Monday 31 December 2012

Kau Minat Aku Ke???





Bab 1

Bermati-matian lelaki itu menolak keputusan supaya dia dinikahkan dengan perempuan yang dia paling benci dalam dunia ini.
          “No! Along takkan sesekali kahwin dengan dia. Mak tolonglah jangan paksa along macam ni. Kalau betullah nak suruh along kahwin sekalipun, tak ada perempuan lain dah ke?” Kamil tetap membantah keputusan orang tuanya itu.
          “Along, mak nak buat macam mana lagi, dah memang tertulis dalam wasiat atuk kamu ni. Arwah nak kamu berkahwin dengan salah seorang cucu perempuan kawan arwah. Dah tu pulak, Hidayah seorang saja yang masih belum berkahwin. Along, kamu tak kesiankan arwah atuk kamu ke?” Puan Nora cuba memujuk Kamil lagi sambil memandang ke arahnya suaminya untuk meminta tolong.
          “Along, kamu dengar sini, wasiat ni bukan main-main tau. Boleh tak tenang si mati kalau hajatnya tak tertunai. Lagipun bukannya kamu tak kenal dengan Hidayah tu, dia kan anak jiran kita jugak dulu, anak Pak Cik Zuki dengan Mak Cik Yah. Baik apa budak tu, sopan santun, hormat orang tua. Apa lagi yang kamu tak berkenan?” Tanya pula si ayah kepada anak lelaki sulungnya itu.
          Kamil mula mengeluh bila melihat orang tuanya seakan berkeras juga untuk mengahwinkan dia dengan Hidayah. Memang Hidayah seorang yang baik dan lemah lembut orangnya, tapi ada sebab kenapa dia membenci Hidayah separuh mati.
          Dia tak tahu bagaimana dia nak menyakinkan kedua orang tuanya itu agar dia dan Hidayah tidak akan disatukan. Kerana sakit hati melihat keputusan orang tuanya, dia terus melangkah masuk ke bilik agar tiada sesiapa yang akan mengganggunya.
          “Along, kamu nak ke mana tu? Mak tak habis cakap lagi ni. Along!!!”
          “Sudah maknya, biarkan along tu. Nanti bila dah hatinya sejuk, saya cubalah bercakap semula dengannya.” Pujuk Encik Naim sambil menghalang Puan Nora yang cuba untuk mendapatkan Kamil.
          “Saya tak fahamlah dengan along tu, bang. Dari hari pertama dia mendengar wasiat tu dibaca, terus along marah kenapa dia berkait sekali. Padahal bukannya along tak tahu, arwah rapat sangat dengan along tu. Dah besar panjang pun masih tak boleh nak berfikir.”
          “Anak awak tu bukannya bodoh, Nora. Kerja hebat, doktor gigi lagi. Apalagi yang tak kena dengan anak awak tu. Entah-entah dia dah ada kekasih dalam diam, tu yang dia nak mengamuk tak tentu pasal bila kita paksa dia kahwin tu. Awak tak terfikir macam tu ke?” Encik Naim sedaya upaya mencuba untuk menyelamatkan keadaan bila emak dan anak mula bertelagah.
          “Saya dah bertanya dulu sebelum saya bagitahu pasal wasiat tu. Along cakap dia single lagi, tak ada masa sangat sibuk bekerja sampai girlfriend pun tak sempat nak cari. Dah tu kalau tak sempat cari awek, ni orang nak suruh dia kahwin, tak nak pulak…” Makin berangin pula Puan Nora dengan anak lelakinya itu.
         
Kamil mendengar sayup-sayup suara ayah dan maknya yang sedang bercakap mengenai dirinya. Dia mengeluh panjang sambil berbaring di atas katil.
          “Dah tak ada perempuan lain lagi ke sampai perempuan tu jugak yang nak kena jadi bini aku……” Kamil mula bermonolog sendiri. Dadanya terasa sakit mengenangkan kisah lalu.
          “Memang masa tu dah jadi kenangan, tapi aku ni ada perasaan, ada maruah aku sebagai lelaki. Takkan aku nak ambil dia buat jadi bini aku selepas apa dah jadi tu.” Kamil mula mengiring ke kanan sambil mengadap ke arah dinding yang membisu.
          Kamil gelisah memikirkan keputusan orang tuanya dan kandungan wasiat arwah atuknya itu. Tak pasal-pasal dia yang terpaksa menjadi kambing hitam untuk memenuhi kehendak semua orang. Dia mengeluh dan terus mengeluh sehingga terlelap sendiri.

“Kamil, kau jagalah meja koperasi untuk mase pendaftaran pelajar baru ek. Kita tak cukup pengawas koperasi ni.” Kawan baik aku sepanjang kami belajar di sekolah agama tu, bersuara bila tiada orang yang ingin bertugas pada awal tahun yang aku kira turut akhir tahun, 31 Disember 2002.
“Dah takde orang lain ke sampai kau nak suruh aku ni. Aku ingat macam malas pulak. Hahaha.” Saja nak usik muka cemberut kawan aku ni.
“Ah, aku tak kira, kau malas ke kau rajin ke aku nak kau mari gak masa hari pendaftaran tu. Dah tak ada orang lain dah aku nak harapkan, kau seorang je Kamil, tolong aku jaga meja bahagian muslimin ni.” Kata Muslim.
“Erm…. Yerlah.”

Macam biasa, pelajar muslimat lebih ramai jika nak dibandingkan dengan pelajar muslimin. Aku yang kaum adam ni pun hairan ke mana perginya lebihan yang kat luar sana tu.
“Erm, Lim. Tak ramai sangat kan pelajar muslimin ni. Setiap tahun macam makin kurang je. Haih, kalau beginilah kan, memang ada peluanglah orang macam kita nak poligami nantikan. Yerlah, dah macam makin pupus je kaum adam ni aku tengok. Hahaha.”
“Banyaklah kau ni poligami, yang seorang pun belum tentu terjaga. Kesian pulak aku tengok bahagian muslimat tu. Sekali kena serang ambil kau, tak nampak pengawas yang jaga.”
“Aku nak pergi kat kedai koperasi kejap, nak ambik beg kertas lagi.” Aku terus berlalu.

‘Macam jiran rumah aku je.’ Hati Kamil bersuara. ‘Yerlah, pak cik Zuki.’
          “Assalamualaikum, pak cik Zuki.” Tegur aku dari belakangnya dan pak cik Zuki terus berpaling. Anak perempuannya turut berpaling sama ke arah Kamil.
          “Waalaikumsalam. Eh, ni anak Naim kan?” Soal pak cik Zuki sambil berjabat tangan dengannya. Aku hanya mengangguk saja. Mata aku tak lepas memandang anak perempuannya. ‘Mesti baru form 1 ni.’ Bisik hati aku.
          “Hidayah, kenalkan ni Kamil, anak pak cik Naim. Jiran depan rumah kita je ni.” Pak cik Zuki memperkenalkan Kamil kepada anak perempuannya.
          ‘Hidayah nama dia rupanya. Ya Allah, dia senyum manisnya. Kamil, apa kau sedang buat ni. Anak dara orang tu.’ marah hatinya.
          “Takpelah pak cik Zuki. Saya kena tugas ni jaga meja koperasi tu. Nanti ada masa bolehlah kita borak panjangkan pakcik. Pak cik Zuki pon nampak macam tergese-gesa je.” Kamil sebenarnya dah tak tahu nak borak apa dengan pak cik Zuki sebab anak perempuannya itu.
          “Iya iya, pak cik Zuki ni pon bukannya ape, juruaudit Negara nak datang pejabat. Tu yang duk kalut tu. Lain kali la ya, Kamil.” Mereka terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

“Along, along, along… Bangun along dah Maghrib ni. Along, bangun!” Terus Kamil membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Dia mengeluh lagi. Rupanya mimpi berulang lagi.
          “Kamu ni along, kenapa? Mengigaulah tu, dah besar panjang pun mengigau lagi. Tidur lagi senja-senja hari. Bangun, ayah kamu dah ajak pergi masjid tu. Cepat bangun.” Emaknya mula menampar perlahan lengannya.
          “Yerlah, along bangun la ni.” Kamil bergerak malas menuju ke bilik air. Azan Maghrib berkumandang merdu di seluruh pelosok alam. Kamil dan ayahnya berangkat ke masjid bagi menyempurnakan solat fardhu secara berjemaah.

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Examination!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....

Buat masa ni, nlog aku ni mungkin akan berhabuk sikit gara2 exam bakal menjelang pada tahun 2013 ini... oppsss... nak ucap dulu selamat akhir tahun... heheheh... banyak kenangan kita kan di tahun 2012 ni... masa yang pergi takkan kembali tapi memori tetap terpahat di dalam hati... 

contohnya ini....














ni semua kenangan di tahun 2012... tambah menjadi memori apabila seseorang ini telah meninggalkan kita... kan3.... dah habis bab sedih2... saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU... kepada semua pembaca blog saya.... semoga tahun 2013 akan menjadi lebih baik untuk para pembaca sekalian... dan untuk Nuffnang jugak yang telah banyak memberikan saya duit... hehehhe... terima kasih Nuffnang...

owh, nak cakap pasal exam, aku gi merapu ke tahun baru... adei2.... ni aku kabo ke semua ni.... tahun depan, 3 januari aku dah start exam.... huahuahuahua.... berakhirnya sampailah 18 januari.... final submission projek 22 januari...



para pembaca Seindah Cintamu, saya mintak maaf sebab tokleh nak sambung citer lagi setakat ni... maaf bebanyak deh... konon nak sambung 3 hingga 5 bab waktu study weeks, tapi tokleh jugak sebab subjek yang saya ambik untuk semester ni payah dan memerlukan komitmen yang banyak... heheheh... ayat tokleh blah kan kan kan.... hehehe... 

itu saje dari saya di akhir tahun ini... selamat dari saya untuk pembaca blog saya semua.... salam...

P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Thursday 27 December 2012

Noor Hidayah...

Noor Hidayah Bt Zainudin... nama yang diberi mempunyai maksud yang indah... dayah, saya buat ape yang saya kata... hehehehe... yang ni kawan aku jugak... sangat mesra n rapat... asal dari kelantan... hehehe...


P/s: DSP CREATIVE blog... ini pun blog aku jugak... hehehe... 

Kengkawan....

Blog aku ni, kengkawan aku tak baca pon.... Diorang cakap aku tak tulis kisah diorang semua... So, sekarang ni... aku nak perkenalkan sorang satu pada pembaca blog aku ni... Nak kasi promote sket diorang ni... Hehehehe...

Yang pertama, yang aku hormat macam kakak aku sendiri sebabnya dia sebaya dengan kakak aku yang second, namanya NORMAWANI BINTI ZAINUDIN... Hehehe.... Kak Wani, meh baca ni... Lin dah nak story sal Kak Wani dalam blog lin ni... Hehehehe....




Yang second plak, namanya NUR BADRIAH BINTI MOHD KAMAN... Yang ni sepatutnya aku panggil kakak jugak sebab dia ni tua dari aku, tapi biler empunya badan sendiri menegah, jangan panggil dia kak, memang aku wat macam kawan yang sebaya lah jawabnya... hehehe...




Yang seterusnya, adalah MARDHIYAH BINTI MOHD RIDZUAN..... Yang ni sebaya dengan aku... Asal dari Pasir Puteh, Kelantan... Baik orangnya, bijak pon ya jugak... boleh jugaklah aku jadikan dia sebagai contoh sket... Nak wat camne, aku ni kira nakal sket... so nak jadi baik, kena ambik contoh yang baik kan, kan, kan.... heheheh...




Kita orang dulu empat sekawan tapi my lecturers semua dah bising nak pecah kan budak batch kami kepada 3 kelas... Aku rasa geng sekawan aku ni mesti termasuk dalam list sebab aku ingat lagi mase semester 2 dulu, (sekarang ni aku dah semester 3), aku empat sekawan satu group iaitu group A, kebetulan time tu group B tak cukup orang... Kami berkeras tak nak berpecah empat orang ni... hehehe...




Aku sayang 3 orang ni... meskipun sayang aku tu diorang tak nampak... hehehe...



P/s: Oh ya, korang klik lah kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Wednesday 26 December 2012

DSP Creative Blog



agak2 korang yang membaca blog aku ni pernah dengar tak DSP Creative??? tak pernah ek??? xpe2, meh sini aku terangkan serba sedikit.... eheheh... blog ni aku yang buat untuk my uncle... since he asked me to make a beautiful blog for him.... tapi x cantik pon aku buat... hahahaha....

( blog aku sendiri x cantik kan.... huhuhuhu...)

DSP Creative blog ni macam nak jadi salah satu blog yang menawarkan khidmat wedding photoshoot la... yang lain2 tu nanti korang melawat sendiri blog tu neh, tanya lah kat admin tu... 

(salah sorang admin tu akulah... hehehe... tapi aku x taw sangat... aku buatkan jer... hehehe...)

ni kiranya aku tengah mempromosikan blog pak cik akulah ni... hehehe... korang try buka selalu sebab aku pon akan update blog ni... walaupon blog ni baru lagi... kita orang buatkan yang the best lah untuk menarik perhatian korang pada blog ni... hehehehe... 

(walaupon blog sendiri macam hampeh jer nak update... hehehe)

p/s: korang klik jer kat words of DSP Creative tu... aku dah buat kan link bagi memudahkan korang semua.... tq semua... heheheh...

P/s: Oh ya, korang klik lah kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..

Friday 21 December 2012

Surah Al-Mulk dan Keistimewaannya....



Surah Al-Mulk - سورة الملك



  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;(Al-Mulk 67:1)

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);(Al-Mulk 67:2)

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?(Al-Mulk 67:3)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).(Al-Mulk 67:4)


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.(Al-Mulk 67:5)

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(Al-Mulk 67:6)

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.(Al-Mulk 67:7)

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"(Al-Mulk 67:8)

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "(Al-Mulk 67:9)



Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".(Al-Mulk 67:10)

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.(Al-Mulk 67:11)

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.(Al-Mulk 67:12)

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.(Al-Mulk 67:13)

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!(Al-Mulk 67:14)

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).(Al-Mulk 67:15)

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?(Al-Mulk 67:16)

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17)

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.(Al-Mulk 67:18)

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al-Mulk 67:19)

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.(Al-Mulk 67:20)

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).(Al-Mulk 67:21)

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?(Al-Mulk 67:22)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".(Al-Mulk 67:23)

Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".(Al-Mulk 67:24)

Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"(Al-Mulk 67:25)
                                                                                     
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".(Al-Mulk 67:26)

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".(Al-Mulk 67:27)

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".(Al-Mulk 67:28)

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".(Al-Mulk 67:29)


Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".(Al-Mulk 67:30)




KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Kelebihan Surah Al-Mulk
Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:


" Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah diatas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."



Meski pun begitu, Surah Al-Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Diantaranya:



1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al-Mulk."



2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."



3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."



4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."



5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.



6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah ituialah surah Al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."



7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."



8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dan surah Al-Mulk."



9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."



10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."



11. Ulama berkata: "Sesungguhnyasurah Yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."



12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surahAl-Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al-Mulk." 

P/s: Oh ya, korang klik lah kat iklan aku kat atas sekali tu, kat sebelah kanan tu, kat bawah ni ea.. Hehehe klik lah, jangan malu-malu..


silalah klik di sini... http://rm50.biz-2u.com/?id=fastlien