Sunday, 8 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 9

Heboh satu syarikat mengatakan Johan telah mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kedah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya.
          “Weh, betul ker Encik Johan accident??? Dah tu camne keadaan dia sekarang?” soal seorang pekerja perempuan kepada Syida sambil menjengukkan kepalanya kerana pemisah meja staf terlalu tinggi.
          “Ya, sekarang ni Encik Johan dalam ICU, kata Encik Rusdi lah. Kritikal lah jugak keadaannya.” Jelas syida.
          “Owh, macam tu. Kesian Encik Johan.”
          Syida hanya menganggukkan kepala dan menyambung kerjanya semula.

Selepas dua bulan kemudian…
          “Kesian Encik Johan kan. Aku dengar dia sekarang dah tak ingat apa-apa tau. Perangai dia pun dah berubah menjadi sebijik macam budak-budak.” Gossip mula menular dalam kalangan pekerja perempuan.
          “A’ah lah. Aku ada dengar jugak adik Encik Johan, Dr. Fazlin, bagitau kat Encik Rusdi yang bos jadi macam tu disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian kepala ketika accident.” Sampuk seorang lagi pekerja perempuan.
          “Aku harap bos kita tu cepat baiklah kan. Kesian pulak tengok dia jadi macam budak-budak. Tak ingat pape pulak tu.”
          Perbualan mereka terhenti apabila terdengar orang berdehem dari arah belakang mereka. Rupa-rupanya Encik Rusdi yang turut terdengar perbualan itu.

Selepas habis waktu pejabat, Rusdi terus singgah di rumah Johan untuk melaporkan kejadian hari itu.
          “Separuh dari pekerja kau harapkan kau cepat sembuh, separuh lagi nakkan kau lambat sembuh.” Rusdi sudah tersengih-sengih memandang Johan.
          Johan hanya berwajah tenang. “Aku dah agak perkara ni. Jadi bila kau cakap macam ni, aku dah tak heran.”
          “Di, aku nak kau bawa aku ke pejabat esok. Aku nak tengok reaksi pekerja-pekerja aku tu bila berdepan dengan aku yang sakit ni.”
          “Boleh, no hal. Oklah, aku mintak diri dululah.” Johan mengangkat tangannya kepada Rusdi.
          Rusdi sempat berpaling. “Fika ada melawat tak sejak kau admitted???”
          Johan hanya menggelengkan kepalanya. Sama seperti yang dia telah bayangkan sebelum ini. Dr. Fazlin pula, walaupun hanya berlakon tetap mengambil serius tentang ‘penyakit’ abangnya.
          Pernah dia menyuruh dan memaksa abangnya mengambil ubat sebenar yang dibawa pulang dari hospital. Memang kerja gila…

Johan duduk bersantai di balkoni biliknya. Selepas heboh peristiwa kemalangannya, adiknya telah berpindah ke rumahnya bersama keluarga. Kononnya untuk menjaga dan mengembalikan ingatannya.
Papa dan mama pun turut diberitahu tentang perkara ini. Serta-merta mereka pulang dari menjelajah Eropah. Namun hanya sbentar sahaja selepas memastikan Johan tak apa-apa dan Dr. Fazlin yang menjaganya. Mereka kembali semula ke UK untuk menguruskan syarikat mereka di sana.
          Jiwanya terasa lapang sedikit apabila tidak menerima panggilan yang bukan-bukan daripada Fika semenjak dia accident lagi. Dia sudah tahu apa yang diinginkan oleh Fika dari dirinya.
          Namun begitu, jauh di sudut hatinya, dia berharap ada seseorang yang ikhlas dan boleh menerima dirinya dalam keadaan begitu. Dia dah memberitahu kepada Dr. Fazlin yang dia ingin melakonkan watak itu sehingga dia menjumpai orang seperti itu.
          Melongo Dr. Fazlin dibuatnya. Pada mulanya Dr. Fazlin sangat tidak setuju dan membangkang idea tersebut. Tapi selepas puas memujuk dan merayu, akhirnya Dr. Fazlin juga bersetuju. Cuma apa yang akan terjadi andai rahsia ini pecah terburai, Dr. Fazlin tak mahu dirinya dipersalahkan.
          Dia memandang di dada langit yang penuh dengan bintang-bintang berkelipan terang. Dia mengusap di belakang tengkuknya. Sayup-sayup kedengaran pintu biliknya diketuk.
          “Masuklah.” Kuat suara Johan.
          Dr. Fazlin terus masuk ke dalam bilik abangnya. “Abang… Abang tengah buat apa?? Faz mengganggu tak ni???”
          Johan menggelengkan kepalanya dan menyuruh adiknya duduk di sebelahnya. “Kenapa tak tido lagi? Kata esok keje…” Johan memandang wajah lesu adikmya.
          Bukan dia tak tahu kenapa adiknya begitu. Sejak mereka tinggal bersama, barulah Johan mengetahui keadaan Dr. Fazlin jika suaminya tiada kerana outstation lama ke luar negara.
          “Tak boleh tidolah abang. Faz bukan macam Izwan, senang nak tido.”
          “Eleh, macamlah abang tak tau kenapa. Tak ada bantal peluk kat sebelahkan, kan, kan…” meleret senyuman Dr. Fazlin. ‘Agaknya Aiman mendodoikan dia tido tak???’ hati Johan berkata-kata.
          “Abang, Faz nak tanya sikit. Kenapa sampai macam ni sekali abang buat hanya untuk mengetahui kejujuran dan keikhlasan orang terhadap abang??? Apa yang abang dapat dari semua ni?”
          Johan mengeluh perlahan-lahan. Melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.
          “Kerana abang tau, selama ni orang hanya bertopeng dengan abang. Abang langsung tak dapat tengok wajah sebenar diorang. Faz nak tau apa yang abang akan dapat dari semua ni???” Dr. Fazlin terus menganggukkan kepalanya.
          “Seorang isteri.” Ringkas dan bersahaja kata-kata yang terlontar keluar dari mulut Johan.
          “Tapi bukankah itu hanya lahir dari perasaan simpati???”
          “Sebenarnya tak. Tu bukan simpati sebenarnya tapi ikhlas dari dalam hati. Bila ‘dia’ ikhlas dan dapat terima diri abang yang ‘sakit’ ni, ‘dia’ akan menjaga diri abang dengan penuh baik. Malah perasaan sayang dan cinta jauh lebih dalam dari pasangan kekasih biasa.” Jelas panjang lebar Johan kepada adiknya.
          “Habis tu, kenapa orang selalu kata simpati bukan cinta???” soal Dr. Fazlin pelik malah keningnya sudah bertaut.
          “Hai Dr. Fazlin. Takkan benda-benda macam ni pun tak tau… Cikgu tak ajar ke masa sekolah dulu.” Usik Johan sambil mencubit lembut pipi adiknya. Sudah lama dia tak dapat untuk bermanja-manja dengan adiknya semenjak adiknya sudah berumahtangga.
          Dr. Fazlin mengusap pipi yang sedikit perit kerana cubitan abangnya. Walaupun nampak perlahan tapi sakitnya tetap terasa. “Abang jangan nak mengarutlah. Mana ada benda-benda macam ni cikgu ajar. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Terus Dr. Fazlin menarik muka masam.
          Johan tergelak melihat telatah adiknya yang begitu mencuit hati. “Abang bagi pendapat abang. Kalu orang lain nak kata apa, tu diorang punya pasallah. Selagi hati abang teguh dengan pendapat abang, tak ada sape dapat mengubahnya tau.”
          Dr. Fazlin hanya membuat wajah selamba. Dia tahu prisip hidup abangnya yang tak mudah mengalah selagi kata hati dipercayai.
Kemudian, dia meminta diri untuk masuk tidur kerana hari semakin jauh malam. Namun, sebelum keluar dari bilik, dia sempat berpaling melihat abangnya duduk mengelamun jauh.
          Dr. Fazlin berharap abangnya mendapat apa yang telah diharapkan selama ini sebalik lakonan semua ini. Dia tak mahu abang kesayangannya sedih dan kecewa. Sedangkan berlakon pun, dia sudah separuh mati merisaukan akan abangnya.
          Berkali-kali juga Johan mengingatkannya bahawa semua ni hanya lakonan semata-mata.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Seindah Cintamu



Bab 8

Julia memandang langit yang cerah dengan bintang yang banyak bertaburan. Kebiasaannya setiap malam, hujan akan turun membasahi bumi Allah ini. Julia memandang lagi dengan penuh kekaguman kepada pencipta-Nya.
          Jika bumi sering kali ditimpa hujan, apatah lagi hidup manusia yang selalu ditimpa musibah dan ujian. Itulah kata-kata yang sering dimotivasikan kepada diri sendiri. Julia sering mengharapkan sebalik kejadian yang menimpa dirinya, akan ada seribu hikmah di sebaliknya.
          Mungkin dia di uji sebegini adalah untuk membina ketabahan yang kuat dalam dirinya supaya dia dapat menghadapi sebarang rintangan yang akan datang kelak. Julia juga sering kali berharap agar suatu hari nanti, dia akan mencapai kebahagiaannya yang tak pernah dirasai lagi selepas kematian kedua orang tuanya.
          Julia akan tersenyum setiap kali teringatkan arwah ibu dan ayahnya. Kerinduan yang ditanggung tak pernah berkurangan, sebaliknya semakin bertambah dan akan terus bertambah.
          ‘Tak lama lagi, aku akan bertemu dengan adikku. Adik, tunggu kakak datang tau. Kakak nak sangat peluk adik erat-erat. Macam-macam kakak dah rancang bila kita dapat bersama nanti. Kakak harap adik turut merindui kakak.’ Julia bermonolog sendirian.
          Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Julia menyapu lembut airmata di pipinya. Sesungguhnya kerinduan kepada ayah dan ibunya jua tidak tertanggung. Dia tak dapat menunaikan pesanan arwah ayahnya supaya dia menjaga adiknya dengan baik.
          Namun dia berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan meninggalkan adiknya lagi selepas ini.

“Julia!!!!!!!” Julia tersentak dengan suara Mak Long yang lantang. Dia terus berlari keluar dari biliknya.
          “Ada apa Mak Long????”
          “Ada apa??? Kau tanya aku ada apa. Patutnya aku tanya kau, apa ni??!!” Mak Long terus mencampak sekeping sampul surat dan jatuh di atas kaki Julia. Julia mengambilnya dengan tanda tanya.
          ‘Surat apa ni.’ Soal hati kecil Julia. Dia mengoyakkan surat tersebut dan membacanya. Terkejut dia, surat itu menuliskan yang dia diterima bekerja di syarikat N & N Holdings.
          Muka Julia sudah pucat memandang wajah bengis Mak Longnya. “Ju tak tau Mak Long. Ju betul-betul tak tau…” betul sempat aku menerangkan hal sebenar, sebiji penampar singgah ke mukaku.
          “Dah pandai menipu kau sekarang ni nya. Kau ingat kau boleh bebas macam tu aje lepas ni. Hei, Julia!! Kau dengar sini. Aku tak akan izinkan kau bahagia dan kau akan terus merana, derita sepanjang hidup kau.” Mak Long terus masuk ke biliknya. Berjurai airmata Julia bila mendengar kata-kata Mak Longnya.
          ‘Apakah dendam Mak Long terhadap ibu. Ibu langsung tidak membuat salah dengan Mak Long. Tapi Mak Long selalu memaki hamun ibu.’ Rintih hati kecil Julia. Dia benar-benar dah tak sanggup lagi untuk terus tinggal di situ.
          Perlahan-lahan dia masuk ke bilik dan memeluk erat sampul surat tersebut. Dia akan gunakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepadanya apabila dia dapat keluar dari situ.
          ‘Sampai hati Mak Long buat Ju macam ni. Bukan ke Ju ni anak sedara Mak Long. Darah daging Mak Long.’ Teresak-esak Julia melepaskan tangisan sendu pada malam itu.

Johan menekan loceng rumah adiknya berkali-kali walaupun Dr. Fazlin pernah berpesan supaya tekan sekali sahaja.
          “Ye, ye dah datang ni. Sabar-sabar.” Sahut suara perempuan dari dalam rumah. Dia tahu itu suara adiknya. Pintu dah dibuka.
          “Abang nikan, orang dah pesan berkali-kali. Tak dengar jugak.” Marah betul Dr. Fazlin pada abangnya.
          “Hai Man.” Sapa Johan bila melangkah masuk ke rumah adiknya. Dia melihat Dr. Aiman sedang bermain dengan anaknya.
          “Tak keje ke?” tanya Johan.
          “Tak. Hari ni off. Nak luangkan masa dengan family lah katakan. Asyik keje jer, nanti ada orang merajuk. Dia sibuk takpe, jangan kita sibuk sudah.” Dr. Aiman hanya menjeling ke arah Dr. Fazlin yang sudah tersengih-sengih bila mendengar suaminya menyindir.
          “Orang tu, memang Man. Dia boleh, orang lain tak boleh.” Johan terus menyampuk sebelum Dr. Fazlin berkata.
          “Dah, dah. Kalu nak kenakan orang tak pernah lepaskan peluang ye. Sayang nie… Abang datang nak apa? Nak tanya pasal hari tu ke?” Dr. Fazlin memulakan perbualan dengan abangnya.
          “Ya, abang nak tanya detail sikit pasal tu dengan Faz. Lagipun, abang nak Faz dengan Man tolong abang seperkara. Tapi sebelum tu Faz jelas dengan detail dulu pasal penyakit tu.” Johan memandang wajah adiknya dengan penuh harapan.
          Pada mulanya, berkerut juga dahi Dr. Fazlin tapi dia hanya tersenyum. “Baiklah, penyakit tu sebenarnya dipanggil….” Dr. Fazlin mula menerangkan lebih jelas kepada abangnya. Suaminya di sebelah turut mendengar penerangan itu, sesekali dahi Johan berkerut.
          Johan mula memahami sedikit demi sedikit tentang watak yang bakal dilakonkan olehnya.
          “Kalu macam tu, Faz dan Man tolonglah cover sikit-sikit pasal abang tu. Dan Faz pulak yang bertanggungjawab kononnya untuk merawat abang selepas abang sakit.” Johan telah meminta bantuan adiknya bagi menjayakan lakonannya nanti.
          “Habis tu, syarikat nanti macam mana???” Dr. Fazlin berkerut hebat. Sedikit sebanyak dia risau dengan rancangan gila abangnya itu.
          “Takpe, hal tu abang dah settle pun. Abang dah mintak tolong dengan Rusdi. Dalam hal ni, abang, Man, Faz dan Rusdi jer yang tau. Orang lain tak boleh tau, ok??” pesan johan pada adik dan iparnya.
          “Ok…” jawab Dr. Fazlin dan Dr. Aiman serentak. Mereka berdua memang sehati sejiwa.
          “Rancangan ni kita mulakan pada minggu depan…” Dr. Fazlin menganggukkan kepalanya.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Seindah Cintamu



Bab 7

Johan membuka flip handphonenya dan terus menelefon adiknya sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabatnya. Selepas beberapa kali deringan barulah kedengaran suara orang menyambut panggilan tersebut.
          “Helo.” Johan memulakan perbualan.
          Diam seketika.
          “Faz, abang nak tanya. Penyakit apa yang dia tak ingat apa-apa dan berwatakan seperti budak-budak tu?”
          Diam lagi. Kali ni lebih lama.
          “Owh… Dah tu ada ubat tak?”
Diam sebentar.
“Oklah kalu macam tu takpelah, nak tanya tu jer. Bye.” Johan terus menutup flip handphonenya. Dia terus menyambungkan kerja-kerjanya. Kalau boleh dia mahu semuanya selesai sebelum akhir bulan ini.
Dia menekan intercom. “Syida, suruh Rusdi datang ke bilik saya. Segeranya.”
Tak lama kemudian, dia mendengar orang membuka pintu biliknya. Tersembul muka Rusdi dan terus melangkah masuk.
“Ada apa kau panggil aku?”
“Aku nak kau uruskan projek resort di Cherating tu. Ni fail dia.” Johan menghulurkan sebuah fail berwarna biru muda. Sempat juga Rusdi membelek dua tiga muka.
“Kenapa? Bukan kau ke yang uruskan projek ni. Lagipun ni kan projek besar. Hish, tak berani aku.” Rusdi menggelengkan kepalanya.
“Ala, kau uruskan ajelah. Nanti-nanti aku pantaulah. Bulan depan aku takde dah kat sini.”
Terangkat kening Rusdi. “Kau nak pergi mana?”
“Holiday.” Sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Johan. Rusdi yang memandang semakin hairan.
“Kau ni macam tak sihat je aku tengok. Dah makan ubat ke belum?”
“Ya, aku sakit. Tak taulah bila nak sembuh. Ubat bukannya ada kat hospital.”
“Weh, kau cakap apa ni. Jangan main-main macam mana.” Kalut Rusdi dibuatnya.
Johan ketawa berdekah-dekah melihat kekalutan kawannya itu. Rusdi yang merasakan dirinya dipermainkan mula menarik muka.
“Sayang jugak kau kat aku ni ya.” Johan masih lagi ketawa.
“Dahlah tu, cakaplah cepat.” Marah Rusdi.
“Takdelah, aku saje jer tu. Tu baru kau tau. Nanti aku nak test semua orang dengan penyakit aku. Aku nak tengok sape yang betul-betul ikhlas dengan aku.” Terang johan penuh.
“Aku tak paham la maksud kau ni. Penyakit apa pulak ni?”
“Aku nak menyamar jadi budak-budak dan hilang ingatan. Adik aku, Faz, nak tolong aku. Tapi kau jangan cakap kat sape-sape tau. Kalu tak…” Johan memberi amaran sambil menggenggam tangannya.
“Woi, kau ingat aku ni teruk sangat ker, hah? Kita kawan kan dah lama. Takkan kau tak percayakan aku kot.” Rusdi mula menarik muka.
“Aku percaya kat kau tapi kau tu selalu sangat tersasul bagitau kat orang.”
Rusdi terus berpaling dan bertenggek di meja Johan. “Aku taulah aku ni sape. Tapi mana ada aku bocorkan rahsia kau.”
“La, nak touching-touching kat sini pasal apa pulak. Yelah-yelah, kaulah kawan aku dunia akhirat.”
“Nasib baik aku senang dipujuk tau. Weh, adik kau nak buat macam mana?”
“Ntahlah, aku pun tak tau. Kau tunggu jelah. Dah, keluar. Tu jer yang aku nak bagitau.”
“Eleh, menyampah aku.” Rusdi terus membuka pintu dan keluar sebaik sahaja berkata.
Sebenarnya Johan sudah dapat membayangkan penerimaan orang ramai, akan ada tembelang yang pecah nanti. Dia yakin, segala layanan yang diberikan adalah palsu semata-mata, terutamanya Fika. Dia tersenyum lagi.
Dia sempat membayangkan gossip-gosip hangat yang akan diperkatakan tentang dirinya. Malah dia sendiri tak dapat bayang watak yang akan dilakonkan, entah jadi entah tak.
Dia hanya mengeluh perlahan. Dia sudah penat dengan perangai dan ragam manusia yang hanya palsu semata-mata.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz2u.com/id=fastlien

Wednesday, 4 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 6

Julia sudah mula mengemas rumah pada awal pagi. Kadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya, ‘Tak bangun solat subuh ke orang dalam rumah ni??’ Kebiasaannya, pada jam 8 pagi barulah rumah itu bising dengan suara-suara orang.
          “Awalnya Ju bangun.” Tegur Azman yang sedang berdiri di tepi tangga. Julia hanya buat wajah selamba.
          “Aik, takde mulut ke nak jawab. Ke nak suruh Azman report kat mak??” ugut Azman apabila Julia tidak membalas sapaannya tadi.
          “Orang dah bangun subuh lagi. Tak sambung tidur dah lepas solat subuh.” Balas Julia sambil menekan ‘solat subuh’ supaya Azman terasa tersindir. Dia tahu Azman bukan seorang yang patuh pada suruhan agama. Solat jumaat pun tak buat apatah lagi solat subuh.
          Azman hanya tersengih-sengih kerang busuk. “Ju, sarapan dah buat?” soal Mak Long dari belakang Azman.
          Ju segera menjawab. “Dah Mak Long. Hari ni Ju buat nasi lemak. Ada dalam tudung saji.” Kalau mood Mak Longnya tak elok, pagi-pagi hari lagi Julia dah kena sumpah seranahnya.
          Azman mengekori maknya ke dapur. “Mak, kalu lepas ni Ju takde dah, mak nak buat macam mana.” Maknya yang sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan terhenti.
          “Nak buat macam mana apa? Tak faham mak, buat apa…???.” Berkerut dahi Mak Long menjawab.
          Azman hendak berkata sesuatu tapi yang lain keluar dari mulutnya. “Yelah, selama ni kan Ju tu orang gaji kita. Dah, kalu dia takde, macam mana?”
          “Biarlah. Mak ambik orang gaji baru. Apa nak susahnya. Dah makan” Mak Long menyua pinggan yang disedukkan nasi ke Azman. Azman hanya mendiamkan diri sahaja.
          “Hah, bila nak pergi nanti?” tanya Mak Long kepada Azman.
          “Petang ni. Esok dah mula keje. Tak dapat cuti panjanglah mak.”
          “Hmm……” jawab Mak Long sambil menyuapkan nasi ke mulut.

Lega hati aku bila si Azman tu dah pergi, getus hati Julia. Julia sendiri tak tahu macam mana lagi nak mengelak dari Azman bila dia ada rumah itu. Dia juga tahu kenapa layanan Azman berubah daripada teruk kepada baik, kerana dirinya yang sudah dewasa dan jelita.
          “Hah, apa yang tercegat lagi. Keje rumah abis buat??” soal Mak Long tiba-tiba. Julia hanya menganggukkan kepalanya. Mak Long terus masuk ke dalam rumah selepas Azman berlalu pergi dengan keretanya.
          Julia baru berpaling untuk masuk ke dalam rumah, dia terdengar orang memberi salam. Dia segera menjawab salam yang dihulurkan.
          “Mak Long, Mak Mah datang.” Laung julia memanggil Mak Longnya.
          Mak Long segera keluar dan tersenyum hambar memandang ke arah Mak Mah.
          “Ada apa Mah datang ke mari?” soal Mak Long acuh tak acuh.
          “Bukan saje datang, ingat nak berbual-bual dengan Julia ni. Boleh ya Nab?”
          “Hmm…. Yelah, aku izinkan.”
          Terus tangan Julia ditarik menuju ke rumahnya. Bercakap di rumah itu takut-takut pula diintip nanti. Menonong Julia dibuatnya mengikut Mak Mah.

Julia melangkah masuk ke dalam rumah Mak Mah, dia ternampak Pak Din sedang membaca suratkhabar di bangku yang mengadap kolam ikan buatan itu.
          “Assalamualaikum, Pak Din.” Tegur Julia. Pak Din menjawab salamnya dan menyuruh Julia duduk di bangku depannya.
          “Lama tak nampak Ju. Dengar kata Ju tengah cari keje. Ju nak cari keje apa?” tanya Pak Din sambil menutup suratkhabar sedang dibaca. Berkerut dahi aku, ‘keje apa pulak yang aku cari???’ Julia memandang Mak Mah  yang sedang menatang dulang dan dia segera menyambut dulang tersebut.
          “Hari tu, masa Mak Mah cari Ju, Azreen kata Ju takde sebab tengah cari keje. Jadi Mak Mah bagitau kat Pak Din kau ni. Manalah tau kami boleh tolong Ju cari keje yang Ju nak.” Jelas Mak Mah bila melihat kerutan di dahi Julia.
          Sebak hati Julia mendengarkan itu, ‘kenapa darah daging sendiri tak sebaik ini kepadaku melainkan mahu melihat airmatanya mengalir sahaja.’ Desis hati Julia. Dia tahu kenapa Azreen berkata demikian kerana dia tak keluar rumah sebab badannya yang lebam-lebam.
          “Takpelah Mak Mah, Pak Din, biarlah Ju buat sendiri. Menyusahkan pulak Ju ni kan.” Gelak aku perlahan menahan hati.
          “Mana susahnya, Ju tu kami dah anggap macam anak sendiri tau.” Pak Din memandang Mak Mah dan memandang aku semula. Aku menganggukkan kepala. Aku faham niat Pak Din, tapi aku dah ‘terbiasa berdikari’. Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis dan terserlah lesung pipit di pipi kiri.
          Mereka minum petang tanpa sebarang gangguan.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Tuesday, 3 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 5

Johan menekan loceng kondominium milik adiknya berulang-ulang kali. Terlihatlah wajah adiknya yang kemerahan memandang ke arahnya dengan mata yang terjegil.
          “Abang ni tak reti tekan sekali saje ker?? Bingit telinga ni tau.” Kata Dr. Fazlin tak puas hati sambil menjemput abangnya masuk.
          Johan melihat Dr. Aiman sedang memangku anaknya. “Bingit tak telinga kau Man??”
          Dr. Aiman hanya tersengih, namun dia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman. Johan meletakkan hadiah yang dibawa di atas meja tamu dan mengambil Izwan dari pegangan Dr. Aiman. Dia mengucup pipi Izwan berkali-kali sambil mengucap ‘selamat hari jadi’.
          Dr. Fazlin yang melihat terus melangkah ke dapur dan menghidangkan makanan di atas meja makan.
          Tak lama selepas itu. “Abang, sayang mari makan. Lauk dah sedia ni.” Laung Dr. Fazlin memanggil abang dan suaminya.
          Johan memandang Dr. Aiman dengan dahi berkerut. “Hari tu panggil honey, darling. Sekarang ni panggil sayang pulak. Yang mana satu ni.” Johan mengusik adiknya bersama suami.
          Dr. Fazlin hanya menjeling abangnya dengan ekor mata. “Alah, sesekali nak manje-manje apa salahnya. Eleh, kata kat orang, nanti ada orang tu lagi macam-macam panggil isteri dia. Lebih banyak dari kita.”
          Johan ketawa bersama Dr. Aiman melihat telatah Dr. Fazlin yang manja tu. Dr. Aiman memaut erat bahu Dr. Fazlin dan mengambil tempat. Apabila semua sudah sedia, Johan membacakan doa makan.
          “Sedapnya adik abang masak. Macam makanan taraf hotel lima bintang aje.” Puji Johan selepas selesai menjamu selera.
          “See the leg la, abang. Kan sayang.” Balas Dr. Fazlin dari arah dapur mengemas apa yang patut.
          “Patutlah abang tengok Aiman semakin berisi sejak kebelakangan ni.” Dr. Aiman hanya tergelak bila mendengarkan itu.
          “Macam mana tak berisi Abang Jo, Faz ni kalu ada masa free, macam-macam makanan yang dia masak. Dah tu, sape lagi dalam rumah yang kena makan masakan Faz kalu bukan Man.” Jawab Dr. Aiman mengiakan dahulu sebelum Dr. Fazlin membidas kata-kata abangnya.
          Dr. Aiman mengambil anaknya dari atas lantai lantas memangkunya di atas paha. Hati Johan terusik apabila melihat adik iparnya melayan cakap anaknya.
          “Bila pulak Izwan ni nak dapat adik, Faz, Man?” soal Johan mencuit pipi anak buahnya itu.
          “Kalu ikutkan saya, hari ni jugak nak anak lagi. Tapi Faz cakap dia nak merancang.” Balas Dr. Aiman sambil memeluk anaknya.
          Johan tersenyum, menarik Dr. Aiman merapatinya dan berbisik. “Buat jer kalu Man nak, jangan turut sangat si Faz tu. Dia tu asyik nak ikut kepala dia aje.” Dr. Aiman mengangkat ibu jari menunjukkan tanda bagus. Dia tersenyum senang dengan idea abang iparnya itu.
          “Hah, apa bisik-bisik tu. Mengata kat orang lah tu. Ala, Faz tau lah apa yang sayang dengan abang bualkan. Mentang-mentanglah Faz sorang aje pompuan dalam rumah ni, suka sangat berpakat nak kenakan orang.”
          Dr. Aiman melingkarkan tangannya ke pinggang Dr. Fazlin. “ Mana ada kita orang nak kenakan Faz. Ni hal orang lelaki tau. Orang pompuan tak boleh dengar.”
          Dr. Fazlin hanya mencebikkan muka bila suminya berkata demikian. Johan yang memandang menahan tawa tapi akhirnya meletus jua kerana lagak pasangan suami isteri tu sungguh kelakar.
          “Faz, hujung bulan ni abang nak gi rumah Mak Mah dan Pak Din. Lama rasanya tak jenguk diorang tu kan.”
          Dr. Fazlin dan Dr. Aiman berpandangan sesama sendiri dan hanya menganggukkan kepala. “Tapi Faz tak boleh pergi sebab bulan ni sibuk dengan jadual pembedahan. Ni pun ada pembedahan awal pagi esok. Patutnya dah kena tidur ni untuk rehat yang cukup. Sayang pun bukannya selalu free kan??” Jelas Dr. Fazlin kepada abangnya. Dr. Aiman hanya berdiam diri.
          Giliran Johan pula yang terangguk-angguk. Dia faham dengan kesibukan adiknya. Dia masih ingat lagi bagaimana Dr. Fazlin menentang keputusan papa dan mamanya yang menyuruhnya untuk mengambil course bisnes kerana minatnya dalam bidang perubatan.
          Dan selepas itulah adiknya bertemu jodoh dengan Dr. Aiman yang turut belajar di universiti yang sama dalam course dentistry.
          Dia terus pulang ke rumahnya selepas selesai menyambut hari jadi anak saudaranya.

Dalam perjalanan pulang barulah Johan teringat akan rancangannya. Dia menepuk stereng kereta dan mengeluh perlahan. “Takpelah, esok-esoklah aku tanya Faz.” Johan bermonolog sendirian. Tangannya membuka radio dan dia turut menyanyi mengikut rentak muzik.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Monday, 2 July 2012

Seindah Cintamu



Bab 4

Johan melangkah masuk ke pejabatnya selepas menelefon Mak Mah, ibu saudaranya yang menetap di Kedah, di rooftop tadi.
          “Bos, Encik Rusdi dah menunggu untuk pergi ke Hotel Hilton.” Beritahu Syida kepada Johan.
          “Di, jomlah kita pergi.” Ajak Johan bila melihat pembantunya yang sedang menunggu. Mereka terus menuju ke lif.
          “Weh, kau ke mana tadi? Lama aku tunggu kau tau.”
          Lama kemudian barulah Johan bersuara. “Aku gi tenangkan fikiran jer.”
          “Kau ni kenapa? Macam ada masalah jer.” Pandangan mata Rusdi tak lari dari wajah Johan.
Wajahnya kelihatan sungguh sugul. “Takde la. Aku cuma rasa tak selesa sejak akhir-akhir ni.”
          “Iye ke? Weh, aku kenal kau lama dah. Dari zaman sekolah lagi. Takkan kau tak percaya kat aku kot. Kata sahabat.” Jeling Rusdi kepada Johan.
          “Sungguh aku tak apa-apa. Kau bukan tak tau si Fika tu selalu kacau aku, naik rimas aku dibuatnya.”
          “Tulah kau, layan lagi. Lain kali buat derk jer. Aku yang tengok ni pun nak naik juling mata aku ni tau.”
          Johan ketawa bila melihat kawannya membuat mata juling. Johan menepuk perlahan belakang Rusdi.

Johan dan Rusdi keluar dari hotel itu dengan wajah lega bila clientnya bersetuju dengan sebarang syarat yang dijanjikan. Akhirnya kontrak tu ditandatangani jugak.
Sedang Johan menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba ada suara yang menyapa.
          “Hai Johan.” Sapa Fika.
          “What you’re doing here? You should supposed to be in the office, right?” terkejut Johan melihat Fika turut berada di situ.
          “Not now. Office hour is just over.”
          Johan terus melihat jam tangannya. Dia mengeluh keras. Rusdi yang melihat hanya tersenyum sinis memandang Fika.
          “Abis tu, you buat apa kat sini?”
          “Saje. I ingatkan meeting tu tak abis lagi. Jadi I singgah sekejab.” Gedik Fika menbalas. Rusdi yang melihat ingin membuat muka muntahnya.
          “Dah abislah. I dengan Rusdi pun nak balik dah ni.”
          “Alah, temankanlah I sekejab. Temanlah I makan ke, apa ke.”
          “Jo, aku nak cepat ni. Aku dah janji dengan anak-anak nak balik awal. Kalu kau nak temankan Fika, aku balik naik teksi lah ke pejabat. If you don’t mind lah.”
          Telefon Johan berbunnyi dan Johan segera menjawabnya. Nasib baiklah panggilan Fazlin telah menyelamatkannya dalam situasi itu.
          “Waalaikumussalam.” Jawab Johan perlahan seakan berbisik namun masih mampu didengari oleh Fika dan Rusdi.
          Diam sebentar.
          “Hah, Faz. Ada apa?”
          Diam lagi. Kali ini lebih lama berbanding sebelumnya.
          “Kalu macam tu abang datang sekarang lah. Ok, see you later.”
          Johan terus menutup handphonenya. Fika masih memandangnya pandangan mengharap.
          “Sorilah Fika, I ada keje nak dibuat. So please.” Johan dan Rusdi terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
          “Kesian pulak aku tengok dia tadi bila kita tinggal bodoh jer.” Rusdi sempat berpaling ke arah Fika yang sudah muncung sedepa.
          “Abis tu, kau tak kesian kat aku ni yang terpaksa berdepan dengan dia selalu. Boleh jadi giler tau aku ni kalu kau nak tau.” Mata Johan tak lepas dari jalan raya yang semakain sesak.
          “Dia syok kat kau, takkan kau tak syok kat dia kot?” tanya Rusdi sambil memandang Johan yang sedang memandu.
          “Kalu dah takde mana-mana pompuan lagi dalam dunia ni dan dia sorang saje yang tinggal, aku tetap takkan pilih dia tau.” Janji Johan pada dirinya.
          “Punyelah kau tak suka kat dia ye.”
          “Bukan tak suka tapi rimaslah kalu asyik nak berkepit jer 24 jam.”
          “Kenapa adik kau telefon tadi?”
          “Dia ajak aku makan kat rumah dia malam ni. Dia nak sambut hari jadi anak dia. Aku ingat nak pergi cari hadiah dulu.” Cerita Johan tentang panggilan tadi.
          “Kalu macam tu, jomlah kita pergi window shopping.”
          “Eh, kau bukan kata nak awal ke tadi?”
          “Alah, aku saje jer tu. Malas aku nak tengok drama korang tadi. Menyampah tau.”
          Johan hanya ketawa bila kawannya berkata begitu. Dia tahu Rusdi tak berapa sukakan Fika kerana perangainya yang gedik tu. Dia terus melalui jalan susur keluar untuk pergi ke pusat bandar.

Aku terasa semakin tidak selesa apabila Azman berada dalam rumah ini. Aku sendiri tak tahu apa yang tak kena dengan mamat tu. Dia ingat aku ni patung boneka koleksi dia. ‘Eh, aku tak terliur la lelaki macam kau tu. Aku lebih berkahwin dengan orang OKU tau daripada dengan kau, buaya darat.’ Gerutu hati Julia.
          Pintu diketuk dari luar. Julia dah dapat agak siapa yang mengetuknya. Dengan malas, Julia bangun dari pembaringan dan membuka pintu. Tersembul wajah Azman yang tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.
          “Ada apa cari orang malam-malam buta ni?” tanya Julia perlahan. Perlahan Julia menguap menandakan dia sangat mengantuk.
          Azman yang melihat Julia hanya memakai baju tidur berwarna merah jambu semakin teruja. Warna merah jambu yang lembut begitu sesuai dengan kulit Julia yang putih itu.
          “Takde pape la. Saje nak jenguk Ju dah tidur ke belum.”
          “Baru nak masuk tidur. Dahlah, jangan kacau aku lagi.” Kata Julia sambil menutup pintu dan terus mengunci pintu. Dia berasa semakin rimas dengan Azman.
          Azman semakin geram dengan Julia yang tak pernah memberi peluang kepadanya untuk berbaik-baik. Dia terus melangkah ke biliknya sambil memikirkan apa yang dilakukan untuk membuat Julia jatuh cinta padanya.
          Bila pintu sudah berkunci, Julia menarik nafas lega. Dia tahu apa yang diingini oleh dari dirinya. Dia bukannya budak bodoh sampaikan benda-benda macam ni pun tak dapat diagak.
          Sampai mati pun dia tak ingin Azman mendekati dirinya. Walaupun seribu kebaikan Azman taburkan, sejuta racun yang dilihat di sebalik kebaikan tersebut. Dia yakin ini pasti rancangan Mak Longnya yang tak mahu melepaskannya pergi.
          Kadang-kala dia merasakan harta yang tertinggal untuk dirinya sangat menyusahkan. Tetapi bila diingatkan balik pengorbanan arwah ayah yang selama ini bersusah payah untuk dirinya, dia hanya mampu bersabar sahaja dengan segala cubaan dan rintangan.
          Yang pasti, wasiat arwah ayah yang mahu dia mewarisi syarikat itu akan tertunai. Dia juga tahu Mak Long sangat berkeinginan akan syarikat itu. Tetapi takkanlah dia hanya mahu pejam mata sahaja, lagipun itukan haknya dari dahulu lagi.
          Sepuluh peratus dari saham syarikat memang akan jadi milik Mak Long tak lama lagi, tetapi untuk menyerahkan semuanya tidak mungkin terjadi.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 


sila klik pada url tersebut....  http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien