman bila dia ada rumah itu. Dia juga tahu kenapa layanan Azman berubah daripada teruk kepada baik, kerana dirinya yang sudah dewasa dan jelita.
          “Hah, apa yang tercegat lagi. Keje rumah abis buat??” soal Mak Long tiba-tiba. Julia hanya menganggukkan kepalanya. Mak Long terus masuk ke dalam rumah selepas Azman berlalu pergi dengan keretanya.
          Julia baru berpaling untuk masuk ke dalam rumah, dia terdengar orang memberi salam. Dia segera menjawab salam yang dihulurkan.
          “Mak Long, Mak Mah datang.” Laung julia memanggil Mak Longnya.
          Mak Long segera keluar dan tersenyum hambar memandang ke arah Mak Mah.
          “Ada apa Mah datang ke mari?” soal Mak Long acuh tak acuh.
          “Bukan saje datang, ingat nak berbual-bual dengan Julia ni. Boleh ya Nab?”
          “Hmm…. Yelah, aku izinkan.”
          Terus tangan Julia ditarik menuju ke rumahnya. Bercakap di rumah itu takut-takut pula diintip nanti. Menonong Julia dibuatnya mengikut Mak Mah.

Julia melangkah masuk ke dalam rumah Mak Mah, dia ternampak Pak Din sedang membaca suratkhabar di bangku yang mengadap kolam ikan buatan itu.
          “Assalamualaikum, Pak Din.” Tegur Julia. Pak Din menjawab salamnya dan menyuruh Julia duduk di bangku depannya.
          “Lama tak nampak Ju. Dengar kata Ju tengah cari keje. Ju nak cari keje apa?” tanya Pak Din sambil menutup suratkhabar sedang dibaca. Berkerut dahi aku, ‘keje apa pulak yang aku cari???’ Julia memandang Mak Mah  yang sedang menatang dulang dan dia segera menyambut dulang tersebut.
          “Hari tu, masa Mak Mah cari Ju, Azreen kata Ju takde sebab tengah cari keje. Jadi Mak Mah bagitau kat Pak Din kau ni. Manalah tau kami boleh tolong Ju cari keje yang Ju nak.” Jelas Mak Mah bila melihat kerutan di dahi Julia.
          Sebak hati Julia mendengarkan itu, ‘kenapa darah daging sendiri tak sebaik ini kepadaku melainkan mahu melihat airmatanya mengalir sahaja.’ Desis hati Julia. Dia tahu kenapa Azreen berkata demikian kerana dia tak keluar rumah sebab badannya yang lebam-lebam.
          “Takpelah Mak Mah, Pak Din, biarlah Ju buat sendiri. Menyusahkan pulak Ju ni kan.” Gelak aku perlahan menahan hati.
          “Mana susahnya, Ju tu kami dah anggap macam anak sendiri tau.” Pak Din memandang Mak Mah dan memandang aku semula. Aku menganggukkan kepala. Aku faham niat Pak Din, tapi aku dah ‘terbiasa berdikari’. Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis dan terserlah lesung pipit di pipi kiri.
          Mereka minum petang tanpa sebarang gangguan.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien