Tuesday 29 January 2013

Merlin not Full Episode

Hurm... Sangat sedih kan bila King Arthur mati... tapi dia kan Once and future king... hehehe... kat sini boleh lah nak kongsi full episode of merlin season 5... bukan hak sendiri pun... yang ni pun download dari orang jugak... heheheh...





semua episod tapi english subtitle jelah... dah cuba untuk bahasa melayu nyer tapi last2 aku malas nak buat translation... pe masalahnya kan boleh guna google translate jer... huhuhuhu... marilah kita memperkukuhkan bahasa inggeris.... hahahah....




episode 4 (yg ni ada masalah sket)













silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Sunday 27 January 2013

Merlin

Selepas balik sebab cuti smester ni... Sibuk duk cari cerita Merlin... sape nak download cerita Merlin??? heheheh....



sibuk je kan aku ni... baik sambung wat cerita kan... hehehehe...

nanti aku boleh bagi link jelah nak download kat mana... tapi korang mesti dah tengok semuanya kan... hehehehe...


Saturday 26 January 2013

Seindah Cintamu




Bab 25

JOHAN menunggu Julia balik dari kerja sejak pukul 5 petang lagi tapi sehingga maghrib Julia masih belum tiba lagi. Johan keresahan sendirian di kondonya yang sedang risaukan keadaan Julia.
          Hampir jam 8 malam barulah Julia tiba di kondonya, itupun dia tidak perasankan diri Johan yang sedang menunggunya pulang di sofa ruang tamu. Di tangan Julia ada bungkusan makanan yang dibeli dalam perjalanan pulang.
          “Kenapa baru pulang sekarang ni?”
Tersentak Julia bila Johan menyergah dari belakangnya. Julia menarik nafas panjang dan mengurut dadanya perlahan. Johan suka benar menyergahnya begitu, kalau jantungnya tidak kuat dah lama dah dia jalan agaknya.
          “Abang, kan Ju dah pesan, jangan sergah orang begitu. Nanti kalau dia sakit jantung macam mana. Ni Ju belikan nasi goreng untuk kita berdua. Beras kan dah habis jadi Ju tak sempat nak pergi beli.
Ni pun tadi kat restoran hujung jalan tu bukan main ramai lagi orang. Padahal nak beli dua bungkus je untuk kita berdua tapi menunggu macam nak beli untuk sepuluh orang makan. Abang tunggu sekejap, Ju nak mandi dan solat dulu.”
Julia terus masuk ke bilik dan meninggalkan Johan yang tidak sempat berkata apa-apa. Johan hanya memerhati sahaja tingkah lakunya. Beras yang dikirimkan dari Rusdi petang tadi pun segera disembunyikan di dalam cabinet dapur.
          Julia segera mandi dan bersembahyang kerana tidak mahu Johan yang mungkin sedang lapar menunggunya lama. Rambut disisir rapi dan dia mencalitkan sedikit minyak wangi pada pangkal dada dan pergelangan tangannya. Cantik di depan suami adalah perkara yang wajib dipenuhi bagi semua isteri di dunia ini.
          “Abang, jom makan. Kejap, Ju ambilkan air mineral.”
Johan yang sedang menonton siri kartun Detective Conan segera menekan suis tutup pada pemain DVD.
          “Nasi apa ni?”
          “Nasi goreng pattaya. Sedap tau, marilah abang duduk sini.”
          Julia menarik keluar kerusi agar Johan boleh duduk di sebelahnya. Selalunya dalam tv, orang lelaki yang berlagak macho akan menarik kerusi agar orang perempuan dapat duduk. Berlainan pula dengan situasi Julia.
          “Abang, makanlah.” Julia menghulurkan sudu ke tangan Johan.
          “Kerja???” Johan hanya menyebut sepatah perkataan sahaja sambil memandang ke arah Julia.
          “Erm, kerja okay tadi cuma first tu kekok sikit. Yelah selama ni mana pernah jumpa dengan pelbagai orang kan. Rasa gugup tu, takut pun ada.” Julia hanya tersenyum sambil menyuapkan nasi goreng itu ke mulutnya.
          “Abang nak tahu lagi, tak pastilah abang faham ke tak. Kan Ju belajar dalam bidang akaun dulu masa kat U, tapi bila dapat kerja hari kena buat design untuk syarikat. Nak suka pun ada bila ingat balik.
Mujurlah ada seorang ni, nama Mardhiyah. Dia yang banyak tolong Ju tadi, ajar Ju lah tadi cara nak guna software design. Belajar benda baru ni best jugak tahu abang.”
Johan hanya tersenyum nipis mendengar cerita Julia, dia sudah tahu dari awal lagi.
Julia hanya tersenyum sambil mengunyah makanan dalam mulutnya. Sebelum balik tadi pun, Mardhiyah menyerahkan sebuah komputer riba milik syarikat untuk dia memahirkan menggunakan software design. Tapi komputer riba tersebut hendaklah diserahkan kemudian setelah dia mahir kelak.
“Ju dah ada laptop sekarang ni. Tapi laptop syarikat jelah. Kena simpan leklok. Nanti rosak atau hilang ke kena ganti kan, abang. Yelah barang tu bukan barang kita pun.
Pinjam sekejap je. Ju ingat lagi zaman belajar dulu. Orang lain buat kerja dalam hostel je sebab diorang ada laptop, Ju pulak kena berulang alik dari hostel ke pustaka sebab kita takde laptop.”
“Kenapa tak beli?” Johan menyoal Julia.
Bukan ke laptop sekarang adalah satu keperluan ke terutamanya untuk pelajar di peringkat Universiti.
Jangankan pelajar Universiti, di Terengganu pula setiap pelajar darjah enam akan diberikan e-book dan pelajar yang berusia lebih dari 12 tahun akan diberikan laptop mini seperti Hp notebook mini. Semua kemudahan tersebut dapat membantu untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar.
“Kenapa tak beli? Haih… Entahlah abang. Mak Long dulu langsung tak tanggung Ju masa Ju belajar. Ju dapat ptptn untuk teruskan sambung belajar. Atas keputusan yang cemerlang tulah, dari pinjaman menjadi biasiswa.
Kalau masih pinjaman mungkin Ju dah kena saman agaknya sekarang ni. Yelah, tak kerja pastu pinjaman tak boleh nak bayarlah. Nasib baiklah jadi biasiswa, tak terbeban sangat.”
Johan terus menyuap nasi yang seterusnya sambil mendengar setiap butir bicara dari mulut Julia.
“Pastukan hari pertama ni dah ada orang bertanyakan status Ju tahu, abang. Mujurlah Ju dah kahwin, kalau tak mesti ada yang mengacau.”
Julia tidak menghabiskan ayatnya dan memperjelaskan siapakah yang bertanyakan status dirinya iaitu Mardhiyah.
Dan ayat itulah yang paling Johan tak suka mendengarnya.
‘Dah habis semua pekerja perempuan ke dalam syarikat dia tu sampai Julia yang baru masuk kerja ni pun ada yang nak cuba mengorat.’
Johan menahan gelodak dalam hatinya, risau juga dia andai isterinya dikacau.
Wajah masam Johan ditatap oleh Julia.
‘Abang tahu ke makna cemburu ni, abang? Kalau abang tahu, Julia suka tahu.’ Bisik hati Julia yang melihat dahi Johan berkerut slepas mendengar ceritanya yang cuba diintai oleh rakan sekerjanya.
Tersenyum hati Julia yang melihat Johan seakan semakin normal dari hari ke hari.


JOHAN mengahantar pesanan ringkas ke Rusdi agar lebih mengawasi tindak tanduk Julia dan pekerja lain.
          ‘Kenapa kau pesan begitu kat aku?’ Balasan dari Rusdi terus diterima oleh Johan.
          ‘Sebab bini aku baru cerita tadi yang status diri dia kena tanya. Adalah tu yang cuba nak usha-usha bini aku tu.’ Johan terus membalas dengan cepat.
          ‘Kalau kau masuk kerja, takdenya sesiapa yang berani nak kacau bini kau. Nak mampus ke kacau bini bos. Hahaha.’ Pesanan ringkas yang seterusnya diterima.
          ‘Kalau aku masuk kerja, sah-sah orang yang tanya tu aku pecat nanti. Tu baru aku dengar cerita tu, belum depan mata lagi.’
          Johan dah mundar-mandir dalam bilik tidurnya sementara Julia mula membuat kerjanya yang diberikan oleh Mardhiyah.
          ‘Kau ni, itupun nak marah. Camna dengan bini kau? Dia cerita apa lagi?’
          Johan terus menaip pada skrin smartphone s3nya sebaik sahaja dia membaca mesej Rusdi.
          ‘Mar bagi dia laptop untuk mudahkan kerja dia untuk buat design produk. Bila aku dengar macam tu, aku ingat nak suruh kau sediakan laptop untuk Julia. Boleh?’
          Rusdi yang membaca mesej Johan itu sudah mengerut dahi, ‘Kan dah bagi laptop tu.? Dia terus membalas mesej Johan.
 ‘Bukan ke tu dah bagi laptop kat Julia ke? Sedia yang macam mana lagi maksud kau ni?’
          Johan yang membaca mesej Rusdi terus menelefonnya. Susah dan lambat kalau nak bercakap mengenai perkara penting melalui mesej sebegini.
          Tak lama tu, talian disambungkan dan Rusdi menyambut salam yang diberi oleh Johan.
          “Kau nak sedia macam mana lagi? Tak faham aku.” Terus dia menyoal Johan yang sedang mendengar di sebelah sana.
          “Aku nak bagi sebuah laptop pada bini aku tu. Nanti laptop yang Mar pinjamkan pada dia, dia kena serahkan balik pada Mar. Aku nak kau belikan sebuah laptop untuk dia bagi pihak aku. Aku bagi duit, kau belilah yang branded sikit.”
          “Gitu ke? Aku ingat apalah tadi, nak sedia laptop yang macam manalah tadi. Amboi, sebab bini macam-macam benda kau nak bagi pada dia. untunglahkan dia jadi bini kau. Hahaha.”
Rusdi menggelakkan Johan yang seakan sanggup melakukan apa sahaja untuk Julia.
          “Iyelah, budak sekolah pun sekarang ni dah ada laptop seorang satu, takkan bini aku pun tak boleh. Lagipun senang sikit dia buat kerja.” Johan duduk di tepi birai katilnya.
          “Nantilah aku buat macam yang kau suruh tu. ni anak-anak aku dah panggil ni. Mar pun dah jelling aku semacam aje ni. Aku letak dulu ni. Sorilah tak boleh nak layan kau lama-lama ni.” Rusdi cuba menghalang tangan anaknya yang cuba mencapai telefonnya di telinga.
          “Okay, okay aku faham. Okaylah, bye.”
          “Bye.” Rusdi terus mematikan taliannya.
          Johan tersenyum seketika mendengar Rusdi melayani anak-anaknya sebelum dia mematikan talian panggilan tadi. Dia menyembunyikan telefonnya di bawah tilam katil dan terus keluar dari bilik tidurnya untuk melihat apa yang sedang dikerjakan oleh Julia.

silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Thursday 24 January 2013

Sekarang aku dah free!!!!

Bila time exam jantung tengah dup dap dup dap pasal subjek critical... owh my costing and measurement.... hehehe... tapi bila dah habis exam still tak boleh balik lagi sebab kena siapkan final project untuk subjek design...

beberapa aku terpaksa tundakan tarikh untuk pulang ke kampung halaman ku, Kuala Terengganu... tiga hari tiga malam aku berusaha membuat project design sambil membantu sahabat2 ku yang masih belum mahir dalam subjek ini... hehehhe.... sori geng... masuk lif tekan sendiri....

dan inilah hasil 3 hari 3 malam yang telah meragut tidurku yang nyenyak... kesian taw, tido beberapa jam jer sebabkan project ni... encik, kalu saya tak dapat A++++, memang encik sampai hatilah sebab subjek encik, mata saya jadi macam mata panda.... huhuhuhuhu....
















silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Thursday 17 January 2013

Seindah Cintamu




Bab 24

“Oh, Ju dah kahwin. Ingatkan masih anak dara masa mula masuk kerja tadi. Erm, takde peluanglah pekerja lelaki nak mengorat Ju.” Mardhiyah membelanja Julia makan tengah hari di restoran yang berdekatan.
          “Ju tak nak layanlah semua tu. Ju dah ada suami, Ju dah ada kehidupan rumahtangga yang aman dan bahagia.” Julia cuma tersenyum untuk menggambarkan yang dia memang bahagia tika itu setelah Mardhiyah bertanyakan status dirinya.
          “Suami Ju tak kata apa bila Ju cakap Ju nak bekerja ni?” Tanya Mardhiyah sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
          “Suami Ju yang izinkan. Bila dia izinkan, Ju rasa sangat gembiralah. At least Ju boleh tolong dia serba sedikit, kan.” Julia berasa rindu pula kepada Johan. Kebiasaannya sekarang ni, dia akan menyediakan makan tengah hari untuk Johan.
          “Suami Ju kerja apa?” Mardhiyah mula mengorek serba sedikit tentang Julia. Dia sendiri berasa curiga apabila Julia datang bekerja setelah berjaya temuduga sedangkan dia sendiri pasti tiada temuduga yang untuk kemasukan pekerja baru buat masa ini. Mungkin sudah tertulis rezeki Julia dapat bekerja di situ, bisik hati Mardhiyah.
          “Suami Ju cuti sakit. Erm, Mar sekarang ni hampir waktu habis lunch hour. Ju tak solat lagi ni, kita balik ke office boleh?” Julia cuba mengalihkan topik sambil memandang ke jam tangannya agar Mardhiyah tidak bertanya lagi mengenai hal peribadinya.
          “A’ah lah Ju. Dah hampir pukul 2. Jom, jom, jom. Nanti tak sempat pulak. Sekarang ni susah tau Ju lebih-lebih pagi hari waktu masuk pejabat. Yelah, dulu kita gune punch card, bolehlah nak cilok-cilok tu suruhkan orang punch kan. Tapi sekarang ni dah guna system thumbprint, erm, memang tak boleh nak cilok-cilok dah.” Mardhiyah segera ke kaunter untuk membayar jumlah yang mereka makan.

“Ni laporan yang kau mintak tu, tapi aku rasa aku dah e-melkan pada kau kan. Ni tetiba mintak hardcopy, semua laporan tender pulak.” Johan asyik menilik setiap fail yang menyimpan setiap data syarikat.
          “Aku bukan apa, aku rindu sangat dah pada syarikat tu. Dah berapa bulan dah aku tak masuk kerja. Kesian kat kau jugak terpaksa buat kerja aku ni. Takpe-takpe, nanti aku bagi bonus lebih sikit.”
          “Banyaklah kau bonus tu, silap-silap tahun depan pun entah dapat entah tak. Hahahaha.” Rusdi meneruskan suapannya sehingga habis. Johan masih belum makan walaupun dia terasa lapar, lebih fokus kepada meneliti setiap laporan.
          “Kau cakap kau lapar, ni tak sentuh pun makanan yang aku beli tu.” Bungkus polisterin tak terusik dan tak tersentuh pun, Johan membandingkan setiap laporan yang diterima dengan data dalam laptopnya.
          “Di, Fika macam mana kat syarikat tu? Dia buat kerja tak? Ke tahu mengarah orang je?”
          “Fika tu sejak kau takde kan, tak masuk kerja makin melampau perangainya. Takkan kau tak ingat yang aku cerita bulan lepas, sesuka hati dia pergi pecat Syida setiausaha kesayangan kau.” Rusdi mula membuka segala cerita yang telah terjadi selama ketiadaan Johan.
          “Nasib baik kau bagi tahu aku lepas tu, boleh jugak aku suruh Faz pergi jenguk sekejap masa tu. Masa tulah adik ipar aku cakap, first time dia tengok bini dia mengamuk kat Fika. Faz memang tak suka Fika tu dari awal lagi. Aku pun kesian kat Syida.” Berubah muka Johan bila Rusdi menyentuh perkara pemecatan Syida yang dilakukan oleh Fika.
          “Betul cakap kau, aku sendiri terkejut bila tengok adik kau marah masa tu.” Muka Rusdi sangat teruja seakan perkara itu sangat menggembirakannya.
          “Cuba kau cerita kat aku, macam mana tu boleh terjadi tu. aku puas tanya adik aku, sepatah haram pun dia tak cerita kat aku. Aku tahu-tahu dia cuma cerita yang Syida dah masuk kerja balik. Tu ajelah.”
          “Macam ni, takde angin takde ribut, Fika pergi jumpa Syida bagi surat pemecatan tu. Aku masa tu takde kat office pulak sebab aku pergi tengok tapak projek kita kat Terengganu lepas kau suruh sebab ada kes ada orang main duit belakang ni kan, kalau aku ada kat office time tu takdenya Fika nak pecat Syida.” Johan terangguk-angguk mendengar cerita Rusdi.
“Aku balik tulah baru aku tahu, tu pun terserempak yang masa Faz mengamuk tulah. Kan lepas Syida kena pecat tu, memang Syida tak datang kerjalah sampai dia datang dengan adik kau, Faz. Fika tak perasankan adik kau ada dalam office kau masa tu, memang kuat gila suara dia menengking Syida suruh keluar. Setiausaha yang Fika lantik tu, Faz pulak yang pecat. Memang Fika menengking jugaklah pada Faz tu.”
Tak sempat Rusdi habiskan cerita dia, Johan menyampuk, “Faz pun kena tengking oleh Fika? Melampau betul minah tu, aku sendiri pun tak pernah tinggikan suara aku dengan adik aku. Jangan cakap aku, suami dia si Aiman tu pun tak pernah.” Marah betul Johan bila mendengar cerita Rusdi yang baru separuh jalan tu.
“Nanti dulu, aku tak habis cerita lagi ni. Faz cakap memang dia tak kerja kat situ, tapi dia ada share dalam company tu so dia ada hak. Faz siap cakap kalau benda ni terjadi lagi, dia sendiri tak teragak-agak untuk pecat Fika dari syarikat tu dengan sokongan papa kau. Papa kau tahu kot hal ni.”
“Oh, papa aku tahu, aku ingatkan Faz pergi selesai antara dia dengan Fika je. Tapi bagus jugak kalau papa aku tahu, aku nak sangat mama aku tu tersedarlah dengan perangai buruk si Fika tu.” Kepala Johan tergeleng-geleng mengenangkan sikap mamanya yang terlalu memikirkan darjat dan pangkat. Bukan dia tak tahu, masa dia berkahwin dengan Julia pun, mama menanyakan rasional Mak Mah kahwinkan mereka berdua.
“Tapi memang tu aku tak sangkalah adik kau boleh marah sampai macam tu. Syida pun aku tengok kesian jugak, dahlah ada krisis dengan suami dia pastu Fika pergi pecat pulak. Teraniaya dia bila semua ni terjadi.” Rusdi turut berlega hati apabila Dr. Fazlin bertindak untuk masuk campur dalam urusan begini.
“Krisis apa pulak antara Syida dengan suami dia?” Johan tahu Syida sudah berkahwin, sebelum dia bekerja lagi. Setahu Johan dari cerita-cerita pekerja lain, Syida berkahwin muda ketika dia dan suaminya belajar lagi.
“Aku pun tak tahu mana krisis rumahtangga orang ni. Orang yang duk bercerita yang suami Syida tu kahwin lain pastu lepas tangan macam tu aje terhadap Syida dan anak-anak. Tapi Syida takdelah pulak nak buka mulut sangkalkan semua tu. Dia diamkan aje, yelah hal rumahtangga ni buat nak pergi cerita kat orang. Orang lain pun macam dah takde cerita lain nak digosipkan.” Johan termenung dan seakan berfikir selepas mendengar cerita Rusdi tu.
“Aku kan kadang-kadang ni marilah terfikir, kalau isteri curang kita orang perempuan ni jahat. Tapi kalau suami pulak, dah bahagia dengan isteri bahagia dengan anak-anak boleh pulak buat macam tu. Isteri pun boleh rasa yang dia tu dikhianati.
Aku tahu poligami ni digalakkan dalam Islam adalah untuk membela wanita yang layak seperti janda ke, di samping orang lelaki itu sendiri mempunyai kemampuan. Tapi berbini lebih ni sebab isteri dah tua, dah tak macam mula-mula kahwin. Boleh ke alasan macam tu.” Tangan Johan sudah menongkat dagunya sambil dia memerhati sahaja bungkusan makanan yang sehingga itu dia tidak makan lagi.
“Aku pun tak nak cakap lebih-lebih, Jo. Karma hidup ni kita tak tahu. Sedap kita mengata kat orang, sekali Allah nak tunjuk pada kita. Diberinya ujian begitu, sape tahu kan. Apa-apa pun doa jelah yang paling baik untuk Syida tu. Yang sekarang ni pulak, yang kau tak makan nasi yang aku beli ni pasal apa. Aku tahulah lauk tu mungkin tak sesedap bini kau masak...”
“Tak payah nak sentap-sentap sangat dengan akulah. Nanti aku makanlah tu. Aku memang lapar pun cuma bila aku dengar banyak benda yang terjadi dalam company tu, aku rasa aku kena bertindak sekarang ni. Sampai selera makan aku pun boleh terganggu sekarang ni.” Johan memikirkan apa yang patut dia buat sekarang ni. Adakah sudah sampai masanya dia berterus-terang dengan Julia atau tidak? Dia pun mahu membetulkan apa yang tidak betul antara dia dan Julia.
Rusdi yang memerhati Johan yang senyap dan berwajah serius tu terus mencari idea, “Kau nak tahu tak macam mana bini kau bekerja untuk first day dia? Hahaha. Memang kelakar sampai aku yang dalam pejabat tu pun sakit perut duk tahan ketawa.”
“Macam mana, tapi aku memang boleh bayangkan dah masa kau telefon aku cerita yang kau tersilap letak dia dalam department tu. Mesti dia macam blur kan. Hahaha.” Terus muka Johan berubah ceria dan teruja untuk mendengar cerita yang selanjutnya.
“Agak macam tulah, macam kalut pun ada bila awal-awal lagi Mardhiyah dah bagi tugasan pada dia. Hahaha.”
“Mar pun macam nak buli bini aku je. Tak sampai satu hari kerja dah bagi task yang susah-susah.” Johan dah tergelak-gelak dengan Rusdi. Mereka terus berbual dan berborak lama. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa begitu sebagai sahabat baik.

Rusdi masih rancak berborak dengan Johan di kondonya sehinggakan tidak perasan bahawa masa rehat tengah hari sudah habis. Itu pun dia tersedar apabila dia minta tumpang untuk solat zohor itu pun masih sempat lagi berbual panjang dengan Johan.
          Lama dia tak menjenguk Johan selepas Johan kahwin, nak buat mcam mana lagi bila semua perkara nak kena sorok dari isteri sendiri, kata Rusdi bila Johan mengatakan sudah lama dia tidak berjumpa dengan Rusdi.
          “Dahlah Jo, aku nak masuk kerja dah ni. Kan bos potong gaji pulak sebab masuk lambat. Hahaha.” Kata Rusdi sambil menyarung kasut di hadapan pintu kondo Johan.
          “Bos kau baik hati, takdenya dia nak potong gaji kau. Tapi kau jangan buat hal pulak bila bos kau kata macam tu. Hahaha.” Johan turut keluar untuk menghantar sahabatnya walaupun sehingga tempat lif sahaja.


silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien

Wednesday 16 January 2013

Lirik Lagu Di Kalung Kasihan – Imran Ajmain


Lirik Lagu Di Kalung Kasihan – Imran Ajmain
OST Debunga Lalang

Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza biar ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada rasa terkilan terbatas masa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

Thank You...


Kini saya nak ucapkan terima kasih pada Nuffnang yang kini sedang memberi saya sedikit penjanaan... hehehe... walaupun masih baru lagi... CTR je yang tinggi, CPUV masih belum dapat sebab saya masih new nuffnanger... so tak kecik hati pon kalu tak bagi lagi setakat ni...



terima kasih jugaklah pada sahabat yang mencadangkan agar saya join Nuffnang ni... asalnya memang tak tahu menahu pon apa itu nuffnang, keistimewaan nuffnang, dan seterusnya... setakat ni masih setia lagi dengan nuffnang walaupun status Glitterati pernah kena tarik sekali disebabkan blog yang satu lagi ni messed up by someone... huhuhuhu....

tapi status itu dikembalikan, alhamdulillah... dan semoga nuffnang memberi saya CPUV pulak... okay... hehehehe.... sejak pandai main nuffnang tu, sejak tulah berdoa agar dapat CPUV yang blogger lain duk sakan bercerita itu... tak lupa jugak, tanpa pembaca blog ini jugak yang sudi singgah, membaca post saya, dan yang paling sudi untuk mengklik pada iklan itu, thank you very much.... hehehehe....



Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi kepada sahabat saya yang bernama Siti Shuhada Mahari... Walaupun lambat post di sini tapi dah wish kan pada 12 Januari baru-baru ni... Hehehe... Selamat Ulang Tahun Yang ke-22... Masing-masing dah makin tua sejak masuk tahun baru 2013 ni... Hehehehehe....

Semoga Sue panjang umur, murah rezeki ( di beri ketenangan dalam exam sekarang ni ), bahagia di samping yang tersayang.... Lin turut berharap agar persahabatan kita kekal hingga ke akhir zaman... Semoga ukhuwah yang kita bina ni mendapat keberkatan dari-Nya... Amin...



Inilah sahabat saya yang penyayang dan sukakan kepada budak-budak... Semoga Sue boleh menjadi ibu yang solehah dan baik untuk bakal anak-anak kelak... Hehehehehe....

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Tuesday 15 January 2013

Kau Minat Aku Ke???





Bab 2

Hidayah termenung seorang diri di tepi tingkap biliknya. Sejak kebelakangan ni, jiwanya terasa seperti tidak tenteram. Anggapannya sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya, dia beristighfar kepada Allah.
          “Dayah, kau nak makan tak ni? Semua tengah tunggu kau ni.” Mardhiyah menyedarkan Hidayah dari khayalan panjangnya. Hidayah hanya memandang sepi dengan ajakan sahabatnya itu.
          “Hei, kenapa ni? Macam ada masalah je. Kau tak tak sihat ke?” Terus tangan Mardhiyah melekat pada dahi Hidayah. Hidayah menolak perlahan tangan Mardhiyah dan mengeluh.
          “Haihhhh… Aku tak sedap hati lah. Aku rasa macam ada benda nak jadi ni.” Hidayah memalingkan tubuhnya dan mengadap ke arah Mardhiyah yang merenung tajam ke arahnya.
          “Apa benda pulak ni. Kau ni mengarut jelah. Kau dah telefon mak ayah kau kat kampung? Diorang sihat tak?”
          “Alhamdulillah, diorang sihat.” Hidayah memberikan jawapan positif yang Mardhiyah harpkan.
          “Habis tu apa lagi yang tak kena. Kau ni kuat sangatlah baca novel sampai kehidupan kau pun terpengaruh sama ni haa.” Mardhiyah mula menyalahkan novel-novel cinta kesayangan Hidayah.
          “Hei, takde kaitan pun dengan novel aku dengan hidup aku okay. Aku baca untuk meluangkan masa lapang dan memang novel-novel tu pun ada jalan cerita yang menarik. Kau tak baca mana kau nak faham jiwa pembaca novel ni. Dahlah, kau cakap tadi semua tengah tunggu kan, kau nak makan tak ni?” Berbalik pula soalan yang ditujukan. Kini Hidayah pula mengutarakan soalan itu pada Mardhiyah.
          “Eh, aku pulak yang kena. Kau nikan sukalah nak buat hidup tak senang. Dahlah, jom pergi makan.” Mardhiyah menolak tubuh Hidayah yang berdiri di depan pintu biliknya.
Walaupun Hidayah tersenyum dan bergelak ketawa dengan rakan serumahnya namun hatinya masih gelisah memikirkan apa yang sedang berlaku tanpa pengetahuannya. Adakah sesuatu akan berlaku ke atas dirinya? Itulah persoalan yang sering berlegar-legar dalam fikirannya.

“Along. Tak tidur lagi ke? Dah pukul 2 pagi ni.” Bahunya di tepuk kuat dan tangan itu terus melekat pada belakangnya. Terus Kamil berpaling dan tersenyum nipis. Dia kembali memandang sawah bendang yang terhampar di hadapannya sambil diterangi cahaya bulan purnama. Suasana ketika itu sungguh sepi dan sangat menenagkan.
          “Ayah tengok selepas mak bagi tahu kat along pasal wasiat arwah atuk tu, along selalu termenung kat sini selepas semua orang masuk tidur.” Ayahnya terus duduk di sisinya sambil menikmati juga panorama yang indah itu. Ayahnya juga mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang prihatin dengan perubahan diri anak-anaknya.
          “Takde apalah ayah. Along cuma suka tengok sawah bendang macam ni. Kat KL tu mana ada semua ni. Semuanya konkrit belaka.” Kamil tersenyum lagi sekadar untuk menyedapkan hati si ayah.
          “Ayah yang sambut along masa along lahir dulu. Along anak ayah. Sekarang ni pun along dah besar dah, dah umur 28 tahun dah. Memanglah ayah takde masa along belajar di perantauan dulu tu tapi beza 23 tahun along bersama ayah dengan 5 tahun along belajar di Jordan jauh dari ayah, ayah masih faham anak ayah.” Mata kuyu ayahnya dipandang sayu apabila seorang ayah sedaya upaya mencuba untuk memahami keresahan anaknya.
          “Ayah. Along cuma terfikir dalam ramai-ramai cucu arwah atuk tu, kenapa along yang terpilih? Ramai lagi cucu lelaki arwah atuk tu, abang Ismail tu dah 30 tahun lebih tak kahwin-kahwin takde pulak nama dia dalam wasiat tu. Lagipun wasiat arwah atuk tu peliklah, boleh pulak suruh kahwin-kahwin ni.” Kamil menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada ayahnya. Namun dia tidak mampu untuk menatap mata ayahnya lagi yang seakan sayu melihat dia berada dalam keterpaksaan itu.
          “Kalau along tak nak, ayah tak nak jugak paksa along. Yelah hidup berumah tangga ni bukannya satu perkara yang boleh diremeh-remehkan. Tapi lainlah yang menyuruh tu masih hidup dan bolehlah along menolaknya, ni yang sudah tiada, wasiat pulak tu along tak fikir ke tenang ke arwah atuk kat sana?” Melihat Kamil yang terdiam dan merenung jauh ke arah bendang sawah padi di hadapan rumahnya itu sudah dapat diteka oleh Encik Naim apa sedang difikirkan oleh Kamil.
          “Along dah besar, dah matang, dah memang boleh kahwin pun. Fikirlah along, selagi ayah masih hidup ni, nak jugak ayah melihat along berjabat tangan dengan tok kadi. Bawa menantu sulung ayah dalam rumah ni, ada rezeki boleh tengok cucu sekali. Itu pun kalau umur ayah panjanglah along, nak berangan lebih-lebih ni ayah dah tua. Ajal maut entah bila datangnya mana kita tahu.” Encik Naim menepuk-nepuk bahu anak lelaki sulungnya itu dan bangun menuju ke bilik tidur.
          Kamil memikirkan setiap kata-kata ayahnya itu. Ya, dia akui dia sudah layak untuk berumah tangga tapi kenapa mesti yang dipilih adalah Hidayah. Itu yang dia mampu ungkapkan pada ayahnya agar ayahnya mengerti hati lelakinya itu.

Hidayah gelisah di tempat pembaringannya, peluh mula merencik di dahinya. Gelisahnya dia yang sedang bermimpi sehinggakan Mardhiyah yang sedang menyiapkan laporan kerjanya berasa cemas dan terus mengejutkannya dari tidur.
          “Dayah, Dayah, Dayah. Bangun Dayah. Dayah.” Mardhiyah mula mengoncang kuat tubuh Hidayah. Barulah Hidayah terjaga dan membuka mata sambil memandang ke sekeliling.
          “Hei, kau okay tak ni? Aku tengok tadi sampai aku pun naik takut sama tau. Kau mimpi apa ni sampai, haa, berpeluh-peluh ni?” Mardhiyah mencapai kotak tisu dan menariknya sehelai lalu mengelap dahi Hidayah.
          “Aku mimpikan ular, Mar. Ular tu nak makan aku agaknya. Aku takutlah Mar. Dah berapa malam dah aku mimpikan ular macam tu.” Hidayah menguak rambutnya ke belakang agar lebih terurus.
          “Tu yang kau moody lately ni. Sebab mimpikan ular tu. Yang ular tu nak makan kau tu apasal pulak, dah takde benda lain ke ular tu nak makan. Hahaha.” Terus muncung mulut Hidayah bila melihat kawannya langsung tidak mengambil serius tentang apa yang dihadapinya itu.
          “Oh, come on. Ok, ok, ok. Mimpi kau ni macam mana? Macam mana kau boleh termimpikan ular ni? Kau ada langgar pantang larang ke?” Mardhiyah mula membuat tidak faham sambil dahinya berkerut.
          “Sekarang ni dah pukul berapa ni? Kau pun tak tidur lagi ke?” Hidayah memandang wajah Mardhiyah yang sedang menantikan jawapan darinya, bukan soalan-soalan yang diajukan oleh Hidayah itu.
          “Aku tidur lepas subuh nanti. Banyak report aku kena siapkan. Kau ni nak mengelaklah tu. Kalau kau tak nak cerita, sampai bila kau nak gelisah, murung gini. Dengan aku pun, kau tak kongsi dengan aku ke?” Mardhiyah mula membuat ayat sayu macam tu dan bangun dari katil Hidayah. Sekejap lagi dia akan mendengar ayat magik Hidayah yang selalu tertangkap kalau dia cuba menyembunyikan sesuatu perkara.
          “Aku bukannya tak nak bagi tahu…” Mardhiyah sudah tersenyum tetapi Hidayah tidak melihatnya. Dia seperti keberatan untuk bercerita.
          “Apa dia Dayah? Kau nak perkara ni selesai ke tidak?” Mardhiyah mula membuat ayat seperti mengugut. Hanya dengan cara itu sahaja dia tahu, Hidayah akan mula bercerita dari A sampailah Z.
          Mardhiyah berpaling memandang ke arah Hidayah. Hidayah bermain dengan jari jemarinya sendiri. Sekejap Hidayah memandang wajah Mardhiyah, sekejap dia melihat jari jemarinya. Dengan lafaz bismillah, dia mula menceritakan satu per satu kepada Mardhiyah.


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Sunday 13 January 2013

Seindah Cintamu



Bab 23

Julia memulakan kerjanya di bahagian Pengurusan Pengiklanan yang diketuai oleh Encik Rusdi sendiri. Setelah diberi penerangan yang lebih jelas tentang kerjanya barulah Julia memahami lebih mendalam mengenai syarikat tersebut.
          Syarikat N&N merupakan sebuah syarikat besar yang mempunyai beberapa resort dan hotel, membina dan menjual rumah-rumah banglo mewah. Julia melakukan kerjanya dengan sedikit kekok kerana dia tidak mempunyai pengalaman bekerja di bahagian pengiklanan.
          “Ju, boleh ke buat cadangan pasal iklan tadi?” Suara Mardhiyah memecahkan lamunannya. Mardhiyah adalah orang pertama yang diperkenalkan kepadanya oleh Encik Rusdi. Keramahan Mardhiyah membuatkan Julia tidak berasa kekok untuk berganding bahu dengannya.
          “Cadangan iklan tu, Ju masih memikirkannya. Idea tu dah ada cuma Ju masih kekok untuk hasilkannya dalam bentuk grafik.” Jawab Julia perlahan. Dia masih perlu belajar untuk berkomunikasi dengan orang luar.
          “Grafik??? Maksud Ju, Ju nak hasilkan macam design ke? Kalu macam tu Ju guna je adobe photoshop. Just simple saja sebab nanti design tu akan dibuat semula agar lebih cantik.” Terang lagi Mardhiyah agar Julia lebih faham.
          “Ok Mar. Thanks. Nanti Ju tunjukkan pada Mar.” Julia mula tersenyum.
          “Small matterlah. Hahaha.” Mardhiyah kembali ke kerusinya.
          Namun setelah itu, senyuman Julia kembali sirna apabila dia menghadap komputernya dan designnya masih kosong. Dia memandang kiri dan kanan untuk melihat bagaimana orang lain menggunakan adobe photoshop untuk menghasilkan design.
          “Mar.” Julia kembali memanggil Mardhiyah untuk meminta tolongnya.
          “Iya Ju.” Sahut Mardhiyah namun matanya masih melekat pada skrin komputernya.
          “Boleh tolong Ju tak? Ju tak pandailah nak buat adobe ni.”
          “Ju tak pandai nak buat?” Mardhiyah bangun dan mendekati meja Julia.
          “Erm, ni first time Ju kena buat design. Ju tak pernah belajar pon nak buat design ni.” Julia menerangkan keadaan sebenar. Sebenarnya dia sendiri hairan kenapa Encik Rusdi meletakkan dia di bahagian tersebut.
          Mardhiyah sudah membuat muka pelik. “Ju tak biasa guna adobe high version ke? Adobe ni hampir sama je dengan yang version lama cuma makin banyak choices je.”
          “Bukan tu, Ju memang tak pandai guna apa-apa software design. Julia tak belajar design dulu.” Julia memandang wajah Mardhiyah yang mula berkerut.
          “Ju tak belajar design, habis tu Ju belajar course apa dulu?”
          “Ju belajar akaun, pengurusan kewangan.” Julia tidak memandang muka Mardhiyah.
          “Erm, betul orang cakap kan. Tak semestinya apa yang kita belajar dulu, itu yang kita akan kerjakan sekarang. Takpelah Ju, mula hari ni, Ju kena belajar untuk menjadi seorang designer. Hahaha.” Mardhiyah menepuk-nepuk bahu Julia.
          “Boleh ke, macam tak bertauliah je. Hahaha.” Julia kembali tersenyum.
          “Bolehlah, alah design ni senang je. Idea tu yang susahnya. Perlu kreatif dan inovatif. Jangan menciplak yang orang lain dan meniru, itu yang penting. Ok, kalu Ju takde basic design grafik knowledge, Ju guna easy software jela dulu. Belajar guna software design yang mudah dulu.” Mardhiyah memainkan tetikus dan membuka software GIMP.
          Software tersebut hampir sama dengan dengan adobe photoshop cuma ia lebih mudah dan simple sahaja. Langkah permulaan untuk belajar. Mardhiyah mengajar Julia satu per satu untuk melengkapkan satu design yang cantik walaupun hanya menggunakan software GIMP.
          Rusdi hanya memerhati Julia di sebalik tirai pejabatnya. Sambil itu, dia sedang bercakap telefon dengan suami Julia. Melaporkan setiap gerak-geri Julia kepada Johan seperti penyiasat tak bertauliah saja gayanya.
          “Sumpah aku tak teliti elok-elok resume dia masa interview tu. Dah kau suruh aku ambil dia bekerja terus, aku letaklah dia di bawah jabatan aku. Mana aku pandai sangat nak atur-atur pekerja ni.” Rusdi dah sakit perut ketawakan dirinya sendiri yang telah tersalah membuat keputusan.
          “Gila kau, bini aku tu belajar akaun kau pergi letak kat bahagian iklan buat apa. Dah dia belajar akaun, kau agak-agaklah sendiri nak atur department tu. takkan tu pun aku nak suruh. Hahahaha. Nanti dia mesti cerita kat aku bila habis kerja nanti. Hahahaha.” Johan sendiri tak dapat menahan gelihatinya bila mendengar cerita Rusdi.
          “Tulah silap aku ni tak tengok betul-betul resume dia. Kalau ramai pengurus macam aku ni, boleh bankrup syarikat ni. Letak je mana-mana pekerja kat bahagian yang tak sepatutnya. Hahaha. Kesian bini kau, terkulat-kulat dia nak buat kerja tu. Macam mana ni, nak suruh Julia pindah department ke?” Rusdi meminta pendapat dari tuan empunya syarikatnya.
          “Tak payahlah, aku tak nak dia stress dengan kerja kewangan tu. Nanti tu lama-lama bila aku dah masuk kerja balik, aku pindahkanlah dia ke bahagian kewangan. Report kewangan dengan report tender bila kau nak bagi kat aku ni?” Johan mula merindui suasana bekerja di syarikatnya. Sudah lama dia bercuti dan hanya mendengar khabar tentang syarikatnya daripada Rusdi sahaja.
          “Tulah, nanti aku keluar lunch tu aku singgah sekejap kat rumah kau. Apa lagi yang kau nak pesan kat aku ni?” Rusdi mula mengemas barang-barangnya dan membuka almari yang menyimpan fail dan rekod yang diminta oleh Johan. Dia sememangnya seorang yang jujur dan boleh menjalankan amanah dengan baik.
          “Sebelum kau datang sini, kau tolong singgah beli makanan kat aku. Bini aku dah tak boleh nak masakkan aku makan tengah hari dah.” Johan melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mencapai remote control tv. Dia mula kebosanan di rumah apabila berseorangan begitu.
          “Kesiannya bunyi aku dengar. Bos tak makan lagi ke bos? Hahaha. Yelah, nanti aku belikan nasi berlauk. Aku pilih jelah lauk yang sesuai, kaulah ni punya pasal hari ni aku tak boleh nak lunch dengan Mar dah.” Rusdi memandang jam tangannya dan masa rehat sudah mula. Staff-staffnya mula beredar dari situ untuk mengisi perut dan solat zohor.
          “Aku tak kisahlah, janji aku kenyang. Dengan Mar tu bila-bila masa, lain kali pun kau boleh makan sekali kan. Dahlah, bila sampai nanti kau call aku balik. Bye.” Johan telah mematikan talian.
          “Bye.” Rusdi menyimpan telefonnya ke poket seluar. Dia mengepit beberapa fail di celah ketiaknya sambil berdiri di dinding bercermin biliknya.
          Dia mengintai di sebalik tirai dan melihat Mardhiyah dengan Julia sudah tiada di tempat mereka. Mungkin sudah keluar untuk makan tengah hari bersama. Dia terus keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan Johan dan suasana yang sepi menandakan tiada sesiapa lagi di jabatan itu.

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe...